Resepi Orang Kampung Mempopularkan Masakan Melayu

Masakan Melayu sering kali mengingatkan kita pada ikan pekasam, lemak pucuk ubi, sambal belacan, sambal tumis dan ikan kering. Meskipun begitu, berapa ramaikah antara kita yang tahu dan boleh sediakan hidangan-hidangan ini seperti nenek atau ibu kita sediakan di rumah?

Resepi Orang Kampung mungkin kelihatan seperti sebuah blog yang biasa tetapi resepi-resepi yang dikongsi bersama bukanlah resepi yang biasa-biasa. Walaupun blog ini hanyalah berusia setahun jagung tetapi banyak resepi-resepi masakan Melayu yang mudah dan ringkas untuk dimasak oleh golongan muda yang bekerjaya di bandar-bandar sibuk. Jadi, apakah yang membuat penulis blog ini lain daripada yang lain?

Kredit: ayueidris.com

Kenapa Resepi Masakan Melayu Kian Dilupakan?

Sebagai rakyat Malaysia, khususnya anak-anak Melayu, kita dibesarkan dengan makanan yang biasa-biasa sahaja. Apabila kita semakin meningkat dewasa, kita lupa tentang masakan-masakan yang kita suka dan lebih menggemari makanan segera atau makanan Barat. Meskipun makanan-makanan tersebut kurang rasa dan tidak memberikan rasa puas apabila makan, makanan tersebut menjadi pilihan ramai.

Pada zaman ini, tidak ramai yang betul-betul mengetahui resepi-resepi masakan kampung yang diturunkan dari generasi ke generasi. Hal ini demikian kerana lambakan makanan yang lebih moden dan menarik membuatkan golongan muda lebih cenderung untuk memilih makanan-makanan tersebut berbanding masakan Melayu.

Jadi, daripada menghabiskan wang untuk masakan Melayu di kedai-kedai mahupun di restoran-restoran yang tidak tentu sedap, lebih baik anda sendiri yang membeli bahan-bahan dan sediakan sendiri masakan Melayu yang anda ingini dengan resepi-resepi yang dikongsi dalam blog ini.

 

Resepi Orang Kampung Berhasrat untuk Menyambung Warisan Masakan Melayu

Masakan Melayu, lazimnya melibatkan resepi-resepi yang ringkas dan selesa untuk dinikmati seisi keluarga. Walaupun hanya menggunakan beberapa bahan yang ringkas tetapi kekayaan rasa yang dinikmati melebihi mana-mana hidangan mahal dan bercita rasa mewah yang ada di dunia ini.

Oleh itu, penulis blog Resepi Orang Kampung ini berazam untuk menarik semula minat orang ramai, khususnya golongan muda untuk kembali makan makanan-makanan masakan Melayu yang menimbulkan nostalgia membesar di kampung kepada sesiapa yang menjamahnya.

Dengan cara perkongsian yang ringkas, mudah dan padat, tiada sesiapapun yang akan menghadapi masalah untuk mengikuti arahan atau cara-cara yang diberi untuk menyediakan hidangan yang diingini.

Kredit: ayueidris.com

Resepi-Resepi yang Dikongsi

Antara resepi yang dikongsi dalam blog ini ialah resepi klasik seperti sup ayam, ikan masak singgang, ayam masak paprik dan pulut kuning.

Resepi Orang Kampung bukan sahaja berkongsi idea-idea masakan kampung yang berat malah masakan pencuci mulut dan snek ringan untuk anda sediakan dan dinikmati bersama ahli keluarga anda seperti kek batik dan apam pisang.

Resepi-resepi yang dikongsi terbahagi kepada beberapa kategori iaitu resepi ayam, ikan, kek, kuih, nasi, sayur dan sup. Pembahagian ini menjadikan pencarian resepi-resepi tersebut lebih tersusun dan memudahkan anda untuk mencari resepi-resepi yang anda ingin cuba dengan pantas

Bagi anda yang ingin dapatkan kembali kenangan menikmati masakan kampung hasil air tangan nenek atau ibu anda, bolehlah layari blog Resepi Orang Kampung atau kunjungi laman Facebook Resepi Orang Kampung ataupun emel penulis blog itu sendiri untuk memberikan cadangan ataupun berkongsi resepi dengannya supaya resepi-resepi lama ini akan terus kekal sehingga ke anak cucu.

 

Konklusinya

Dengan usaha murni Resepi Orang Kampung ini, selama-lamanya resepi-resepi klasik Melayu ini  dapat dipelihara dan membuatkan kita sedar kepentingan kita belajar dan mengamalkan masakan-masakan ini supaya dapat diturunkan kepada anak cucu kita kelak.

Namun begitu, masakan Melayu merupakan makanan tradisi dan warisan kaum Melayu yang perlu dipelihara supaya tidak dilupakan dan ditelan zaman. Bayangkan betapa ruginya anak cucu kita yang tidak dapat menikmati masakan Melayu dan hanya mengenali makanan segera dan makanan Barat.

Dalam kesibukan kita mengejar harta dan pangkat untuk menempa nama serta tempat di dunia ini, kita terlupa bahawa identiti kita sebenarnya terletak pada segala yang kita warisi daripada nenek-moyang kita dan perkara ini termasuklah makanan-makanan ini. Tanpa satu elemen warisan ini, Melayu tidak akan menjadi Melayu.

Bak kata Hang Tuah, Takkan Melayu hilang di dunia

print
Azrene Jasmine
Azrene Jasmine

Azrene Jasmine is a Penangite with a stomach of gold. Though currently she is in a love/hate relationship with the weighing scale, Azrene truly believes that every woman should choose a hunk of juicy steak over a bowl of salad on the first date because steaks are awesome and what man can resist a woman with a healthy appetite?

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Something is wrong.
Instagram token error.
Load More