Sajian Sunnah Nabi Untuk Dicuba Pada Maulidur Rasul

Maulidur Rasul tiba lagi dan semestinya, seluruh umat Islam di Malaysia (dan juga golongan bukan Islam yang bercuti) menantikan hari penuh keberkatan ini.

Sedikit sejarah tentang Maulidur Rasul bagi pembaca yang tidak tahu apakah itu hari Maulidur Rasul, frasa “Maulidur Rasul” bermaksud, secara umumnya, sambutan Rasul iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Sambutan ini adalah sempena dengan hari keputeraan Nabi Muhammad pada 12 Rabiul Awal tahun Gajah sebagai utusan terakhir Allah S.W.T kepada umat manusia.

Oleh itu, sambutan Maulidur Rasul, walaupun secara sederhana, masih meriah dan penuh dengan keberkatan. Jika anda berjauhan dengan keluarga tetapi masih ingin menyambut hari istimewa ini menurut cara anda sendiri, apa kata sediakan hidangan yang berasaskan sunnah nabi untuk dinikmati. Untuk ketahui makanan sunnah nabi, klik di sini.

 

Kurma Kambing

Kredit: wheelsondbus.blogspot.sg

Lauk kurma merupakan salah satu hidangan yang seringkali dihidangkan dengan nasi minyak atau nasi tomato.

Namun begitu, nasi tersebut pasti selalu digandingkan dengan daging lembu atau ayam kurma sahaja. Tahukan anda bahawa lauk tersebut boleh digantikan dengan pelbagai jenis daging? Antaranya ialah daging kambing.

Terdapat sedikit salah faham mengenai daging kambing. Ia dikatakan tidak baik untuk tubuh badan dan menyebabkan darah tinggi. Namun mengikut fakta dan beberapa kajian yang telah dijalankan, daging kambing, terutamanya daging kambing matang, sebenarnya ternyata pilihan sumber daging merah yang lebih baik berbanding daging-daging lain seperti daging lembu, ayam, biri-biri dan sebagainya.

 

Ayam Madu

Kredit: resepayambebek.blogspot.sg

Sajian Sunnah Nabi seterusnya ialah ayam madu. Anda pasti tertanya-tanya, kenapakah hidangan ini merupakan hidangan yang berasaskan sunnah nabi? Jawapannya ialah madu.

Hebatnya kelebihan madu sehingga ia disebutkan di dalam Al-Quran dan Tuhan menceritakan tentang kebaikan yang dibawa olehnya (QS 16:69). Menurut hadis Nabi pula, madu disebut sebagai penawar bagi segala jenis penyakit (HR Bukhari).

Dari sudut sains pula, madu mengandungi flavonoid dan antioksida yang tinggi dan  pengambilan madu secara konsisten dan sukatan yang betul boleh mencegah sakit jantung, tekanan darah tinggi, demam dan melancarkan peredaran darah.

Jadi, sediakanlah sajian ayam madu yang bukan sahaja sesuai dimakan dengan nasi putih malah dengan nasi minyak juga.

 

Biskut Kurma

Kredit: Youtube.com

Kurma kaya dengan kandungan serat yang tinggi yang membantu proses pelawasan dan mencegah barah usus. Di dalam sebiji kurma, terdapat pelbagai nutrien berkhasiat seperti vitamin A dan C, zat besi, fosforus, potassium, sodium dan kalsium.

Namun begitu, tidak ramai yang suka makan kurma begitu sahaja, khususnya dalam kalangan kanak-kanak. Oleh itu, imbangi rasa manis kurma dengan rasa lemak kuih atau pastri seperti biskut. Biskut-biskut buatan sendiri sering dikaitkan dengan hari perayaan tetapi tidak dengan hari kebesaran hari ini. Ubah trend tersebut dan sediakanlah biskut kurma yang enak ini.

 

Piza Mini

Kebanyakan orang mungkin berpendapat bahawa sajian ini terlalu moden dan sukar untuk dilihat sebagai sajian sunnah nabi. Namun begitu, piza mini sebenarnya merupakan cara terbaik untuk menonjolkan rasa buah zaitun.

Semenjak 1.400 tahun yang lalu, Nabi Muhammad telah menyarankan umat Islam agar menggunakan minyak zaitun untuk kesihatan berikutan nilai khasiat buah zaitun yang dapat mengurangkan risiko penyakit barah dan sakit jantung..

