Kek Lapis Sarawak Homemade Seperti Dibuat di Sarawak

Kek lapis mempunyai rasa dan rupa yang sangat unik. Dalam dunia manisan, kuih-muih dan kek, kek lapis Sarawak berada di kedudukan antara paling digemar bagi rakyat Malaysia. Oleh kerana asalnya kek ini dari Sawarak, bukan senang untuk kebanyakan rakyat Malaysia yang tinggal di Semenanjung untuk dapatkan kek lapis yang ‘ori’. Jadi jika mereka mendambakan rasa berempah kek ini, terpaksalah berhabis wang ringgit dan masa untuk ke Sarawak.

Tapi nasib baik zaman sudah berubah. Anda tak perlu lagi membuat tempahan tiket untuk ke Bumi Kenyalang semata-mata nak makan kek lapis. Kini, dengan Homemade Kek Lapis Sarawak, dalam sekelip mata sahaja kek lapis yang anda inginkan boleh berada di depan mata.

Kredit: Homemade Kek Lapis Sarawak

Terletak di Segambut, Kuala Lumpur, Perniagaan Homemade Kek Lapis Sarawak membawa kepada anda pelbagai pilihan perisa kek lapis Sarawak, baik perisa yang tradisional seperti Belacan dan Durian, terdapat juga perisa yang lebih moden seperti perisa oren, oreo dan red velvet.

Kredit: Homemade Kek Lapis Sarawak

Kek Lapis merupakan hidangan tradisional yang sentiasa berada di tempat yang istimewa dalam diri setiap rakyat Malaysia dek rasa dan teksturnya yang unik. Kemahiran untuk membuat kek lapis adalah sesuatu yang perlu dipelajari dan tidak boleh didapati di mana-mana dengan mudah.

Resepi kek lapis yang enak pun tidak mudah untuk didapati kerana kek lapis yang enak mempunyai rasa rempah dan manis yang seimbang. Jika tidak, kek lapis itu langsung tidak sedap dimakan.

Kredit: Homemade Kek Lapis Sarawak

Jika anda peminat kek lapis Sarawak yang tegar dan tidak mampu untuk membeli tiket penerbangan tambang murah untuk ke Sarawak, Homemade Kek Lapis Sarawak di Segambutlah pilihan vendor kek lapis yang anda mesti cuba. Tidak menyesal membeli daripada mereka kerana anda boleh dapatkan kek lapis yang enak, berkualiti dan berpatutan.

Hubungi Homemade Kek Lapis Sarawak untuk dapatkan produk mereka sempena sambutan Hari Raya yang bakal menjelang tiga minggu lagi.

 

A: 34, Jalan 10/38d, Taman Seri Sinar, Segambut, Kuala Lumpur
T: +6017-285 6080

E: mnorzaki@gmail.com
FB: Homemade Kek Lapis Sarawak

 

Artikel Lain:

Kuih-Muih Enak di Kueh Tradisional dan Kek

Resepi Kek Marmar Nescafe Kegilaan Peminat Kopi

Maniskan Mulut dengan Resepi Pai Betik Ini

print
Azrene Jasmine
Azrene Jasmine

Azrene Jasmine is a Penangite with a stomach of gold. Though currently she is in a love/hate relationship with the weighing scale, Azrene truly believes that every woman should choose a hunk of juicy steak over a bowl of salad on the first date because steaks are awesome and what man can resist a woman with a healthy appetite?

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Something is wrong.
Instagram token error.
Load More