Resepi Ikan Kukus ala Hong Kong yang Sangat Ringkas!

Ikan Kukus ala Hong Kong
Ikan kukus ala Hong Kong

Adakah anda berasa gementar untuk masak ikan seekor? Isi ikan yang berkelupas dan putih memang mudah hancur tetapi disebabkan isi ikan sangat sihat, terdapat keperluan untuk menyediakan lebih banyak hidangan berasaskan ikan untuk diamalkan dalam diet kita. Walaupun  filet ikan lebih mudah untuk dikendali tetapi ada kalanya anda mahu melihat ikan seekor di tengah-tengah meja makan anda untuk dinikmati oleh para tetamu anda. Namun begitu, apakah jaminan anda bahawa ikan anda sedap dan tidak hancur semasa dimasak? Resipi ikan kukus ala Hong Kong kami yang sangat mudah disediakan boleh menyelamatkan anda. Resipi ini begitu mudah untuk disediakan sehingga anda akan tertanya-tanya sebab anda tidak pernah masak ikan seekor sebelum ini.

Walaupun ikan kukus biasa dimakan sepanjang tahun, tetapi ikan seekor yang dimasak dan dihidang semasa perayaan Tahun Baru Cina membawa simbol yang cukup bermakna. Lazimnya, makanan yang disediakan semasa sambutan Perayaan Tahun Baru Cina dipilih kerana sebutan nama hidangan tersebut yang dilihat mempunyai bunyi yang sama seperti perkataan yang positif dan menggembirakan. Ikan merupakan hidangan yang popular kerana perkataan ‘ikan’ di dalam bahasa Cina mempunyai sebutan yang sama dengan perkataan ‘melimpah-ruah’. Masyarakat Cina berharap bahawa dengan makan ikan semasa perayaan Tahun Baru akan memberikan pelbagai benda secara melimpah-ruah pada tahun yang akan datang.

Ikan laut berisi putih dan segar adalah paling sesuai untuk resipi ikan kukus ini tetapi anda juga boleh menggunakan ikan sejuk beku jika terpaksa. Hal ini agak penting kerana ikan kukus yang sedap bergantung pada rasa dan tekstur isi ikan. Sos pula hanya dianggap sebagai perasa tambahan. Oleh itu, lebih segar ikan yang digunakan, lebih sedaplah ikan kukus anda itu.

 

Bahan-bahan

  • 650g (1 ekor) ikan siakap merah, dibersihkan dan dibuang perut
  • 45g bawang putih, dicincang halus
  • 30g halia, dikupas kulit & dihiris nipis
  • 50g Lee Kum Kee kicap perasa untuk makanan laut
  • 100g minyak masak

 

Hiasan
  • 7g daun bawang, dihiris nipis
  • 10g daun ketumbar, daun sahaja

 

Peralatan khas
  • Pengukus

 

Cara-cara

 

Memasak ikan
  1. Isi ¾ pengukus anda dengan air, pastikan air tidak sampai lubang pengukus. Tutup pengukus dan didihkan di atas suhu tinggi.
  2. Perkara penting adalah menggunakan pinggan yang cukup besar untuk memuatkan ikan anda. Jangan lupa lihat sama ada ikan dan pinggan tersebut muat di dalam pengukus. Tidak mengapa jika ikan terkeluar sedikit dari pinggan kecuali anda bercadang untuk hidangkan di atas pinggan yang sama.
  3. Letakkan ikan di atas pinggan yang dipilih dan letakkan hirisan halia di dalam perut ikan.
  4. Apabila pengukus anda sudah boleh digunakan, letakkan pinggan berisi ikan di dalam pengukus. Tutup dan biar dikukus selama 10 minit. Pemasaan untuk ikan dikukus adalah berbeza menurut saiz dan jenis ikan yang anda gunakan. Jadi, perkara yang terbaik adalah melihat sama ada ikan mencapai suhu dalaman 63°C agar ikan masak sempurna.
Jangan risau jika ikan anda lebih besar daripada pinggan anda
  1. Apabila ikan sudah dimasak, padamkan api dan keluarkan pinggan berisi ikan dari pengukus. Jika anda menggunakan pinggan yang lain untuk dihidang, hati-hati apabila memindahkan ikan anda.
Ikan dah masak! Periksa dengan termometer masakan jika kurang pasti

 

Menyediakan sos
  1. Panaskan minyak masak di dalam kuali kecil di atas suhu tinggi.
  2. Apabila minyak sudah panas, kira-kira 1 minit, masukkan bawang putih dicincang dan goreng sehingga berwarna keperangan. Kacau untuk pastikan bawang putih masak dengan sekata dan tidak hangit.
Masukkan bawang putih ke dalam minyak panas
  1. Apabila bawang putih sudah bertukar keperangan, kira-kira 1 minit, padamkan api dan pindahkan kuali ke atas permukaan tahan panas. Masa untuk bawang putih bertukar perang bergantung pada saiz cincang bawang putih tersebut dan juga suhu minyak serta kuali. Perhati dengan teliti bawang putih anda untuk melihat perubahan warna.
Bawang putih keperangan
  1. Masukkan kicap terus ke dalam kuali dan kacau rata.
Dengarlah desiran itu!
  1. Tuang sos ke atas ikan.
Jangan tahan diri semasa menuang
  1. Hias dengan daun bawang dan ketumbar.
Sentuhan akhir – hiasan ringkas
  1. Hidang sementara panas!

 

Tip tambahan

  1. Sebarang ikan isi putih yang segar sesuai dimasak untuk resipi  ini! Anda juga boleh menggunakan ikan ketutu, ikan bes, ikan bawal dan ikan kod. Jika anda menyediakan ikan ini semasa perayaan Tahun Baru Cina kali ini, terdapat jenis ikan tertentu yang dianggap lebih ‘mewah’ seperti ikan kap, ikan kap lumpur cina atau ikan keli. Jangan lupa untuk suaikan waktu memasak menurut ikan yang dipilih.
  2. Apabila membeli ikan segar, beritahu penjual ikan anda mahu mengukus ikan tersebut. Mereka akan membersihkan dan sediakan ikan itu untuk anda. Mereka akan keluarkan perut, insang dan sisik. Sirip boleh dibiarkan untuk nilai estetika. Pastikan anda beritahu penjual ikan anda sama ada mahu buang atau kekalkan sirip ikan.
  3. Cara alternatif adalah untuk menonton video kami untuk menyiang ikan seperti Chef yang pro!

Kami sudah beritahu, bukan, bahawa resipi ikan kukus ala Hong Kong ini sangat mudah untuk disediakan. Jika anda sedang belajar memasak ikan seekor, kami yakin resipi ini boleh disediakan dengan mudah oleh anda. Jangan lupa untuk tag gambar ikan kukus anda dengan  #butterkicap upaya kami boleh tahu hasilnya.

 


 


print
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.