8 Resepi Sup Tanpa Rempah Paling Senang Dibuat

Sup menjadi lebih mudah jika anda menggunakan bahan yang minimum. Ia masih menjadi sup walaupun anda tidak mencampurkan bersama rempah. Masa suntuk dalam penyediaan makanan, anda boleh sediakan sup ini bagi menjimatkan masa dan lebih mudah. Jika anda memilih untuk tidak meletakkan sebarang sayuran pun tidak akan menjadi sebarang permasalahan.

Anda cuma perlu pastikan di rumah anda ada bekalan 4 bahan masak penting ini bagi menggantikan rempah paket yang selalu kita gunakan untuk menyediakan sebarang sup sama ada ikan, daging ataupun ayam. Anda hanya perlu menyimpan dalam bekalan, stok kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga. 4 bahan ini sudah cukup membangkitkan rasa sup tanpa meletakkan rempah ke dalamnya.

Kebiasaannya kita akan meletakkan rempah dan sup bunjut dahulu, baru kita rasa yang hidangan sup kita menjadi lengkap. Tetapi sebenarnya, anda tidak perlu mencampurkan rempah pun, ia tetap juga akan menjadi dan berhasil sama seperti anda meletakkan rempah dan sup bunjut. Sempena bulan puasa yang bakal tiba, Butterkicap ingin berkongsi beberapa resepi sup tanpa rempah bersama anda. Anda boleh sediakan sendiri tidak sampai 20 minit. Selamat mencuba.

 

1. Resepi sup ayam mudah tanpa rempah dan sup bunjut

Resepi Sup Ayam

Resepi sup ini menggunakan ayam yang dipotong mengikut saiz yang anda sukai. Bagi pemilihan sayuran untuk dicampurkan dalam sup ini, anda boleh memilih untuk meletakkan sebarang sayur yang anda gemari. Misalnya, lobak merah, bunga kobis, ataupun hanya meletakkan kentang sahaja. Itupun sudah memadai untuk menyerikan hidangan. Jika inginkan sajian yang ringkas, anda boleh sahaja cuma meletakkan ayam dan kentang.

Di bawah ini adalah bahan-bahan dan cara penyediaan bagi resepi sup ayam seperti yang di atas ini:

Bahan-bahan

  • ½ ekor ayam – potong kecil dan bersihkan
  • Daun bawang & daun sup – dimayang halus
  • 5 batang lobak merah – potong kecil
  • 2 biji pelaga
  • Sebiji tomato – belah 4
  • 2 biji kentang – dipotong baji
  • 2 kuntum bunga lawing
  • Sebatang kayu manis
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • Minyak – untuk menumis
  • 3 cawan air + ½ sudu gula

Bahan kisar

  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 2 biji buah keras
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 2 biji buah keras
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil jintan manis – sangai dulu
  • 1 sudu kecil jintan putih – sangai
  • Garam secukupnya.

Cara penyediaan

  1. Kisarkan semua bahan kisar yang telah disediakan.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar bersama buah pelaga, kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawing hingga pecah minyak kemudian masukkan ayam dan biarkan sekejap.
  3. Selepas itu, masukkan air yang sudah dicampur gula dan biarkan mendidih. Bila sup tadi sudah mulai mendidih, masukkan kentang, lobak merah dan masakkan sup sehingga ayam dan sayuran empuk dan biarkan seketika.
  4. Kemudian masukkan tomato dan perasakan dengan sedikit garam dan masak kembali sehingga masak. Akhir sekali, bila hendak dihidangkan taburkan daun bawang dan daun sup.
  5. Sedia untuk dihidangkan. Mudah dan pantas!

 

2. Resepi sup ayam ringkas dan mudah

Image result for sup ayam mudah

Resepi ayam ini sangat cepat disediakan dan hanya mengambil masa dalam 5 minit untuk menyediakannya. Anda boleh sediakan untuk makanan waktu sahur kerana bahan yang diperlukan hanya sedikit dan tidak perlukan masa yang terlalu lama untuk ayam masak dengan sempurna. Ia ikut kepada keselesaan anda sama ada mahu mencampurkan tomato ataupun tidak, ia adalah terpulang kepada citarasa anda dan keluarga.

