Site icon Butterkicap

Kari Ayam: Resepi Mudah dan Klasik untuk Membendung Keinginan Kari Anda

kari ayamKari ayam sedia untuk dihidang!

Ahhh… kari… hidangan pedas berasal dari India ini telah merebak ke seluruh dunia sehingga benar-benar menjadi sebuah hidangan global. Dari London ke Thailand ke Jepun dan juga Trinidad dan Tobago, kari memang makanan biasa seperti nasi atau roti, walaupun dimasak dengan cara yang sedikit berbeza di berlainan tempat. Di Malaysia pun terdapat pelbagai jenis kari, selain daripada pilihan biasa seperti kari ayam, kari kepala ikan, mi kari dan sebagainya.

Walaupun jika dipaksa, rakyat Malaysia tentu akan sukar untuk memilih jenis kari mereka paling gemari – India? Melayu? Devil? Basah? Kering? Pedas? Tak terlalu pedas? Semua hidangan kari ini baik dan berperisa unik, menjadikan mereka masakan klasik tersendiri.

Jangan dilupa pulak variasi dari rumah ke rumah – stok, santan, susu biasa, campuran rempah, mungkin juga pilihan vegan. Tak mungkin kita boleh memilih satu resipi sahaja dan katakan itulah dia, resipi kari sangat terbaik hanya ia yang anda perlukan. Mungkin ia wujud – sebuah resipi yang akan mengalahkan resipi-resipi kari yang lain di dunia dan membatasi semua pendapat berat sebelah. Tetapi sehingga ia ditemui, kami ingin berkongsi dengan anda resipi kari ayam yang agak mudah dan tak kurang sedapnya.

Bahan-bahan
Kaedah
  1. Dalam mangkuk, perap ayam dengan yogurt.
  2. Menggunakan batu lesung, tumbuk bawang, bawang putih dan halia hingga kekasaran sederhana.
  3. Campur serbuk kari dan cili dengan air dan kacau sehingga menjadi pes.
  4. Panaskan minyak sehingga panas dalam periuk besar.
  5. Tumis daun kari, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih dan kayu manis sehingga harum, kemudian masukkan campuran bawang besar, bawang putih dan halia. Tumis sehingga wangi dan campuran mula keritik dan bertukar warna di tepi-tepi.

    Aroma yang sungguh enak!

  6. Tambahkan pes kari dan goreng dengan api sederhana sehingga pecah minyak.
  7. Tambah tomato dan masak sehingga hancur.
  8. Seterusnya, masukkan ayam. Pastikan baki yogurt juga di masuk ke dalam periuk. Kacau sehingga ayam diselaputi.
  9. Tutup dan turunkan api ke tahap rendah. Masak sehingga jus ayam terkeluar dan kuah menjadi berair.
  10. Tambah kentang dan terus memasak. Tutupkan periuk.
  11. Bila kentang separuh masak, keluarkan tudung periuk dan biarkan ia reneh sehingga kentang sudah dimasak dan kuah menjadi pekat.
  12. Tambah garam dan kacau.
  13. Masak sehingga ayam telah masak, dengan suhu dalaman mencapai 66°C hingga 73°C.
  14. Hidang dengan nasi, roti, roti canai, putu mayam, mi, atau apa sahaja yang anda suka.
Tips tambahan
  1. Jika anda mahu kari yang lebih lemak, guna santan dan bukan yogurt. Anda tidak perlu perap ayam dalam santan. Sebaliknya, tambah santan selepas kentang telah masak dan kuah sudah pekat.
  2. Resipi ini tidak begitu pedas, jadi ia sesuai untuk kanak-kanak.

Nikmatilah! Hashtag kami di #butterkicap jika anda mencuba resipi ini.

print