Sejarah Rendang di Malaysia: Sajian Meraikan Kegembiraan

Kredit: recipeshubs.com

Sejarah rendang bukanlah sesuatu perkara yang diketahui umum. Jadi, marilah bersama-sama menelusuri sejarah hidangan tradisi Raya bagi kebanyakan orang Melayu di Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura bersama-sama Butterkicap.

Bulan Ramadhan dikenali sebagai bulan yang menahan lapar dan dahaga. Pada bulan Ramadhan juga terdapat beberapa jenis makanan yang hanya dijamah di dalam bulan yang mulia ini seperti mana yang anda boleh baca di sini. Sama seperti bulan Ramadhan, bulan yang meraikan kejayaan umat Islam setelah berpuasa selama sebulan iaitu bulan Syawal juga mempunyai hidangan istimewa yang tersendiri.

Jika ditanya rakyat Malaysia yang menyambut Aidifitri, bulan yang menyambut kemenangan umat Islam setelah berpuasa selama sebulan ini tidak akan lengkap tanpa hidangan yang lazat dan menyelerakan, terutama sekali hidangan rendang.

Rendang yang dimasak boleh dinikmati bersama pelbagai jenis hidangan karbohidrat seperti nasi himpit, ketupat, nasi putih dan pulut. Rendang di Malaysia boleh dimasak dengan pelbagai jenis bahan utama seperti daging, ayam, itik dan puyuh serta terdapat juga rendang yang dimasak menggunakan organ dalaman haiwan seperti paru, hati dan limpa.

Pada kebiasaanya, rendang disediakan semasa musim perayaan seperti Aidilfitri, Aidiladha dan di majlis-majlis keramaian mahupun kenduri. Sajian ini boleh dimasak menurut pelbagai cara sama ada secara kering ataupun basah.

Kredit: theglobetrottingpanda

 

Asal-Usul Rendang di Malaysia

Makanan yang mempunyai aroma yang menyelerakan ini dikatakan asalnya disediakan oleh masyarakat Minangkabau yang berasal dari Indonesia. Di Malaysia, terdapat populasi Minangkabau yang besar di Negeri Sembilan. Oleh disebabkan budaya Minangkabau dibawa dan diadaptasi menurut cara masyarakat setempat, budaya dan masakan masyarakat Malaysia juga sedikit sebanyak dipengaruhi.

Di Malaysia, setiap daerah mempunyai hidangan rendang yang tersendiri dan disebabkan itu, resepi rendang telah dipelbagaikan supaya boleh dinikmati oleh semua lapisan masyarakat. Sebagai contoh, antara jenis-jenis rendang yang terkenal di setiap pelosok negara ialah:

  • Rendang Ayam Lengkuas Sabah
  • Rendang Daging Tok di Perak
  • Rendang Hati Johor
  • Rendang Ayam Nogori
  • Rendang Minang Negeri Sembilan
  • Rendang Daging Hitam Sarawak.
Kredit: ida81

 

Rendang Sebagai Penyatuan
Keluarga dan Komuniti 

Masakan rendang yang datangnya dari negara jiran ini jika dimasak untuk kenduri yang akan dihadiri oleh sejumlah tetamu yang ramai, aktiviti gotong royong akan diadakan oleh jiran tetangga yang terdekat. Gotong royong terjadi apabila jiran tetangga berkumpul di rumah yang mengadakan kenduri dan membawa bahan-bahan asas yang diperlukan untuk memasak hidangan ini.

Selain hidangan rendang, hidangan lain yang disediakan untuk kenduri tersebut juga dimasak secara bergotong-royong seperti nasi minyak dan ayam masak merah. Semua jenis hidangan rendang boleh disimpan untuk jangka masa yang lama dan ia tidak mudah basi.

Hal ini demikian kerana kadar air yang terkandung di dalam rendang yang kering atau basah (rendang berkuah) adalah punca rendang boleh disimpan di dalam peti sejuk dalam masa yang lama. Selain itu, penggunaan rempah yang berlebihan juga merupakan salah satu faktor yang menjadikan rendang tidak mudah basi.

Kredit: mccormick.com

 

Kaedah Masakan Turun-Temurun

Rempah rempah ratus yang dicampur bersama bahan lain untuk menghasilkan rendang juga berfungsi sebagai antimikroba dan antioksida yang melindungi kita daripada penyakit berbahaya. Masakan ini boleh bertahan selama sehingga 3 bulan tanpa merubah rasa asal dan aroma hidangan. Walaupun disimpan lama, rasa hidangan tersebut akan menjadi semakin enak.

Hidangan yang sangat popular dalam kalangan rakyat Malaysia ini dimasak sebenarnya dimasak untuk jangka masa yang lama oleh generasi terdahulu dan cara masakan tersebut masih diamalkan oleh penduduk-penduduk di kampung. Rendang dimasak lama kerana mahu daging yang dimasak dalam rencah rendang menyerap segala rasa rempah  yang dimasukkan disamping memastikan daging dimasak sehingga empuk dan kering.

Semakin lama dimasak, semakin enak rasa rendang tersebut dan lebih lama rendang itu dapat disimpan. Jadi, bersiap sedialah untuk mencuba (bagi sesiapa yang tidak mencuba) dan menyediakan masakan ini pada Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi.

Tak cukup masa? Cubalah resepi rendang Minangkabau ekspres Butterkicap. Cepat, ringkas dan sama enak seperti rendang tradisional lain!

print
Ili Sakinah
Ili Sakinah

Ili Sakinah loves to lepak at mamak and definitely go with teh anytime, anywhere!

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Access Token is invalid, please get it again