Restoran Songket: Gabungan Klasik dan Makanan Melayu Asli

Credit: songketrestaurant.com

Restoran Songket memberikan rasa sajian Melayu asli bagi golongan yang merindukan masakan ibu. Berjauhan daripada keluarga dan kampung halaman adalah satu cabaran bagi mereka yang duduk di bandar. Restoran-restoran di bandaraya kebanyakan sangat bercita rasa moden dan mereka selalu mencari kelainan untuk menarik perhatian pelanggan.

Masakan Melayu sudah tentu ada ditawarkan oleh restoran-restoran tempatan, tetapi sukar untuk kita mendapatkan menu yang asli dan tidak di ubah suai ini kerana pada tahun serba moden ini, ramai di antara kita mencari kelainan dalam masakan dengan bertujuan untuk mencuba sesuatu yang lain dan baru yang boleh diterima oleh lidah dan cita rasa kita.

Credit: songketrestaurant.com

Jika anda teringin merasa masakan Melayu asli di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, Restoran Songket adalah tempat pilihan yang tepat untuk dikunjungi. Dengan menggunakan tema songket yang begitu klasik dan melambangkan keaslian Melayu, restoran ini menghidangkan pelbagai masakan melayu yang sesuai dimakan oleh semua lapisan masyarakat.

Sempena bulan Ramadhan tahun ini, Restoran Songket menawarkan Ramadhan Buffet yang menyajikan sebanyak 58 jenis hidangan asli Melayu yang boleh dinikmati. Harga yang ditawarkan juga berpatutan iaitu RM75 bagi seorang dewasa dan RM35 bagi seorang kanak kanak.

Credit: songketrestaurant.com

 

Credit: songketrestaurant.com

Selain harga yang berpatutan dan sajian yang pelbagai, Restoran Songket juga menyediakan ruang yang selesa untuk pelanggan menikmati hidangan yang menyelerakan. Dekorasi Restoran yang menarik perhatian dengan songket songket yang pelbagai warna dan corak di letakkan di dinding dinding bagi tatapan pelanggan.

Restoran Songket yang terletak di Kampung Baru,Kuala Lumpur ini adalah salah satu tempat yang harus dikunjungi kepada mereka yang menggemari masakan Melayu asli dan ia bukan sahaja menghidangkan Ramadhan buffet tetapi menghidangkan menu harian biasa seperti masak lemak udang nenas dan masak lemak ayam nangka.

Hidangan hidangan Melayu asli ini pasti akan membuka selera anda dan mengimbau kembali memori di kampung halaman anda!

 

A: 29, Jalan Yap Kwan Seng, Kampung Baru,Kuala Lumpur.
T: 60 3-2161 3331

print
Ili Sakinah

Ili Sakinah loves to lepak at mamak and definitely go with teh anytime, anywhere!

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.