Jika ingin mencuba resepi ringkas dan mudah ini, anda boleh menyediakan bahan-bahan yang telah disenaraikan di bawah dan mengikuti setiap langkah yang telah dimasukkan dalam cara penyediaan sup ayam ringkas dan mudah tanpa rempah ini:

Bahan-bahan

  • Ayam
  • Tomato
  • Bawang putih (ketuk)
  • Bawang besar (belah 4)
  • Halia
  • Kentang
  • Garam

Cara penyediaan

  1. Potong ayam dalam saiz yang kecil-kecil dan bersihkan. Biarkan seketika.
  2. Belah 1-2 biji bawang besar kepada 4 bahagian. Ketuk beberapa ulas bawang putih dengan hulu pisau. Hiris halia dan potong kentang dalam potongan yang sederhana.
  3. Masukkan semua bahan dalam periuk berisi air. Paras air adalah mengikut citarasa anda. Biarkan sehingga semua bahan mendidih dan masukkan garam secukup rasa. Biarkan seketika sehingga semua bahan masak dan empuk. Sedia untuk dihidangkan.

 

3. Sup ayam ringkas tanpa rempah

Bagi resepi sup ayam yang diatas ini, anda boleh mencampurkan kaki ayam dan leher ayam jika anda menggemari anggota ayam tersebut. Tetapi, bagi memastikan kaki ayam masak dengan sempurna dan lembut. Anda harus memasak sup ini agak lama dan tutup api apabila anda sudah pasti yang kaki ayam telah masak dengan sempurna.

Bahan-bahan yang anda perlu sediakan untuk resepi sup ayam ini adalah seperti berikut. Anda juga boleh merujuk cara penyediaan yang telah dimasukkan dibawah ini. Ia mudah disediakan untuk juadah berbuka puasa anda.

Bahan-bahan

  • Ayam – separuh, dipotong kecil
  • Daun sup & daun bawang – 3 tangkai
  • Bawang merah (1-2 biji), bawang putih (1-2 ulas) & halia (seinci) – hiris halus
  • Minyak masak – 2 sudu
  • Herba; buah pelaga, bunga lawang dan kulit kayu manis
  • Air – secukupnya
  • Garam – secukup rasa

Cara penyediaan

  1. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dihiris bersama minyak masak. Masukkan semua herba yang disediakan. Biarkan seketika sehingga menjadi warna keperangan dan naik bau wangi.
  2. Masukkan ayam dan biarkan seketika sehingga ayam menjadi keperangan sedikit. Masukkan air secukupnya dan renehkan bahan perlahan.
  3. Apabila kuah sudah mendidih, masukkan daun bawang dan daun sup. Biarkan sehingga air kering sedikit. Masukkan garam secukup rasa. Tutup api dan siap untuk dihidangkan.

 

4. Sup ayam mudah

Untuk resepi sup ayam tanpa rempah ini, anda perlu memotong ayam dalam potongan yang kecil-kecil dan anda boleh memilih untuk meletakkan apa-apa sayuran didalamnya. Adalah lebih enak jika anda mencampurkan sayur kobis bunga dan lobak merah. Anda perlu diingatkan supaya tidak mereneh sayuran ini tidak terlalu lama. Ini kerana, sayur ini akan hancur jika dimasak terlalu lama dan khasiatnya juga akan berkurangan.

Jadi, anda seeloknya meletakkan sayur-sayuran jenis ini apabila kuah tersebut telah mendidih dan setelah meletakkan ayam. Ia bertujuan memastikan ayam dan sayuran dapat dimasak secara sekata dan mengekalkan khasiat yang ada pada sayur-sayuran dan ayam. Berikut adalah bahan-bahan dan cara penyediaan yang boleh anda rujuk untuk menyediakan hidangan sup seperti gambar diatas.

Bahan-bahan

  • 1/4 ayam – potong kecil
  • Sebiji kentang
  • Sebiji bawang merah – hiris halus
  • Sebiji bawang merah besar/ kecil – dijadikan bawang goreng (seeloknya gunakan bawang kecil, lebih wangi)
  • Daun bawang
  • Kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga (2-3 ulas saiz sederhana)
  • Lobak merah & bunga kobis
  • Halia – 2 inci (dihiris halus) & bawang putih – 4 ulas (hiris/ketuk)
  • Garam – secukup rasa

Cara penyediaan

  1. Gorengkan bawang merah untuk dijadikan bawang goreng. Goreng sehingga garing dan toskan. Biarkan seketika.
  2. Tumis bawang merah, halia, bawang putih dan herba yang telah disediakan.
  3. Apabila bahan tumisan telah naik bau, masukkan ayam yang telah dibersihkan. Biarkan ayam sehingga kekeringan, tapi jangan sampai hangit. Sekadar untuk hilangkan air dan hanyir ayam.
  4. Kemudian, masukkan air secukupnya. Biarkan sehingga mendidih.
  5. Masukkan lobak merah dan kentang. Tunggu sehingga lobak merah dan kentang empuk serta ayam empuk.
  6. Masukkan bunga kobis di akhir sekali. Apabila kuah sudah masak sepenuhnya, taburkan garam secukup rasa. Tabur juga bawang goreng dan daun sup ikut citarasa anda. Siap untuk dihidangkan.
  7. Jika anda mahu sediakan sambal kicap. Anda perlu tumbuk cili api bersama bawang putih dan campurkan bersama kicap. Kuantiti adalah mengikut citarasa anda.
  8. Sup ini boleh dihidangkan bersama nasi putih ataupun bihun.

