10 Bahan Makanan yang Membantu Kurangkan Berat Badan

Berat badan kurang dengan pantas, apa rahsianya?

*bangun pagi, gosok gigi dan naiklah penimbang berat*

*Aaaaaarrrgghh… berat badan dah naik!*

Kredit: hilariousgif.com

Suara jeritan saya boleh didengari sehingga ke rumah sebelah. Setelah sebulan berpuasa dan berjaya menghilangkan 6kg, berat badan saya telah naik 8kg! Maklumlah makan tanpa ingat dunia. Inilah akibatnya!

Oleh sebab saya tidak inginkan anda untuk melalui peristiwa pagi yang mengerikan seperti yang saya telah lalui, saya akan memberikan anda beberapa tips menghilangkan berat badan anda itu dengan 10 bahan yang pasti berat badan kurang 100%.

Saya telah menyenaraikan jenis-jenis bahan yang boleh anda makan untuk menghilangkan lemak-lemak degil anda itu. Marilah sama-sama kita melihat dan menepuk perut agar kembali slim melim. 

 

1. Ikan

Kredit: allrecipes.com

Ikan adalah satu lagi sumber protein yang sangat berkesan. Kebanyakan jenis ikan putih seperti salmon mengandungi omega-3 yang sihat. Sesetengah kajian menunjukkan bahawa protein ikan mungkin lebih memuaskan daripada protein daging lembu.

Tetapi lebih banyak kajian diperlukan untuk menjelaskan fakta ini lagi dan salah satu penjelasannya ialah ikan secara semula jadinya, mempunyai kandungan asid amino L-glutamat yang tinggi. Kandungan asid inilah yang dikatakan memberikan rasa umami (ala rasa manis-manis gitu) isi ikan.

 

 

2. Cili

Credit: FoodNDTV.com

Menambahkan cili dalam masakan akan membantu mempercepatkan kadar metabolisme dalam badan kita. Cili turut mengandungi elemen antioksida dan Vitamin C serta beta-karoten yang mampu meningkatkan sistem imunisasi dalam badan kita.

 

 

3. Kobis Bunga

Kredit: purewow.com

Seperti sayur-sayuran yang lain, kobis bunga penuh dengan fitonutrien yang menghalang pertumbuhan sel-sel kanser dan merupakan sumber vitamin C yang hebat. Bagi memaksimumkan lagi kandungan antioksida dalam kobis bunga, makanlah mentah-mentah atau jika anda tak lalu nak makan sayur mentah, stimlah kubis tersebut.

( Tetapi ingat, basuhlah dulu kubis tersebut ya. Terjumpa ulat, geli pula nak makan)

 

4. Limau Gedang

Kredit: FoodGawker.com

Limau gedang merupakan salah satu buah yang amat bagus untuk kesihatan jantung anda. Limau gedang mengandungi vitamin C, asid folik, kalium,  pektin dan serat larut yang mungkin sekutu kuat terhadap aterosklerosis. Limau gedang yang berwarna merah jambu dan merah juga mempunyai vitamin A dan lycopene, iaitu fitokimia yang melindungi dinding arteri daripada kerosakan oksida.

Tip untuk memilih buah yang mmpunyai isi yang berjus: belilah buah yang berat kerana buah yang berat mempunyai kandungan air yang tinggi. Tak percaya, cubalah! Jangan pula guna tip ini untuk beli durian. Mestilah tak jadi…

 

 

5. Lobak

Kredit: cooking.ntyimes.com

Sayuran-sayuran berwarna terang ini dipenuhi dengan kalium, asid folik, antioksidan, dan sebatian sulfur yang membantu pencernaan. Jangan lupa bahawa akar yang berwarna hijau mengandungi 6 kali vitamin C dan kalsium berbanding sayuran yang tidak mempunyai akar hijau.

Potong nipis-nipis dan masukkan dalam salad hijau segar atau tak tahan tak ada rasa lemak, masukkan sedikit mayonis. Sikit tak apa, jangan satu balang!

