7 Makanan Berkhasiat Untuk Kandungan Ibu Hamil

Ibu hamil memerlukan tenaga yang banyak kerana mereka bukan saja makan untuk diri mereka sahaja tetapi untuk anak dalam kandungan mereka. Disamping itu, ibu hamil tidak boleh makan sebarangan kerana segala zat yang dimakan akan diberi kepada bayi di dalam rahim. Oleh itu, segala yang dimakan hendaklah berkhasiat agar dapat menjamin pertumbuhan bayi yang sihat dan normal.

Untuk ibu-ibu hamil yang baru, pasti sukar untuk anda ketahui jenis-jenis makanan yang boleh dimakan dan sebagainya. Oleh itu, agak payah untuk merancang diet yang seimbang untuk anda makan yang boleh memberikan anda tenaga malah bagus untuk pertumbuhan anak anda juga.

Kami senaraikan 7 jenis makanan yang ibu-ibu hamil perlu masukkan dalam diet mereka untuk kesihatan bayi dalam kandungan.

 

1. Telur

Kredit: taste.com.au

Nutrien: Telur merupakan sumber protein pra-natal yang terbaik. Hal ini demikian kerana telur kaya dengan zat-zat seperti folat, zat besi dan kolina.

Manfaat Kesihatan: Telur baik untuk anda dan juga anak anda kerana telur bukan saja bahan yang murah dan mudah untuk didapati malah kaya dengan sumber protein serta kolina. Kolina ialah nutrien penting dalam perkembangan otak janin di samping mengurangkan risiko kecacatan tiub otak seperti  spina bifida.

 

2. Yogurt

Nutrien: Kebanyakan ibu mengandung memilih untuk minum susu kerana menganggap susu mempunyai kandungan kalsium tinggi. Sebenarnya, yogurt mempunyai kandungan kalsium tertinggi di samping mengandungi nutrien pembinaan tulang seperti protein, vitamin B dan zink.

Manfaat Kesihatan: Kalsium penting dalam memastikan gigi dan tulang ibu kekal sihat disamping membantu pertumbuhan gigi dan tulang janin. Jika ibu-ibu hamil tidak mempunyai kadar pengambilan kalsium yang tinggi, maka mereka akan meletakkan kesihatan mereka dan juga bayi dalam risiko.

Ibu hamil perlu mengambil tiga hidangan kalsium sehari untuk mengurangkan kadar kelahiran kurang berat dan kelahiran pramatang.

 

3. Ikan Salmon

Kredit: seriouseats.com

Nutrien: Ikan kaya dengan minyak ini merupakan sumber asid lemak omega-3 dan protein yang tinggi.

Manfaat Kesihatan: Jika anda sertakan ikan salmon dalam diet anda sepanjang anda mengandung selama sembilan bulan, otak anak anda akan berkembang dengan sangat baik. Ikan salmon kaya dengan asid lemak omega 3 seperti DHA dan EPA yang dikatakan dapat meningkatkan IQ bayi, skil motor yang tinggi dan merendahkan kebarangkalian untuk menghadapi masalah neurologi nanti.

Selain itu, omega 3 juga dikatakan bagus untuk pembentukan mata bayi. Anda tak perlu risau tentang bahaya makan makanan laut kerana ikan salmon mempunyai kandungan merkuri yang rendah. Oleh itu, ikan ini selamat untuk dimakan sebayank dua hidangan seminggu.

 

4. Kekacang

Nutrien: Snek rangup dan mudah ini kaya dengan lemak sihat termasuklah omega 3, protein, serat dan beberapa jenis vitamin serta mineral. Selain itu, makan 800 miligram kacang memberikan keperluan nutrien magnesium yang anda perlu semasa mengandung.

Jika anda tak sukakan kacang dan lebih suka masukkan kacang dalam makanan anda, anda boleh memilih untuk masukkan dalam masakan anda seperti sayuran berkacang dan lentil. Sayuran kacang ini merupakan sumber protein, zat besi, folat, serat dan kalsium serta zink.

Manfaat Kesihatan: Makan sebanyak suku cawan kacang seperti badam mengandungi 98 miligram magnesium. Di samping itu, makanan kekacang boleh dijadikan sebagai snek apabila anda berasa lapar. Selain itu, kacang juga menjadi pilihan alternatif protein yang terbaik untuk ibu-ibu yang mengamalkan diet vegetarian. Kekacang juga kaya dengan zink yang mengurangkan kadar risiko kelahiran pramatang, kelahiran berat kurang dan tempoh bersalin yang lama.

 

5. Bayam

Credit: kraftcanada.com

Nutrien: Sayur hijau seperti bayam kaya dengan antioksidan dan nutrien. Bukan saja bayam malam sayuran hijau lain seperti brokoli, daun kobis, asparagus juga kaya dengan nutrien tersebut.

Manfaat Kesihatan: Makanan hebat ini penting untuk ibu-ibu mengandung dan janin yang sedang membesar. Selain daripada antioksidan, sayuran hijau juga kaya dengan kalsium, potasium, serat dan folat serta vitamin A. Vitamin A bagus dalam perkembangan penglihatan bayi disamping pertumbuhan kulit dan tulang bayi. Kalau anda tak lalu, makan sayur hijau, gantikan dengan oren.

 

6. Pati Minyak Ikan

Kredit: crossfittherack.com

Nutrien: Pati minyak ikan selalunya diambil daripada hati ikan haruan. Minyak ini kaya dengan asid lemak omega 3 EPA dan DHA.

Manfaat Kesihatan: Selain daripada asid lemak omega 3 yang penting untuk perkembangan mata dan otak janin, pati minyak ikan ini juga mempunyai kandungan vitamin D yang tinggi, Kekurangan vitamin D dalam badan boleh meningkatkan risiko penyakit preeklampsia. Makan satu sudu besar minyak ikan sehari untuk menadapatkan pengambilan omega 3- vitamin D dan A harian anda.

 

 

7. Jus Oren

Kredit: Archanas Kitchen

Nutrien: Jus oren kaya dengan folat, potasium dan vitamin C.

Manfaat Kesihatan: Folat dan asid folik sangat penting kerana mengelakkan kecacatan semasa kandungan. Oleh itu, dinasihatkan untuk ibu-ibu hamil untuk mendapat 600 mikrogram sehari. Selain itu, kandungan potasium dalam jus oren membantu mengekalkan fungsi otot, metabolisme dan kesihatan menyeluruh anda. Bagi bayi anda pula, vitamin C dalam jus oren melawan selesema, memabntuk badan bayi lebih mudah menyerap zat besi serta menyihatkan gigi dan tulang bayi anda.

 

Jika anda yang membaca seorang ibu hamil ataupun bercadang untuk hamil ataupun bapa kepada anak dalam kandungan isteri anda, pastikan ketujuh-tujuh jenis makanan ini diamalkan dalam diet seharian supaya anak yang dilahirkan nanti comel, sihat dan ceria.

print
Azrene Jasmine

A true blue Penangite, Azrene Jasmine favourite thing to do is, well, eating. Though currently in a love/hate relationship with the weighing scale, she truly believes that every woman should choose a hunk of juicy steak over a bowl of salad on the first date because steaks are awesome and what man can resist a woman with a healthy appetite?

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.