 

 

5. Resepi sup daging mudah

Resepi seterusnya merupakan sup daging. Ianya sangat ringkas dan mudah disediakan oleh anda sebagai juadah berbuka puasa dan sesuai juga jika dijadikan sajian sahur. Ini juga antara sup yang sentiasa menjadi kegemaran rakyat Malaysia tidak mengira waktu dan musim. Anda boleh menjimatkan masa dengan menyediakan daging bahagian lembut dan dipotong kecil-kecil supaya mudah dikunyah.

Bagi memastikan daging anda tidak liat semasa memasak, anda boleh letakkan biji kurma ke dalam sup tersebut. Ia akan memudahkan proses melembutkan daging dan proses memasak akan menjadi lebih pantas disediakan. Bahan-bahan yang dinyatakan dibawah, anda boleh gunakan untuk menyediakan resepi sup daging tanpa rempah ini dengan mudah dan pantas. Dengan mengikuti langkah yang telah diberikan, sup daging anda akan menjadi seperti yang dimahukan.

Bahan-bahan

  • 1.5 kg daging (batang pinang) – potong kecil, dibasuh & ditoskan
  • 3 biji kentang – potong 4
  • 1/2 biji lobak merah – potong ikut citarasa
  • Daun sup & daun bawang – hiris kecil
  • bawang goreng

Bahan tumis

  • 5 kuntum bunga lawang
  • 3 tangkai daun sup
  • 5 ulas bawang putih
  • 7 ulas bawang merah
  • Sebatang kulit kayu manis
  • 2 inci halia
  • Sebiji bawang besar
  • Garam secukup rasa
  • 2 batang serai – diketuk
  • 2 sudu lada hitam biji – ditumbuk halus

Cara penyediaan

  1. Rebus daging dalam periuk dengan api perlahan sehingga daging lembut dan empuk. Sementara itu, tumbuk bawang besar, bawang putih, bawang merah dan halia sehingga halus.
  2. Kemudian, panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan yang telah ditumbuk dan bunga lawang dan kulit kayu manis. Masukkan bahan tumisan dalam periuk daging yang direbus tadi.
  3. Masukkan kentang dan lobak merah. Biarkan sehingga kedua-duanya empuk. Bila sudah masak, angkatkan dan sup daging sedia untuk dihidangkan. Sementara semua bahan masak, masukkan serai yang telah diketuk dan lada hitam serta garam secukup rasa.
  4. Taburkan daun bawang, daun sup dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Siap untuk dimakan.

 

6. Resepi sup daging ringkas

Sup daging

Resepi sup daging ini mudah disediakan dan menggunakan bahan yang sedikit dan mudah untuk didapati di kedai runcit. Resepi ini boleh dijadikan juadah untuk dimakan bersama dengan bihun atau pun nasi putih. Bagi memastikan daging lembut dan cepat empuk, anda boleh merendam seketika daging tersebut dalam masa 30 minit sebelum memasak daging tersebut. Ia akan mempercepatkan proses daging melembut ketika masak.

Dengan itu, masa memasak anda akan menjadi lebih jimat dan tidak mengambil masa terlalu lama untuk menyediakannya. Bahan-bahan dan cara penyediaan adalah seperti berikut. Anda boleh mengikuti setiap langkah yang disediakan untuk memasak sup daging tanpa rempah ini.

Bahan-bahan

  • 1.5 kg daging (dipotong kecil)
  • Daun bawang (hiris halus)
  • Bawang goreng

Bahan tumisan

  • 5 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • Sebiji bawang besar
  • 2 inci halia
  • 3 tangkai daun sup
  • 2 batang serai – diketuk
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3-5 kuntum bunga lawang
  • 2 sudu lada hitam (biji) – tumbuk halus
  • Garam – secukup rasa

Cara penyediaan

  1. Rebus daging di dalam periuk dengan api perlahan bersama sup bunjut.
  2. Tumbuk bawang merah, bawang putih, bawang besar dan halia sehingga lumat.
  3. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan semua bahan yang ditumbuk lumat tadi dan bahan lain; kulit kayu manis, bunga lawang, lada hitam sehingga garing. Biarkan seketika.
  4. Masukkan bahan tumisan dalam periuk berisi daging. Masakkan sehingga daging lembut dan empuk. Tambahkan garam secukup rasa dan masukkan serai bagi mewangikan sup. Biarkan sehingga semua bahan masak sebati. Tutup api dan hidangkan.
  5. Hidangkan sup dalam mangkuk. Taburkan daun bawang dan daun sup yang telah dihiris halus serta bawang goreng. Jika mahu, letakkan bersama kentang dan lobak merah ikut citarasa anda.

