Badan Panas Raya Ini? Sejukkan dengan Makanan Ini

Badan panas Raya-Raya? Mana tidaknya, dari pagi sampai ke malam makan rendang, ketupat dan kuah kacang. Jika masih terus makan makanan ‘panas’ ini, esok lusa pasti jatuh sakit!

Kredit: metro360

1. Cincau

Kredit: Serenitea

Cincau mungkin kelihatan tidak menyelerakan tetapi cincau ini merupakan makanan pilihan untuk menyejukkan badan . Cincau  mempunyai konsistensi seperti jeli tetapi berasa tawar. Cincau sebenarnya diperbuat daripada pokok pudina dan lazimnya digunakan dalam pembuatan minuman dan pencuci mulut. Cincau dapat menyejukkan badan yang panas kerana  seperti, pudina, mempunyai ciri-ciri makanan yang berair dan herba. Oleh itu, jika anda terasa badan panas, seeloknya, anda minum air cincau diletakkan madu atau air cincau soya setelah berhari-hari makan makanan Raya yang panas.

 

2. Kelapa

Kredit: wellness balance

Jika anda tidak menyukai rasa cincau dan ingin menghilangkan rasa panas badan dengan sesuatu yang lebih enak, air kelapa mungkin lebih memenuhi cita rasa anda. Kelapa merupakan buah yang mempunyai pelbagai fungsi. Air kelapa dan isi kelapa mempunyai rasa yang menyegarkan sehingga dapat menurunkan suhu badan mahupun hati yang panas dengan mendadak.

 

3. Bunga Kekwa

Kredit: Life Book AZ

Air bunga kekwa merupakan item makanan yang menyejukkan badan pilihan bagi masyarakat Cina di Malaysia. Hal ini demikian kerana air bunga kekwa mempunyai elemen-elemen yang menyihatkan seperti herba tradisional Cina yang lain dan sering digunakan untuk mengubat pesakit demam. Rasanya yang manis dan berbau wangi menjadikan sesiapa sahaja berasa gembira untuk minum “air ubat” ini. Namun begitu, jangan letakkan air batu pula. Nanti hilang rasa nikmat minum minuman ini.

 

4. Tembikai

Kredit: healthline.com

Bagi mereka yang menggemari buah-buahan berbanding makanan menyejukkan yang disenaraikan di atas, tembikai ialah makanan sejuk untuk anda. Tembikai dikategorikan sebagai makanan sejuk kerana buah ini mempunyai kandungan air yang tinggi dan kandungan air inilah yang memberikan rasa jus dan menyegarkan pada isi buah tersebut. Anda boleh memilih untuk makan terus isi buah tersebut ataupun menjadikan isi tembikai sebagai jus supaya tangan anda tidak melekit dan kotor nanti.

5. Tomato

Kredit: the Spruce

Tidak ramai yang tahu bahawa tomato mampu menyejukkan badan panas raya anda. Tomato, seperti makanan-makanan sejuk lain yang disenaraikan, mempunyai kandungan air yang tinggi (sebanyak 95%)  di dalamnya. Selain itu, tomato juga mengandungi vitamin C yang diperlukan badan. Oleh itu, anda boleh memilih untuk makan terus tomato, membuat jus, membuat sup tomato atau membuat nasi tomato menggunakan beras perang (beras ini juga terletak di bawah kategori makanan  sejuk, ya) untuk anda nikmati.

 

Itulah antara beberapa makanan sejuk yang anda boleh nikmati untuk menyejukkan badan panas Raya anda nanti. Walaupun rendang, ketupat dan kuah kacang jauh lebih enak daripada kesemua hidangan ini, tapi jika tidak diseimbangkan, pasti membawa padah kepada diri anda nanti. Raya-raya orang nak bergembira, bukannya terlantar sakit di hospital.

Walau apapun, selamat berhari raya dan jangan lupa menjaga kesihatan masing-masing!

 


Artikel Lain:

Sugar No Likey? Here are 6 Spiced Kuih Raya for You!

6 Resepi Minuman Mudah untuk Raya dan Majlis Istimewa

Weight-Watchers: What to Eat during Raya Without Worry

print
Azrene Jasmine

A true blue Penangite, Azrene Jasmine favourite thing to do is, well, eating. Though currently in a love/hate relationship with the weighing scale, she truly believes that every woman should choose a hunk of juicy steak over a bowl of salad on the first date because steaks are awesome and what man can resist a woman with a healthy appetite?

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.