Site icon Butterkicap

7 Resepi Mee Gerenti Buat Anda Lapar

Kredit: paleoglutenfree.com

Kredit: Pinterest.com

Apabila anda inginkan sedikit kelainan dalam menu harian anda, apa lagi pilihan anda kalau tidak lain dan tidak bukan mee? Mee sememangnya sinonim dalam hidangan-hidangan di negara Asia selepas makanan ruji kita iaitu nasi. Oleh itu, tidak mustahil jika pada suatu hari nanti jika kita kekurangan tanaman padi, mee akan menjadi pilihan seterusnya.

Bukan sahaja mee merupakan sumber karbohidrat yang bagus, malah mee juga amat mudah untuk disediakan. Melainkan anda rajin untuk membuat mee kuning di rumah, anda hanya perlu membeli mee di pasar. Anda cuma perlu cuci dan celur. Sesuai sekali bagi si mereka yang ingin menjimatkan masa di dapur.

Walau bagaimanapun, mee kuning kadang-kala mempunyai rasa kapur yang tidak menyelerakan. Perkara ini terjadi akibat dari cara masakan mee tersebut. Untuk mengelakkan dari perkara ini berlaku kepada anda, didihkan mee kuning sehingga timbul buih-buih dan permukaan air menjadi putih. Langkah ini akan memastikan rasa kapur hilang dari mee. Seterusnya, rendamkan mee ke dalam air sejuk dicampurkan dengan ais untuk menghentikan proses masakan.

 

Chili Pan Mee (Kering)

Kredit: www.chillipanmee.com

Bahan-Bahan

Untuk dihidang

 

 Ayam Kisar

 

Cara-Cara

  1. Di dalam kuali, panaskan minyak pada api yang sederhana.
  2. Apabila kuali sudah mencukupi panas, masukkan bawang kecil dan bawang putih. Tumiskan sehingga naik bau.
  3. Tambahkan ayam kisar dan biarkan masak.
  4. Kemudian, tambahkan kicap cair dan kicap pekat. Masukkan garam dan ladah sulah.
  5. Masukkan mee yang dicelur ke dalam mangkuk untuk dihidang.
  6. Akhir sekali, masukkan ayam kisar yang telah dimasak, telur rebus separuh masak, daun bawang dan ikan bilis. 

 

Mee Hailam

Bahan-bahan

 

Bahan kisar

 

Cara-Cara

  1. Di dalam kuali, panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
  2. Kemudian, masukkan ketulan isi ayam dan gaul sehingga masak.
  3. Seterusnya, masukkan air. Masukkan juga lobak merah dan batang sawi dan biarkan masak sehingga mendidih.
  4. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, kicap manis dan cair. Gaul supaya masak dengan rata.
  5. Kemudian, masukkan sayur sawi dan cili merah. Masukkan bancuhkan tepung jagung untuk menambahkan kepekatan kuah. Kacau kesemua bahan dan tambahkan garam dan gula sehingga secukup rasa.
  6. Akhir sekali, masukkan mee dan kacau semua bahan dan didihkan kuah untuk 2 minit dan tutupkan api.
  7. Hidangkan mee hailam di dalam mangkuk dan hiaskan dengan daun sup dan bawang goreng.

Mee Udang

Kredit: rwgenting.com

Bahan-Bahan

Bahan Kisar

 

Cara-Cara

  1. Di dalam kuali, panaskan 4 sudu besar minyak.
  2. Apabila kuali sudah panas secukupnya, tumiskan bahan kisar sehingga naik bau dan pecah minyak.
  3. Masukkan sos tiram, sos tomato dan sos cili dan kacau sehingga sebati.
  4. Seterusnya, masukkan air dan tinggikan api dan renehkan sehingga mendidih.
  5. Kemudian, masukkan ubi kentang yang telah dilenyek halus dan kacau sebati.
  6. Masukkan udang dan kacau dalam 5 hingga 7 minit.
  7. Masukkan pula tomato dan tambahkan garam dan gula sehingga secukup rasa.
  8. Biarkan kuah direneh sehingga mendidih dan tutupkan api.

