Juadah Pillihan Rumah Terbuka yang Pasti Meletup

Juadah pilihan untuk anda sediakan bagi tetamu-tetamu anda yang lapar semasa rumah terbukan anda nanti. Pasti meletup hidangan anda dalam kalangan tetamu anda! Tak percaya, cubalah!

Kredit: Travel Guide & Makan² Guide

Berlalulah sudah Ramadan, sebulan berpuasa…..”

Ya, seperti anda semua, lagu tersebut masih lagi ternyiang-nyiang dalam fikiran kami.

Pejam celik pejam celik, kita sudah pun memasuki bulan Syawal. Kedatangan bulan syawal bermakna satu perkara sahaja kepada rakyat Malaysia iaitu selepas “berdiet” untuk sebulan tiba masanya untuk kembali mengumpul lemak serta kalori bagi mengunjungi majlis open house. Majlis open house telah menjadi trend setiap individu, keluarga malahan syarikat yang besar.

Oleh itu, terdapat  beberapa cadangan juadah pilihan untuk menu Open House agar tetamu anda tidak jemu dengan juadah yang sama bagi setiap rumah yang dikunjungi. Tanpa berlengah lagi, terimalah cadangan juadah pilihan menu open house saya ini.

 

1. Ketupat + kuah Kacang

Kredit: atleena.blogspot.com

Open house sudah tentunya tidak akan lengkap tanpa makanan yang melambangkan kedatangan Syawal iaitu Ketupat dengan gandingannya, Kuah kacang. Open house mesti wajib ada benda ini.

 

2. Lemang + Rendang

Kredit: flickr

Juadah lain yang harus dihidangkan semasa open house sudah tentunya lemang dengan daging atau ayam rendang. Oleh kerana lemang merupakan salah satu makanan yang boleh didapati dengan mudah terutamanya dalam perjalanan balik ke kampung, belilah satu atau 10 dan sumbanglah kepada peningkatan ekonomi negara Malaysia.

 

3. Sate

Credit: vkeong.com

Sate merupakan salah satu makanan yang mesti kena ada. Sate merupakan salah satu makanan yang mudah dibuat dan ianya merupakan salah satu makanan yang muai untuk dibuat. Kalau dah tahu ada sate kat rumah terbuka tersebut bergegaslah ke rumah tersebut sebab sate merupakan makanan yang paling cepat akan habis.

 

4. Soto

Butterkicap/soto

Kepada mereka dibahagian selatan terutamanya negeri Johor, soto mesti berada dalam menu untuk open house. Soto biasanya terdapat 2 jenis iaitu soto nasi dan soto mee, pilihlah makanan yang anda berkenan dan gandingan dengan sup soto yang penuh dengan perisa. Jangan lupa makan dengan sambal kicap.

 

5. Laksa

Butterkicap/Laksa Penang

Kepada mereka yang tidak mengemari soto, makanan lain yang boleh anda cuba ialah laksa. Bergantung kepada kegemaran anda, terdapat beberapa jenis laksa di Malaysia antaranya ialah Laksa johor dan laksa penang yang boleh anda cuba untuk dihidangkan kepada tetamu anda.

 

6. Kambing Golek

Credit: spmodels.net

Peminat kambing mesti ketahui bahawa kunjungan ke rumah terbuka tidak lengkap tanpa kambing golek. Walaupun ianya agak mahal dimana anda perlukan segala peralatan untuk membakar daging tersebut namun hasilnya sangat memberangsangkan dan sangat menyelerakan. Kepada mereka yang mempunyai penyakit darah tinggi, berpada-pada makan kambing nanti.

 

 

7. Nasi Hujan Panas ( Ayam Masak Merah)

Credit: kyrahkatering.blogspot.com

Sesetengah tetamu mungkin akan muak dengan nasi impit sahaja kerana ianya mungkin makanan uji pada bulan Syawal maka sebagai tuan rumah, cuba tukarkan menu anda dengan menu nasi hujan panas. Warna yang menarik serta aroma yang mengiurkan mampu membuatkan tetamu anda gembira. Ingat, nasi hujan panas lagi enak jika ianya dimakan dengan Ayam masak merah.

 

 

8. Roti Jala

Credit: monchoso.com

Roti jala turut boleh dijadikan sebagai menu untuk rumah terbuka. Makanan yang mudah dibuat ini dapat menghasilkan quantiti yang banyak dimana ianya akan menampung tetamu anda yang banyak. Justeru itu, nasi mungkin akan menyebabkan anda penat dan ngatuk untuk kembali ke tempat kerja, makanan alternatif untuk mengelakkan ngatuk ialah roti jala yang merupakan makanan yang tidak terlalu berat.

 

9. Cendol

Butterkicap/Cendol

Cendol merupakan salah satu pencuci mulut yang menjadi ranjutan ramai masyarakat Malaysia. Oleh kerana cuaca pada masa sekarang yang agak panas terik, maka sesuap cendul yang sejuk mampu membawa kembali senyuman anda. Selain ianya merupakan makanan yang mudah untuk dibuat, cendol turut merupakan makanan yang mengenyangkan kerana mengandungi bahan-bahan yang berlemak seperti susu dan kacang merah.

 

 

10. Koktel Buah

Kredit: selera4u.blogspot.com

Masyarakat Malaysia turut sudah terbiasa dengan koktel buah. Ianya merupakan salah satu juadah yang menyegarkan kerana menggunakan buah-buahan yang segar. Kepada mereka yang sudah jemu dengan pencuci mulut seperti kek cawan dan kuih-kuih raya, cubalah koktel buat bagi menyegarkan hari anda.

 

Itulah merupakan senarai juadah pilihan yang dicadangkan kepada semua tuan rumah yang bakal mengadakan rumah terbuka. Berbelanjalah berpada-pada, ya. Selamat Hari Raya Aidilfitri dan semoga anda semua tidak terlalu kenyang dengan makanan yang enak-enak. Mahu makan tetapi tak nak naik berat? Ikuti langkah-langkah penjagaan makanan ini!

print
Y. Helmy

Yusof Helmy is a lover of all things rainbow; be it from rainbow cupcakes to rainbow bagels. He believes that in order to enjoy and love food, one must throw the weighting scale in the trash and eat those who say that you are on the fluffier side ( He practise cannibalism sometimes ). He is on the journey of finding his joie de vivre.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.