Site icon Butterkicap

Ketam Bercili Ketumbar Ala Cef Dato’ Fazley Yaakob

Ketam Masak Cili ataupun Chili Crab merupakan hidangan yang cukup popular. Rasa manis isi ketam, disalut kuah bercili tomato ini boleh membuatkan sesiapa tak keruan.

Masakan ketam bercili mula muncul di Singapura pada tahun 1956 apabila sepasang suami isteri, Cher Yam Tian dan Lim Choo Ngee, menjual sajian ringkas ketam berkuah cili-tomato di tepi jalan di Singapura. Keistimewaan hidangan ini ialah ia begitu kaya dengan rasa walaupun tidak banyak bahan digunakan.

Oleh sebab itu, tanpa mengira bangsa, ramai orang akan berpusu-pusu ke restoran makanan laut untuk menikmati hidangan ini.

Ketam Bercili DIY di Rumah

Chef Dato’ Fazley Yaakob cukup suka menyediakan hidangan ketam bercili di rumah. Bagi beliau, resepi sebegini ialah resepi yang mesti dinikmati bersama seisi keluarga.

Oleh itu, beliau begitu berbesar hati berkongsi resepi kegemaran keluarga beliau bersama kami agar anda dapat merasai pengalaman yang sama juga apabila menyediakan hidangan ini untuk keluarga anda nanti.

Bahan-Bahan:

Cara-Cara:

  1. Bersihkan dan potong ketam mengikut size yang dikehendaki
  2. Panaskan minyak dan bawang merah, bawang putih, halia, cili padi.
  3. Masukkan potongan ketam, dan ke semua bahan-bahan lain dan masak sehingga sebati.
  4. Masukkan tomato cincang pada saat akhir sekali kemudian tambah air dan rebus hingga mendidih.

Sedapnya, Ketam Bercili!

Kami berharap anda menyukai resepi ketam bercili Dato’ Fazley ini. Jangan lupa untuk pasangkan resepi ini dengan masakan lain yang ‘gu’ dengannya seperti sup sayur ringkas dan sambal belacan untuk pasti buat pasangan anda terangguk-angguk sedap sambil licinkan pinggannya. Tidak dilupakan juga kepada vivo | Villeroy & Boch Group kerana membantu kami jayakan perkongsian resepi ini.

Kalau anda menyukai resepi ini, jangan lupa untuk berkongsi hasil masakan anda bersama kami dan Chef Dato’ Fazley dengan menyebut kami di kapsyen anda, @butterkicap, @fazleyyaakob dan @sukasucrebistro.

print