Kentang Putar Trufel: Lemak Berkrim & Penuh Berperisa

Kentang Putar Trufel
Kentang putar trufel – memewahkan hidangan sampingan sempurna untuk hidangan panggang anda

Terdapat seratus satu cara untuk menyediakan kentang putar, daripada kentang putar yang agak sihat resepinya hinggalah yang cukup mewah dan berlemak. Rasa kentang yang tidak terlalu menonjol menjadikan kentang bahan yang terbaik untuk sesiapa yang ingin bereksperimen dengan resipi kentang putar asal dengan memperkenalkan perisa yang lebih kompleks seperti herba, lemon, bawang putih salai dan trufel. Bahan-bahan ini mampu membawa makanan selesa yang ringkas ini ke tahap yang seterusnya.

Sama ada disediakan dengan minyak trufel atau tidak, kentang putar ialah hidangan sampingan yang sesuai untuk pelbagai hidangan panggang seperti ayam panggang, kambing panggang, ayam belanda atau lof daging. Selain itu, kentang putar sedap dimakan bersama ayam goreng, stik dan sosej. Anda juga boleh hidangkan kentang putar dengan chicken chop atau lamb chop untuk palet citarasa Malaysia. Namun begitu, kentang putar trufel akan membuatkan anda fikir bahawa hidangan ini sepatutnya dimakan begitu sahaja. Itulah tahap kesedapannya.

Jika anda tidak ada minyak trufel atau anda sukakan kentang putar yang klasik, anda boleh abaikan bahan tersebut dan gunakan bahan-bahan serta cara di bawah untuk sediakan kentang putar yang masih sedap.

 

 

Bahan-bahan

  • 25kg kentang russet (kira-kira 5 biji kentang besar), kulit dikupas – bilangan kentang ini memberikan kira-kira 1.1kg kentang selepas kulit dikupas.
  • 220g susu pada suhu bilik
  • 100g mentega tawar pada suhu bilik
  • 6g garam laut halus (kira-kira 1 ½ sudu kecil)
  • 8g minyak trufel

 

Peralatan khas
  • Alat melecek kentang

 

Persediaan

  1. Kupas kentang di sinki. Ini akan memudahkan proses mengemas nanti. Jangan lupa untuk mengeluarkan mata (akar) kentang juga. Rendam kentang yang dikupas dalam semangkuk air.
Gunakan pengupas
  1. Setelah dikupas, letakkan semua kentang dalam periuk besar yang dipenuhi air paip sejuk. Anda mahukan kentang terendam sepenuhnya dengan kira-kira 3cm air lebihan diatas.
Jangan gunakan air panas atau air mendidih!
  1. Letakkan periuk di atas api besar sehingga mendidih.
  2. Kecilkan api dan biar kentang masak selama 25 minit atau sehingga kentang empuk.
  3. Apabila kentang sudah dimasak, keluarkan daripada periuk. Jangan padamkan api selagi anda tidak pasti kentang sudah empuk. Kentang yang sudah masak mempunyai isi yang gebu dan mudah terlerai. Satu lagi ujian adalah mencucuk kentang dengan sebilah pisau. Jika pisau menembusi kentang dengan mudah, kentang tersebut sudah dimasak. Masih ragu-ragu? Belahkan kentang. Anda dapat lihat sama ada kentang itu sudah masak atau belum. Anda boleh masukkan kentang ke dalam periuk semula dan biarkan selama beberapa minit lagi jika kentang belum masak.
Permukaan gebu dan mudah terlerai
Belahkan kentang untuk lihat jika kentang sudah masak sepenuhnya

 

Masa untuk lenyekkan kentang
  1. Jika anda ada pelecek kentang, ikuti langkah di bawah. Jika tidak, masukkan kentang dalam periuk dan gunakan pelecek biasa dan lecek hingga halus.
  2. Beberapa pelecek kentang datang dengan dua saiz lecekan, lubang yang besar dan kecil. Gunakan lubang pelecek yang besar dahulu dan tekan kentang yang sudah masak ke dalam periuk besar.
Lubang besar dan kecil untuk pelecek kentang – rahsia untuk menghasilkan kentang putar trufel yang gebu
  1. Seterusnya, tekan kentang keluar menerusi lubang kecil ke dalam periuk. Jika pelecek anda datang dengan satu saiz lubang sahaja, tekan keluar kentang dua kali.
Masukkan kentang dan tekan keluar menggunakan pelecek
Kentang atau mi???
  1. Gunakan spatula dan gaul mi-mi kentang sehingga sebati. Kaup kentang untuk tingkatkan kegebuan kentang anda.
Kaup kentang sehingga halus
  1. Masukkan sepertiga susu dan kaup untuk gaul rata. Ulang sebanyak dua kali sehingga susu habis.
Masukkan sepertiga susu setiap kali
  1. Apabila susu sudah gaul sebati dengan kentang, pindahkan periuk ke atas penunu dapur pada suhu sederhana panas. Masukkan mentega dan terus mengaup sehingga mentega cair dan digaul sebati dengan kentang. Kaup dengan laju seolah-olah anda memutar kentang tersebut menggunakan spatula. Langkah ini mengambil masa selama 4 minit. Jangan lupa untuk kaup bahagian bawah dan sisi periuk supaya kentang tidak hangit.
Masukkan mentega
Kaup dan ‘putar’ hingga sebati
  1. Tabur garam laut dan terus mengaup selama 1 minit lagi.
  2. Angkat periuk dari penunu dapur.

 

Masukkan trufel dalam kentang putar trufel
  1. Tuang minyak trufel dan kaup sehingga gaul rata. Kekuatan rasa minyak trufel bergantung pada jenama yang anda gunakan. Secara umumnya, tuang (dan gaul) sehingga kentang putar mempunyai bau yang menyelerakan.
Tuang minyak trufel

 

Tip tambahan

  1. Kentang russet mempunyai kandungan kanji tinggi dan menghasilkan kentang putar yang gebu dan sedap. Anda juga boleh cuba resipi ini dengan kentang emas Yukon tetapi kentang tersebut sukar untuk diperolehi di pasar tempatan. Kentang jenis lain juga boleh digunakan tetapi memerlukan lebih banyak lenyekan dan mungkin tidak begitu berkrim.
  2. Anda boleh gunakan mentega biasa tetapi ubah suai ukuran garam yang digunakan.
  3. Tiada minyak trufel? Tiada masalah! Tanpa minyak trufel, anda masih mendapat kentang putar yang enak. Untuk meningkatkan lagi rasa lemak kentang putar, masukkan lebih banyak mentega dan susu (atau krim) di langkah yang berkaitan.
  4. Pelecek kentang ialah alat yang bagus untuk melecek kentang, tetapi jika anda tidak ada pelecek tersebut, pelecek biasa juga boleh digunakan.

 

Bagaimanakah hasil kentang putar anda? Adakah anda masukkan bahan mewah ke dalam kentang putar anda? Kongsi gambar kentang putar anda dengan meletakkan hashtag #butterkicap! Kentang putar anda pasti menjadi pelengkap yang hebat untuk resipi di bawah:

Resipi Kambing Panggang – Hidangan klasik Krismas & Acara Istimewa

Dude’s Guide to Succulent Roast Chicken and Veggies

Resipi Lobak Merah Confit Susu – Savouri, Manis & Menyelerakan

print
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.