 

 

6. Bayam

Kredit: kraftcanada.com

Sayuran yang berwana hijau ini kaya dengan elemen besi, asid folat, dan vitamin K. Bayam juga mengandungi beta-karotena, antioksidan dan vitamin C yang membantu dalam melawan penyakit serta lutein fitokimia yang melindungi mata daripada pengecutan makula mata yang berlaku akibat peningkatan usia.

 

 

7. Saderi

Kredit: cooking.nytimes.com

Anda mungkin pernah dengar bahawa saderi mempunyai kalori negatif. Walaupun fakta itu tidak begitu tepat tetapi ada kebenarannya juga. Oleh sebab kebanyakan saderi mempunyai kandungan air yang tinggi, setiap batang saderi hanya mengandungi 6 kalori sahaja!

Walaupun kiraan kalori sayur ini rendah tetapi saderi mampu membuatkan anda berasa kenyang. Di samping itu, saderi juga mengandungi folat dan vitamin A, C, serta K. Jadi, jikalau anda memerlukan makanan ringan atau makanan tambahan, saderi merupakan superfood yang penting dalam kembara berat badan kurang anda.

 

8. Kacang

Credit: ottolenghi.co.uk

Kacang Garbanzo, kacang buah ginjal, kacang hitam dan segala macam kacang bukan sahaja mempunyai protein malah mempunyai serat juga! Kacang murah, rendah kalori, dan anda boleh menambah segala macam herba atau rempah-ratus untuk mewujudkan kombinasi rasa yang berbeza.

Penyelidikan  Journal of the American College of Nutrition mendapati bahawa pemakan kacang mempunyai 22% risiko menjadi gemuk. Jika anda seorang yang bersifat optimistik, statistik ini sudah cukup untuk meyakinkan anda untuk makan kacang.

Bagi yang agak pesimistik, menurut Kajian Kesihatan dan Pemakanan Kebangsaan, penggunaan kacang dikaitkan dengan pengambilan nutrien yang lebih besar, mengurangkan tekanan darah sistolik, berat badan yang lebih rendah dan pinggang yang lebih kecil. Fakta di atas lebih meyakinkan anda, bukan?

 

9. Ubi keledek

Credit: foodnetwork.com

Ubi keledek mempunyai banyak manfaat kesihatan yang hebat. Mereka mengandungi kira-kira 377%  vitamin A yang disyorkan untuk anda perlu sehari-harian, 15% vitamin B6 dan kaya dengan kalium serta serat. Ubi keledek juga mengandungi vitamin C, manganes, kuprum, asid pantotenik, niasin, vitamin B1, vitamin B2, dan  jugafosforus.

Bagaimanakah ubi keledek boleh membantu anda mengurangkan berat badan? Ubi keledek kaya dengan nutrisi yang dapat membantu anda berasa kenyang untuk tempoh yang lebih lama.

 

10. Beras perang

Kredit: theyummylife.com

Nasi ialah bahan ruji di kebanyakan negara Asia kerana sumber karbohidrat tersebut adalah sangat murah. Mentaliti diet anda mungkin mahu anda elakkan daripada makan karbohidrat tetapi percaya atau tidak,  beras ini boleh buatkan berat badan anda kurang!

Satu hidangan beras perang mengandungi 21%  magnesium, 15% vitamin B6, 4% zat besi dan 3.5 gram serat sepertimana yang disyorkan dalam pengambilan makanan seharian anda. Beras perang ialah bahan yang hebat untuk mereka yang ingin mengurangkan berat badan dengan kadar segera.

 

 

Kredit: Wifflegif.com

Maka itulah antara bahan-bahan yang boleh diambil bagi mengurangkan berat badan anda. Ingatlah bahawa mengurangkan berat badan tidak maksud tidak makanmakanan langsung. Sebaliknya, anda harusmakan dalam kuantiti yang sedikit dan makan makanan yang berkhasiat.

 

print
Y. Helmy

Yusof Helmy is a lover of all things rainbow; be it from rainbow cupcakes to rainbow bagels. He believes that in order to enjoy and love food, one must throw the weighting scale in the trash and eat those who say that you are on the fluffier side ( He practise cannibalism sometimes ). He is on the journey of finding his joie de vivre.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.