Khazanah Makanan Tersembunyi di Jalan Masjid Jamek Kuala Lumpur

Jalan Masjid Jamek, Kuala Lumpur merupakan salah satu kawasan paling sibuk di bandaraya Kuala Lumpur, khususnya pada hari Jumaat. Hal ini demikian kerana kawasan Masjid Jamek menjadi tumpuan orang ramai pada hari tersebut disebabkan lokasi yang strategik berdekatan dua masjid besar iaitu Masjid Jamek dan juga Masjid Negara.

Selain itu, Jalan Masjid Jamek juga menjadi tumpuan orang ramai kerana terdapat pelbagai kedai makanan yang menggabungkan gaya masakan India dan juga Melayu sehingga membuatkan anda rambang mata untuk memilih tempat untuk menjamu selera.

 

Harga Murah dan Berpatutan

Anda pasti fikir, “tempat-tempat yang berada di tengah-tengah hiruk-pikuk bandaraya pasti mencekik darah!“.

Sebenarnya, tidak! Di Jalan Masjid Jamek, terdapat banyak gerai-gerai dan kedai makanan yang menawarkan makanan yang menyelerakan pada harga yang berpatutan.

Kami tahu, pasti ada yang ragu-ragu dengan kenyataan kami ini. Oleh sebab itulah, kami telah turun sendiri ke Masjid Jamek untuk mencari khazanah-khazanah makanan tersembunyi di sekitar Jalan Masjid Jamek. Marilah ikuti pengembaraan gastronomi kami menerusi penulisan ini.

 

Gerai Teh Mansion

Kredit: pisanapisini.wordpress.com

Kalau anda berada di Masjid Jamek pada awal pagi, pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk mengisi perut di Mansion Tea Stall (Gerai Teh). Nama restoran ini mungkin memberikan bayangan bahawa restoran ini sebenarnya sebuah gerai kecil di tepi jalan. Mansion Tea Stall ini cukup terkenal dalam kalangan penduduk bandar Kuala Lumpur dengan roti sardin dan roti canai banjirnya. Jadi, jangan terlepas peluang apabila berkesempatan berada di kawasan tersebut.

A: Jalan Masjid India No 2, Lorong Bunus Satu, Selangor Mansion
Peta:

Medan Selera Masjid Jamek

Kalau anda lapar tetapi tidak tahu apa sebenarnya yang anda mahu makan, anda boleh pergi ke medan selera di Jalan Masjid Jamek. Di situ, terdapat pelbagai aneka juadah untuk anda pilih. Kami cadangkan kepada anda untuk mencuba gerai ikan bakar di medan selera tersebut. Harga yang berpatutan dan rasa ikan segar yang disalai memang dapat membangkitkan selera sesiapa sahaja.

A: Jalan Masjid India, Kuala Lumpur City Centre, 50100 Kuala Lumpur
Peta:

Kafe Coliseum

Kredit: chillout-soulout-freakout.blogspot.com

Sesiapa yang tidak berselera untuk makan makanan Melayu selepas menikmati sarapan di Mansion Tea Stall, Kafe Coliseum mungkin menjadi pilihan makan tengah hari anda. Kafe Coliseum merupakan antara kafe tertua di Kuala Lumpur dan ditubuhkan sejak tahun 1921 lagi. Suasana klasik dalaman kedai pasti membawa anda kembali ke zaman silam. Pada harga RM 18, anda dapat membeli sepinggan chicken chop bersaiz besar yang sedap dan mengenyangkan.

Jika anda tidak berkesempatan untuk makan tengah hari di kafe tersebut, bolehlah datang pada waktu petang atau waktu malam. Pada waktu petang, kafe tersebut menyediakan pilihan menu minum petang seperti skon dan jam yang pasti membuatkan anda terasa bagai berada di bumi England.

 

A; 98, Jalan Tuanku Abdul Rahman, City Centre, 50100 Kuala Lumpur
T: +603-2692 6270
E: 1921klhq@gmail.com
FB:  https://www.facebook.com/Coliseum1921
W:  http://www.coliseum1921.com/
Peta:

Panggung Wayang Coliseum

Kredit: Wikipedia.org

Setelah seharian berjalan-jalan di sekitar pasar pagi di Jalan Masjid Jamek, pasti anda berasa penat. Apa kata, rehat sebentar dan menghiburkan hati anda dengan pilihan filem tamil terkini yang ditayangkan di Panggung Wayang Coliseum.

Kenapa anda perlu meliangkan masa di panggung ini?

Panggung Wayang Coliseum merupakan panggung tertua di Malaysia dan di satu sudut panggung tersebut, terdapat pameran alat pemancar pita filem klasik yang digunakan pada zaman dahulu. Alamilah pengalaman menonton wayang klasik sambil menikmati samosa dan snek ringan yang disediakan seperti penduduk Kuala Lumpur pada era 1950-an di panggung ini.

 

A; Jalan Tuanku Abdul Rahman, City Centre, 50100 Kuala Lumpur
T: +07-777 6112
Peta:

Restoran Jai Hind

Kredit: onattycan.blogspot.my

Bagi peminat makanan India, jangan bersedih kerana di Jalan Masjid Jamek ada lambakan kedai makanan India yang anda boleh jumpa dan cuba. Namun begitu, dalam banyak-banyak kedai makanan India di sana, anda perlu singgah sebentar di Restoran makanan Punjabi Jai Hind untuk menikmati sepinggan capati lembut yang dicicah dengan kuah kambing yang enak. Jika anda sekadar mencari snek sahaja, anda boleh mencuba pelbagai manisan yang dijual di sana serta snek seperti pakora dan samosa untuk dibuat bekal sambil anda mengembara di kawasan tersebut.

 

A; 13, Jalan Melayu, City Centre, 50100 Kuala Lumpur
T: +6012-927 1288
Peta:


 

Di Jalan Masjid Jamek, anda dapat mengalami warisan, budaya dan makanan kaum India dan Melayu yang enak.

Jika anda ingin melawat Jalan Masjid Jamek, pastikan anda datang awal untuk mendapatkan tempat letak kereta pada harga RM3 sekali masuk ataupun, gunakan LRT laluan Kelana Jaya dan pengangkutan awam untuk ke sana.

print
Azrene Jasmine

A true blue Penangite, Azrene Jasmine favourite thing to do is, well, eating. Though currently in a love/hate relationship with the weighing scale, she truly believes that every woman should choose a hunk of juicy steak over a bowl of salad on the first date because steaks are awesome and what man can resist a woman with a healthy appetite?

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.