Selera Baru untuk Hilangkan Muak Raya Anda

Selera baru bukanlah bererti anda menukar selera anda 360 darjah. Anda cuma perlu mengubah angin sedikit untuk seimbangkan pemakanan anda yang sudah berat sejak menyambut bulan Syawal Ahad lalu. Untuk itu, terdapat beberapa sajian yang anda boleh cuba untuk memastikan anda masih berselera untuk makan selepas ini.

Kredit: Web Kesehatan

1. Masak Lemak Cili Api

Kredit: youtube

Ya, saya tahu. Masakan bercili dan pedas macam masak cili padi ini takkanlah baik untuk perut anda yang berat setelah menikmati hidangan berkalori tinggi dan berlemak seperti hidangan Hari Raya kegemaran misalnya, rendang, lemang dan ketupat. Keraguan anda itu saya faham tetapi rasa cili dan berlemak masakan ini sedikit sebanyak membuatkan lidah anda dan  perut anda berasa sedikit selesa kerana tidak bercampur makanan sehingga menyebabkan anda sakit perut. Sebaliknya, masakan ini pasti akan membuatkan anda berjaya membuang segala saki toksin makanan hari Raya dalam sehari selepas anda makan masak lemak cili api ini. Pastinya, selera baru anda akan buat anda lebih seronok untuk makan selepas ini.

 

2. Kari Ikan

Kredit: bakewithpaws.com

Berbanding makanan Raya, kari ikan atau gulai ikan adalah lebih ringan dari segi penggunaan rempah dan kaya rasa dalam hidangan ini. Setelah beberapa hari asyik makan daging ayam dan daging. Anda akan berasa lega sebentar untuk berubah angin dan makan ikan pula. Badan pun tak panas, sedap masih sedap. Kari ikan adalah satu hidangan yang sedap walaupun dicicah bersama roti. Setelah makan makanan berat sepanjang hari Lebaran, anda boleh berdiet dan rehat perut anda daripada makan nasi dan digantikan dengan sesuatu yang lebih lembut seperti roti.

 

3. Sup Ayam

Kredit: azianhasan.com

Sup ayam ialah hidangan kegemaran semua. Hidangan yang bersih dan enak ini akan membersihkan lidah anda daripada saki baki rasa berempah rendang dan rasa kaya santan dalam ketupat pulut disamping memberikan kelegaan pada pedih ulu hati anda akibat makan terlalu banyak. Dengan satu hirup, anda akan berasa senang hati. Selain itu, sup ayam juga sesuai untuk anda mulakan diet anda dan hilangkan berat yang anda dapat sepanjang cuti hari Raya ini.

 

4. Ayam Masak Kicap

Kredit: epicurious.com

Sebulan kita berhari Raya, orang yang pertama yang akan berasa jelak dan hilang selera untuk makan makanan lazim hari Raya yang dihidang di setiap rumah ialah kanak-kanak. Mereka cepat berasa bosan dan akan lebih cenderung untuk makan makanan segera atau gula-gula. Untuk elak anak anda sakit akibat makan makanan sembarangan. Eloklah anda sediakan hidangan ini yang ringkas dan pasti diminati oleh anak anda.

 

5. Sambal Petai

Kredit: info.cari

Sambal kegemaran masyarakat Melayu ini pastinya didamba oleh setiap individu yang tidak mampu menelan ketupat dan rendang lagi. Rasa petai dan sambal yang enak ditambah pula dengan sifat petai yang melawas pasti membuatkan sesiapa sahaja yang berasa tidak sedap badan dan perut memulas kembali sihat selepas menikmati hidangan klasik ini.

 

Jadi, apa yang nak ditunggu lagi? Kalau dah tak sanggup nak menghadap rendang, ketupat dan nasi impit, ubahlah selera anda kepada selera baru dengan 5 masakan ini. Segala rasa muak, jelak, hilang selera tidak lagi membelenggu diri ansa selepas ini.

print
Azrene Jasmine

A true blue Penangite, Azrene Jasmine favourite thing to do is, well, eating. Though currently in a love/hate relationship with the weighing scale, she truly believes that every woman should choose a hunk of juicy steak over a bowl of salad on the first date because steaks are awesome and what man can resist a woman with a healthy appetite?

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.