Site icon Butterkicap

Nasi Goreng Kampung dengan Telur Goreng

nasi goreng kampungSedapnya nasi goreng kampung

Adakah anda tahu bahawa terdapat lebih satu juta jenis nasi goreng di seluruh dunia? Ok, nombor itu mungkin keterlaluan tetapi kami rasa anda mungkin boleh melalui setahun tanpa memasak gaya nasi goreng yang sama. Ambil hidangan klasik nasi goreng kampung yang kami berkongsi dengan anda hari ini sebagai contoh, pasti gaya masakannya berbeza dari kampung ke kampung, restoran ke restoran, dan juga rumah ke rumah.

Kami telah menikmati nasi goreng kampung yang pedas gila, perang atau gelap warnanya, dihidang bersama ikan bilis goreng atau bawang goreng, dengan daging lembu, ayam atau udang, banyak sayuran, tiada sayuran, dan macam-macam jenis lagi. Sebenarnya, tidak ada resepi nasi goreng kampung yang salah atau betul, selagi ia sedap, semua orang akan menikmati apa sahaja gaya atau bahan-bahan yang anda ingin mengguna.

Tetapi sebelum anda mula bereksperimen dan cuba membuat nasi goreng kampung yang kompleks, lebih baik sempurnakan asas-asas anda terlebih dahulu. Kami telah menyediakan resipi kampung goreng mudah yang pasti membangkitkan selera anda. Nikmatilah!

Bahan-bahan

Aromatiks
Kaedah: Nasi goreng
  1. Kisar bahan-bahan aromatik sehingga halus dalam pengisar makanan.
  2. Panaskan dan sediakan kuali anda dengan mengelap lapisan nipis minyak di sekitar permukaan kuali dengan tuala kertas. Kuali anda panas secukupnya bila lapisan minyak telah kering dan kuali seolah-olah bercahaya.
  3. Masukkan minyak masak. Jika kuali anda cukup panas, minyak akan menjadi panas dalam beberapa saat. Jika tidak, biarkan ia mencapai suhu 180°C hingga 200°C.
  4. Seterusnya, masukkan campuran aromatik dan goreng sehingga pecah minyak.
Masukkan aromatik
Pecah minyak
  1. Masukkan daging dan petai dan kacau sehingga daging masak.
  2. Rendahkan api dan masukkan nasi, diikuti dengan kicap manis dan garam. Dengan menggunakan dua sudip, kacau sehingga nasi sebati dan bahan-bahan diedarkan dengan sama rata. Jangan lambungkan nasi… lagi.
Nasi banyak untuk mulut-mulut yang lapar
Kacau, jangan tak kacau!
  1. Besarkan api kembali dan goreng nasi dengan sempurna, sama ada dengan mengacau atau melambung nasi, selama kira-kira 3 minit.
Sedap dah ni
  1. Masukkan nasi ke dalam mangkuk hidang.
Kaedah: goreng telur
  1. Di dalam kuali yang bersih, masukkan 5 sudu besar minyak masak bila kuali secukup panas.
  2. Retakkan telur ke dalam mangkuk dan masukkannya ke dalam minyak panas untuk digoreng. Sementara ia masak, sudipkan sedikit minyak panas ke atas telur untuk pastikan ia masak dengan sama rata. Keluarkan telur sebaik sahaja ia mencapai kadar masakan yang anda suka. Kami cadang tepi putih telur yang rangup dengan kuning yang masih lembut. Masak telur satu demi satu.
Tuang perlahan-lahan
Lihatlah putih telur yang menggelegak semasa ia masak
  1. Hidangkan nasi goreng kampung anda dengan telur goreng dan sambal kegemaran anda.
Sedap sekali!
Tips tambahan
  1. Deraikan nasi anda sebelum memasak. Guna jari anda untuk memecahkan ketulan nasi.
  2. Jika anda mahu lebih daripada satu telur goreng untuk diri sendiri, gorenglah lebih telur.

Mudah, lazat dan bagus dihidang untuk kumpulan besar rakan-rakan dan keluarga. Cubalah dan jika anda membuat keputusan untuk meletakkan cap anda pada resipi klasik ini, tunjukkan kami hasil anda dengan hashtag kami di #butterkicap.

 

P/S: Kalau nak nasi goreng yang lebih sihat, cubalah resepi istimewa di sini!

print