 

Mee Rebus

Kredit: sbs.com.au

Bahan- Bahan

Kuah

 

 Mee

 

 

Cara-Cara

  1. Rebuskan daging sehingga empuk dan asingkan air rebusan dan ketepikan.
  2. Rebuskan juga udang. Simpankan juga air rebusan.
  3. Rebuskan ubi keledek sehingga empuk dan asingkan air rebusan dan simpankan.
  4. Gorengkan kacang tanah bersama minyak sehingga garing. Pastikan kacang tidak hangit kerana kuah akan menjadi gelap dan pahit.
  5. Gorengkan bawang putih, merah dan besar yang telah dihiris bersama cili kering dan belacan sehingga naik bau.
  6. Kemudian, kisarkan bahan yang ditumis bersama sedikit air dan kisar sehingga hancur. Pindahkan bahan tumis yang dikisar ke dalam mangkuk.
  7. Kisarkan pula kacang tanah yang digoreng bersama sedikit air.
  8. Di dalam sebuah periuk, panaskan minyak masakkan bahan tumis dan kacang tanah yang dikisar dan kacau di atas api yang sederhana.
  9. Kemudian, masukkan air rebusan daging, udang dan keledek yang telah dilenyek.
  10. Kacau hingga sebati dan biarkan mendidih.
  11. Masukkan garam, gula, asam jawa dan juga setengah botol kecil sos cili.
  12. Sebahagian dari daging dan udang boleh dicampurkan ke dalam kuah dan sebahagiannya boleh digunakan sewaktu dihidang.

Mee Bandung

Kredit: thecookingjar.com

Bahan-Bahan

 

Cara-Cara

  1. Celurkan mee kuning.
  2. Kisarkan bawang besar, bawang putih dan cili kering.
  3. Seterusnya, panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga cili sudah dimasak dan pecah minyak.
  4. Masukkan udang kering yang telah dikisar sehingga naik bau. Kemudian, masukkan air rebusan daging, keledek yang telah dilenyek, hirisan daging dan udang basah.
  5. Didihkan dan tambah garam dan gula sehingga cukup rasa.
  6. Kecilkan api. Pecahkan 2 biji telur. Elakkan daripada mengacau kuah supaya telur tidak pecah. Biarkan telur masak ataupun separuh masuk mengikut citarasa anda.
  7. Akhir sekali, masukkan sawi.
  8. Tutupkan api dan hidangkan kuah anda bersama mee kuning.
  9. Hiaskan dengan bawang goreng, tauhu, hirisan cili dan limau kasturi.

 

 

Mee Kari

Kredit: Ooi Family Cookbook

Bahan-Bahan


Kuah

 

 

Bahan Hiasan

 

Cara-Cara

  1. Di dalam periuk, panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia sehingga kekuningan.
  2. Kemudian masukkan rempah kari dan masak sehingga terbit minyak. Masak pada api kecil dan kacau dengan berterusan.
  3. Tambahkan air, kacau dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan kentang dan bahagian tulang ayam. Biarkan masak sehingga empuk.
  5. Kemudian, masukkan udang dan sotong dan juga tauhu pok. Biarkan mendidih.
  6. Seterusnya, tambahkan santan dan kacau sehingga sebati. Biarkan mendidih pada api kecil sambil menggaul sekali sekali.
  7. Akhir sekali, masukkan tomato dan tambahkan gula dan garam secukup rasa.
  8. Biarkan mendidih untuk 2 minit dan tutup api.

 

 

Mee Jawa

Kredit: foodcanon.com

Bahan-Bahan

 

Kuah

 

Bahan Kisar Halus

 

Cara-Cara

  1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan yang dimesin, rempah kari dan cili kisar hingga garing. Masukkan air dan kacau.
  2. Masukkan keledek. Tambahkan air rebusan daging mengikut kepekatan yang anda inginkan.
  3. Akhir sekali, masukkan garam dan gula mengikut citarasa anda. Biarkan kuah mendidih selama 2 minit.
  4. Angkat dan hidangkan dengan bahan yang dihiris.

 

Bosan dengan nasi berlauk? Sekali sekala, cubalah nikmati mee berkuah atau kering pula! Sedap dan mudah sama ada untuk makan malam bersama ahli keluarga mahupun untuk upacara keramaian. Kami sudah sediakan 7 resepi mee bagi satu hari seminggu. Anda tunggu apa lagi? Cubalah resepi kami!

print