Sugarlou Menjadikan Setiap Sambutan Pengalaman Peribadi Anda

Dalam lambakan variasi juadah manisan dan pencuci mulut yang ada di luar sana, kek dan juga kek cawan masih menjadi pilihan klasik kebanyakan rakyat Malaysia sebagai maskot manisan rasmi dalam pelbagai sambutan perayaan atau hari istimewa mereka. Malangnya, tidak ramai yang menganggap kek sebagai sebahagian daripada memori indah anda kerana kek yang dibeli adalah begitu komersial hingga tidak memberikan apa-apa impak langsung.

Namun begitu, bukankah baik jika anda diberi pilihan untuk selitkan sedikit personaliti anda dalam kek dan juga manisan lain supaya lebih bermakna kepada diri anda dan juga orang yang tersayang dalam menyambut hari istimewa anda bersama? Di Sugarlou, setiap kek mempunyai cerita yang tersendiri.

Kredit: Sugarlou

Ditubuhkan pada Jun 2012,  Sugarlou adalah inspirasi pengasas untuk menjadikan kek dan manisan sebagai pelengkap peribadi waktu-waktu kebahagiaan dan kemenangan yang dikongsi bersama. Sejajar dengan itu, kek dan kek cawan Sugarlou disediakan sendiri oleh pengasasnya  tanpa menggunakan sebarang bahan yang diproses untuk memastikan keaslian rasa dan keistimewaan kek dan kek cawan yang disediakan.

Kredit: Sugarlou

 

Sepertimana saya mendapat kebahagiaan dan kemanisan hidup daripada dua orang anak saya, itulah yang saya ingin tunjukkan pada kek-kek yang saya sediakan ~Yasmin Hasan, Pengasas Sugarlou~

 

Kredit: Sugarlou

 

Kredit: Sugarlou

 

Kredit: Sugarlou

 

Kredit: Sugarlou

 

Apa yang membuatkan Sugarlou sangat istimewa ialah tiada tempahan yang banyak diambil pada satu-satu masa supaya setiap kek yang dihasilkan menepati cita rasa, kehendak dan personaliti pelanggan supaya kek-kek yang dihasilkan sentiasa diingati dan menjadi pencetus memori pelanggan apabila merasakan kek tersebut. Baru-baru ini, Butterkicap telah memberikan cabaran kepada Sugarlou untuk menyediakan manisan luar biasa dan menerapkan citarasa Malaysia dalam perisa dan rasa kek tersebut. Hasilnya;

Kredit Sugarlou/Kek Pandan Gula Melaka

Siapa kata citarasa klasik Malaysia, gula melaka dan pandan tidak boleh diberi sentuhan moden? Kek yang cukup menyegarkan dan enak memberikan anda keunikan rasa lemak kuih tradisional Malaysia dalam gigitan lembut kek krim mentega yang cair di mulut. Sugarlou berjaya menghasilkan satu kek yang menggabungkan perisa ketimuran dalam persembahan kek yang tampak kelas, sofistikated dan cantik.

Kredit: Sugarlou/Kek Vanila Karamel Masin, Kacang dan Cebisan Bakon Daging

Yasmin Hasan membuktikan kredibiliti beliau sebagai pembuat kek alaf baru dengan penghasilan kek savori ini. Siapa sangka kegilaan kek savori di Barat dapat dihasilkan di sini? Dengan menggunakan cebisan bakon daging, Sugarlou berjaya menyahut cabaran penyediaan kek versi halal ini dengan jayanya. Rasa bakon daging yang masin bersama ekstur kacang rangup dan kemanisan kek vanila mengejutkan deria rasa anda untuk cuba gabungan perisa luar biasa ini.

Jika anda juga mahu menjadikan saat sambutan anda bukan saja diingati dalam bentuk gambar malah di deria rasa anda juga, tempahlah kek-kek dan kek cawan istimewa Sugarlou kerana setiap sambutan anda ialah hari bahagia bagi Sugarlou.

FB: Sugarlou
M: sugarlou11@yahoo.com

 


* Semua tempahan perlu dibuat seminggu awal untuk penyediaan bahan.

*Harga setiap kek bergantung pada saiz, butiran perisa, inti & frosting.

 

print
Azrene Jasmine
Azrene Jasmine

Azrene Jasmine is a Penangite with a stomach of gold. Though currently she is in a love/hate relationship with the weighing scale, Azrene truly believes that every woman should choose a hunk of juicy steak over a bowl of salad on the first date because steaks are awesome and what man can resist a woman with a healthy appetite?

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Access Token is invalid, please get it again