Resepi Kuih Ketayap Klasik

Kuih ketayap ataupun kuih dadar gulung adalah antara kuih klasik Malaysia yang cukup digemari ramai. Seperti kebanyakan kuih tradisional Malaysia, perisa kuih ini adalah ringkas dan tak terlalu rumit. Namun begitu, keseimbangan rasa manis inti dan lemak lempeng membuatkan sesiapa saja boleh termimpi-mimpikan kuih ini.

Malang sekali, sepertimana di bandar-bandar besar yang lain, kuih-muih klasik seperti kuih ketayap semakin sukar untuk didapati. Kami tak mengatakan nak jumpa kuih ketayap adalah mustahil tapi sangat jarang sekali anda berpeluang untuk jumpa kuih ketayap yang betul-betul sedap.
Anda setuju tak dengan kami?

Kriteria Kuih Ketayap yang Enak

Bagai yang kurang bersetuju, pasti persoalan yang timbul di minda ialah, ‘apakah kriteria-kriteria kuih ketayap yang perlu dilihat untuk tahu sama ada kuih itu sedap atau tak?

Jawapannya, tiga. Ya, ada tiga perkara yang ada perlu lihat sebelum tentukan sama ada kuih ketayap yang anda beli itu sedap atau tak. Tiga kriteria tersebut adalah seperti berikut:

a) Ketebalan lempeng

Apabila membuat kuih ketayap, komponen pertama yang penting ialah lempeng. Lempeng kuih ketayap yang sedap mestilah nipis dan cukup rasa lemaknya. Jika terlalu tebal dan tawar, kuih ketayap yang terhasil tak mempunyai tekstur yang menyeronokkan untuk anda gigit dan kunyah. Memang tak menyelerakan kalau begitu.

b) Nisbah Kelapa parut dan gula

Satu lagi komponen yang penting ialah inti kelapa yang digaul oleh gula melaka. Pandangan umum ialah inti kelapa mestilah manis. Memang betul, tapi sukatannya mestilah seimbang agar anda takkan mendapat inti kelapa yang terlalu manis atau terlalu tawar. Di samping itu, nisbah kelapa parut dan gula melaka mesti seimbang agar inti kelapa tidak menjadi terlalu basah dan membuatkan lempeng yang membalut menjadi kembang dan tidak menyelerakan untuk makan.

c) Kuantiti inti

Komponen ketiga dan terakhir yang perlu dinilai ialah kuantiti inti yang diletakkan. Oleh sebab kita terlalu fokus untuk pastikan kuih ketayap yang disediakan dapat digulung dengan kemas, kita seringkali meletakkan inti yang terlalu sikit. Walaupun lempeng yang anda sediakan dah cukup sedap, tapi kuih yang dihasilkan tak dipanggillah kuih ketayap kalau apa yang kita dapat rasa hanyalah kegebuan lempeng saja.

Bahan-Bahan:

Siapa sangka bahan-bahan ringkas ini hasilkan pencuci mulut yang enak?

a) Adunan Lempeng

  • 2 cawan tepung
  • 2 biji telur
  • ¼ cawan santan
  • 2 ¼ cawan air
  • ½ sudu teh garam
  • Pewarna hijau

b) Inti Kelapa

  • 70g gula Melaka (boleh diganti dengan gula merah dan gula putih)
  • ½ cawan air
  • 3 helai daun pandan, disimpul
  • 1/2 sudu teh garam
  • 200g kelapa parut segar

Cara-Cara:

  1. Mulakan dengan menyediakan inti kelapa. Jika anda menggunakan ketulan gula melaka, pecahkan ketulan tersebut menjadi ketulan lebih kecil agar terlarut lebih cepat di dalam kuali.
  2. Atas api kecil, masukkan ½ cawan air, gula Melaka and daun pandan di dalam periuk.
  3. Apabila gula dah terlarut sepenuhnya, masukkan garam dan kacau.
  4. Seterusnya, masukkan kelapa parut. Gaul hingga kelapa parut dilitupi gula yang mencair.
  5. Angkat periuk dari dapur dan ketepikan.
  6. Sekarang, untuk menyediakan lempeng. Menggunakan pemukul, masukkan air, santan, telur dan garam lalu kacau hingga rata.
  7. Masukkan tepung dan kacau rata. Adunan tak boleh begitu pekat. Pastikan adunan cair seperti adunan membuat crepe berbanding lempeng.
  8. Masukkan pewarna hijau. Hanya 2 atau 3 titis memadai. Kacau rata.
  9. Panaskan kuali dan renjiskan sedikit minyak. Kami menggunakan daun pandan yang disimpul sebagai alat untuk menyapu kinyak yang sedikit di permukaan kuali. Di samping itu, daun pandan ini akan mewangikan lagi kuih ini. .
  10. Cedok sesenduk adunan dan tuang ke dalam kuali. Apabila permukaan lempeng sudah kering, perlahan-lahan angkat lempek dan letakkan di atas pinggan.
  11. Letakkan dua sudu teh inti kelapa di satu bahagian lempeng.Lipat dengan kemas. Lipat bahagian kiri dan kanan lempeng. Kemudian, gulung hingga ke hujung hingga anda mendapat gulungan lempeng yang panjang.

Tip:

  • Anda boleh menggunakan gula putih kalau anda tak ada gula melaka. Anda juga boleh menambah sedikit esen ros atau vanila ke dalam untuk dapatkan perisa wangi gula melaka.
  • Santan ditambah ke dalam adunan untuk jadikannya lebih lembuh. Tetapi, jika anda tak berniat nak hidangkan kuih ini serta-merta, anda tak perlu masukkan santan kerana santan akan membuatkan kuih ketayap anda cepat basi jika disimpan terlalu lama.
  • Kuih Ketayap boleh dinikmati dengan sendirinya tetapi rasanya lebih enak lagi dengan titisan kuah santan yang pekat. Panaskan sedikit santan atas api kecil, tambahkan secubit garam dan dah siap! Mudah dan senang. Tapi, pastikan kuah santan anda tak pecah, ya.

Rasa Klasik Bila-Bila Anda Mahu

Resepi kuih ketayap ini sememangnya cukup memuaskan hati, perut dan lidah anda serta tetamu anda yang cukup bertuah kerana dapat menikmati kuih ketayap yang anda hasilkan ini.

Jika anda mahu lebih banyak lagi resepi-resepi Malaysia yang klasik dan pasti memberikan hasil yang menyelerakan, ikuti laman Butterkicap. Sebarang soalan, pertanyaan, tips tambahan yang anda nak tanya kami juga, baik tentang resepi kuih ketayap ini ataupun tentang resepi-resepi Malaysia lain, jangan malu-malu dan DM kami di laman Instagram atau Facebook kami. Sehingga itu, selamat mencuba!

print
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.