 

7. Sup ikan merah tanpa rempah

Image result for sup ikan tanpa rempah

Bagi menyediakan sup ikan tanpa rempah, resepi ini sesuai menggunakan ikan merah, ikan tenggiri atau ikan tongkol. Ia mudah disediakan dan ikan lebih pantas untuk dimasak dan tidak mengambil masa yang lama untuk memasak. Bagi penggemar ikan, anda boleh menyediakan resepi ini atau ingin kelainan dalam masakan.

Berikut adalah bahan-bahan dan cara penyediaan yang anda boleh ikuti dalam menyediakan sup ikan tanpa rempah. Selamat mencuba!

Bahan-bahan

  • Ikan merah (kuantiti ikut citarasa)
  • 4 ulas bawang merah – hiris halus
  • 2 ulas bawang putih – hiris halus
  • Seinci halia – hiris halus
  • 1 kulit kayu manis
  • 3-4 kuntum bunga lawang
  • 3-4 biji buah pelaga
  • Segenggam lada hitam biji -tumbuk lumat

Cara penyediaan

  1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, dan halia yang telah dihiris bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga naik bau wangi.
  2. Kemudian, masukkan air secukupnya. Biarkan sehingga air mendidih. Masukkan ikan seketul demi seketul. Akhir sekali, masukkan lada hitam dan garam secukup rasa. Biarkan sehingga semua bahan masak. Tutup api apabila sup sudah mendidih.
  3. Taburkan daun sup dan bawang goreng. Siap untuk dihidangkan.

 

8. Sup kepala ikan tanpa rempah

Image result for sup ikan tanpa rempah

Sup ikan menjadi lebih menarik jika anda mencampurkan sayur-sayuran seperti lobak merah. Ia mudah disediakan dan juadah ringkas yang anda boleh sediakan untuk menu harian keluarga. Kalau anda penggemar makanan yang pedas, anda boleh campurkan cili padi bersama. Kuantiti yang anda boleh letakkan adalah mengikut citarasa anda.

Untuk menyediakan sup ikan ini, berikut adalah bahan-bahan yang boleh anda gunakan untuk memasak resepi ini dengan mengikuti cara penyediaan yang telah dinyatakan dibawah. Jum cuba sekarang!

Bahan-bahan

  • 1-4 ketul kepala ikan merah
  • Kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
  • 2 biji cili merah – hiris halus
  • 2 biji tomato – belah dua
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 inci halia
  • 2 batang serai – ketuk
  • 1 keping tauhu – potong dadu kecil
  • Garam – secukup rasa
  • Daun bawang & daun sup

Cara penyediaan

  1. Panaskan air dalam periuk hingga mendidih. Kemudian masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. Masukkan juga bawang putih, bawang merah, dan halia yang telah dihiris halus.
  2. Tambahkan juga cili dan serai ke dalam periuk bersama tauhu dan tomato berserta garam secukup rasa. Apabila sup sudah mendidih, masukkan ikan satu persatu. Biarkan sehingga mendidih sekali lagi. Biarkan selama 15 minit sebelum tutup api.
  3. Taburkan daun sup dan daun bawang. Tutup api dan siap untuk dihidangkan.

 

 

Semua diatas adalah antara resepi sup tanpa rempah yang anda boleh cuba dan masukkan dalam menu harian anda. Ia akan memudahkan anda untuk menyediakan juadah untuk keluarga anda. Sajian sup menjadi satu sajian yang utama dan sentiasa menjadi kegemaran rakyat Malaysia yang dihidangkan pada bila-bila masa.

Anda boleh jadikan sup sebagai sajian yang mudah dan ringkas untuk sajian sahur kerana sahur memerlukan masa yang pantas untuk penyediaan makanan supaya tidak terlepas masa untuk makan. Selamat mencuba aneka resepi sup yang anda boleh cuba sendiri di rumah.

print
Sakinah Ahmad

Everyday we start a day with positive minds and ends it in peaceful. Just be yourself and treat people good if we want people treat us well. Just love yourself and care the others and also love fooooooddddddd! Chill yo! ;)

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.