Tambahan pula, anak-anak pasti akan seronok menikmati hidangan piza mini ini.

 

Lassi Mangga

Susu kambing dianggap lebih berkhasiat daripada susu lembu kerana mampu membantu mengurangkan risiko masalah kesihatan seperti penyakit lelah, reumatisme, demam kuning, insomnia dan juga menguatkan tulang. Sebab itulah, susu kambing merupakan salah satu makanan sunnah nabi yang digalakkan untuk diamal dalam kalangan umat Islam.

Susu kambing mempunyai bau yang kuat dan tidak ramai sanggup minum susu itu begitu sahaja. Oleh itu, campurlah dengan sedikit buah mangga untuk dijadikan sebagai lassi mangga yang menyelerakan dan pastinya mengejutkan tetamu yang datang ke rumah pada Maulidur Rasul ini dengan kreativiti anda ini.

 

Bubur Barli

Kredit: resepicikruby.blogspot.sg

Barli merupakan salah satu jenis bijirin yang dimakan sejak ribuan tahun dahulu lagi. Barli merupakan makanan golongan biasa pada zaman purba dan masih dimakan sehingga kini di kebanyakan negara Timur Tengah, Afrika dan Eropah.

Barli merupakan salah satu makanan sunnah nabi kerana mengandungi pelbagai vitamian dan mineral penting seperti serat, selenium, vitamin B, kuprum, kromium, fosforus, magnesium, niasin dan banyak lagi. Selain itu, barli rendah lemak dan juga kalori. Sesuai untuk sesiapa yang ingin mengurangkan berat badan.

Jadi, apakah yang boleh kita sediakan dengan barli pada Maulidur Rasul ini? Sediakanlah bubur barli! Bubur barli menyerlahkan lagi rasa barli di samping mengeluarkan segala zat dan nutrien yang diperlukan badan kerana barli direndam adalah barli yang paling berkhasiat.

 

Puding Roti

Percaya atau tidak, roti adalah salah satu makanan sunnah nabi yang digalakkan untuk umat Islam makan.

Roti memberi sebahaian besar nutrien yang diperlukan untuk pertumbuhan, pengekalan kesihatan dan kesejahteraan diri. Roti merupakan sumber protein, vitamin, serat dan karbohidrat kompleks yang baik. Roti juga rendah lemak dan kolestrol. Oleh sebab itu, tempoh pencernaan roti adalah lebih lama berbanding makanan berlemak dan bergula lain.

Pada hari Maulidur Rasul ini, sediakan hidangan roti yang menarik seperti puding roti untuk meraikan hari penuh keberkatan ini dan berkongsi sesama ahli keluarga serta jiran tetangga.

 

Lemak Labu

Kredit: zulfadreamland.blogspot.sg

Ramai yang tidak tahu bahawa labu merupakan salah satu makanan sunnah nabi. Hal ini demikian kerana khasiat labu tidak diketahui atau didedahkan.

Labu mengandungi kadar lemak tepu yang rendah dan juga kadar kolestrol serta sodium yang sangat rendah. Selain itu, labu juga merupakan sumber vitamin E, Tiamin, Niasin, citamin B6, folat, zat besi, magnesium dan fosforus yang cukup baik. Tambahan pula, labu juga baik untuk kesihatan kerana kaya dengan serat, vitamin A, vitamin C, riboflavin, potasium dan kuprum.

Untuk makan tengah hari pada hari Maulidur Rasul ini, bolehlah sediakan sajian makanan sunnah nabi ini dalam bentuk hidangan masakan Melayu seperti Lemak Labu.

 

 

Adakah anda berasa cukup berinspirasi dengan senarai makanan sunnah nabi untuk anda sediakan hidangan pada hari istimewa ini bagi menjamu ahli keluarga anda? Jika ada hidangan lain yang anda boleh sediakan berasaskan makanan sunnah nabi kongsi dengan kami di bahagian komen di bawah ataupun tangkap gambar dan letakkan hashtag #butterkicap.

print
Azrene Jasmine

A true blue Penangite, Azrene Jasmine favourite thing to do is, well, eating. Though currently in a love/hate relationship with the weighing scale, she truly believes that every woman should choose a hunk of juicy steak over a bowl of salad on the first date because steaks are awesome and what man can resist a woman with a healthy appetite?

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.