Tip Perkenal Bakal Menantu Ibu Bapa Anda Raya Ini

Tip perkenal kekasih kepada keluarga memang tiada lagi untuk golongan bujang yang bersedia untuk menamatkan zaman solo mereka. Oleh itu, janganlah tunggu lama-lama. Ambil kesempatan Lebaran ini untuk anda menyusup masuk kekasih hati anda dan pamerkan segala kelebihan mereka untuk memikat hati keluarga anda. Jadi, bagi pasangan yang perlu datang ke rumah, saya ada tip-tip berguna untuk anda!

Kredit: revolusiilmu.com

 

1. Pakai Baju Raya Sama Warna

Kredit: Whimsigirl

Anda mahu menjadi sebahagian daripada keluarga kekasih hati anda tetapi ini kali pertama anda nak menunjukkan muka anda di hadapan SELURUH keluarganya. Jadi, anda tidak mahulah rasa tersisih atau terasing daripada keluarga kekasih anda itu. Penyelesaiannya mudah sahaja. Anda pakailah pakaian sama tema dengan keluarga teman istimewa anda itu. Pastikan anda membuat siasatan dan tanya semua soalan yang berkaitan dengan teliti supaya anda mendapat rekaan, warna dan kain yang sama seperti keluarga kekasih anda itu. Jangan pula terlalu teruja sampaikan tersilap dengan dan beli baju sama warna dengan perabot, langsir mahupun warna dinding rumahnya. Malu oii….

 

2. Bawa Buah Tangan

Kredit: pinterest.com

Kalau anda dah tahu nak ambil hati bakal mertua yang tidak pernah berjumpa mahupun pasti sudah menyukai anda, janganlah pergi berlenggang kangkung ke rumah bakal mertua dengan tangan kosong. Nanti dikata tak bersungguh pula! Jadi, apa kata apabila berkunjung ke rumah terbuka bakal kekasih anda, anda bawa buah tangan yang anda sendiri masak. Bawalah rendang ayam, daging atau rendang ekspres (kalau tak cukup masa) istimewa Butterkicap untuk menangi ibu dan bapa mertua anda. Dijamin sedap dan habis licin mereka makan nanti.

 

3. Jaga Kebersihan Diri

Kredit: Reader’s Digest

Ini ialah kunci untuk bakal mertua anda nilai anda. Pastikan anda betul-betul melaram diri sebelum datang ke rumah kekasih hati anda. Cucilah segala yang patut dicuci. Potonglah apa yang patut dipotong (Saya maksudkan rambut di kepala ya). Ubat kumur jangan lupa pula. Berus gigi tak cukup nak hilangkan plak di celah-celah gigi. Kalau anda hensem macam Brad Pitt sekalipun tapi kebersihan diri macam gelandangan, jangan harap dipandang, nak disapa pun bakal mertua anda tak ingin nanti.

 

4. Beramah Mesra dengan Golongan Tua

Kredit: hipwee

Selain daripada kebersihan diri, satu lagi aspek yang orang tua-tua pandang ialah sifat ramah dan periang anda. Janganlah periang sampai gelak macam kak Ponti. Maksud ramah di sini ialah anda ambil berat untuk duduk sebentar bersembang dengan golongan tua di rumah sambil bersembang berkenaan topik-topik yang bersesuaian (jangan politik ya mahupun isu agama) supaya mereka dapat melihat kepintaran dan kematangan anda. Tiada gunanya kalau anda asyik berkepit dengan kekasih 24 jam. Buat sakit mata bakal mertua saja nanti.

 

5. Tonjolkan Diri

Kredit: star2.com

Ya, inilah tujuan anda nak diperkenalkan kepada bakal mertua anda. Pasangan anda mahu bakal mertua anda melihat kualiti dan perwatakan yang membuatkan pasangan anda itu jatuh hati dengan anda. Pada masa inilah anda perlu buang sifat-sifat huduh dan jelik anda dan melakukan segala-galanya yang boleh membuatkan bakal mertua merasakan andalah paling sesuai dan paling padan dengan anak mereka. Saya tak kata anda perlu menipu dan berpura-pura. Oh, tidak. Jadilah diri anda sendiri dan tunjuk sebab anda layak menjadi menantu mereka. Anggap sahajalah ini seperti pitch yang anda perlu beri di Jobstreet ketika membuat permohonan kerja.

 

6. Rajin ke Dapur

Kredit: marinimz.com

Bagi anak-anak dara yang nak memikat ibu si teruna idaman hati, inilah perkara yang paling dititikberatkan oleh si ibu. Bukan ijazah, harta, kedudukan mahupun kecantikan anda dinilai. Sebaliknya, kesanggupan anda untuk turun ke wilayah kuasa beliau yang menunjukkan sama ada anda layak atau tidak menjadi menantu beliau. Saya tak katalah anda perlu memasak dan mengemas. Kali pertama datang ke rumah orang, janganlah buat macam rumah sendiri pula. Cucilah pinggan anda sendiri dan buat perbualan dengan si ibu (jika si ibu di dapur) dan tawarkan diri untuk membantu. Walaupun tawaran anda itu tidak terima tapi sudah cukup untuk membuat si ibu anggap anda layak untuk ke pusingan penilaian seterusnya.

 

7. Sentiasa Berada dalam Ruang Penglihatan Bakal Mertua 

Kredit: media.astropublications.com.my

Tak guna anda lakukan semua tip di atas tapi bakal mertua anda tak nampak usaha anda ini. Janganlah duduk dekat sampai sesak nafas orang tua itu. Cukuplah sekadar berada dalam 50 meter dari beliau dan buatlah pandangan mata sambil lempar senyuman ikhlas ke arah beliau. Jangan terlalu asyik bersembang sehingga tidak fokus pada sasaran anda. Pastikan anda berada di sisi bakal mertua anda apabila anda melihat beliau sedang mencari-cari sesuatu atau berada dalam keadaan kelam-kabut. Tunjuk anda seorang yang prihatin.

 

Itulah dia tip perkenal bakal menantu Butterkicap untuk pasangan yang ingin membawa kekasih hati mereka ke rumah untuk kali pertama atas alasan rumah terbuka supaya tetamu lain tidak berasa syak wasangka pula. Kesemua tip di atas adalah atas kepala si pasangan yang ingin diperkenalkan kerana tanggungjawab untuk meyakinkan ibu bapa jatuh kepada dia juga. Pasangannya sudah melaksanakan tugasnya dengan membawa anda ke rumah. Kalau menjadi, jangan lupa jemput saya dan seluruh team Butterkicap!

print
Azrene Jasmine
Azrene Jasmine

Azrene Jasmine is a Penangite with a stomach of gold. Though currently she is in a love/hate relationship with the weighing scale, Azrene truly believes that every woman should choose a hunk of juicy steak over a bowl of salad on the first date because steaks are awesome and what man can resist a woman with a healthy appetite?

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Something is wrong.
Instagram token error.
Load More