Resepi Lempeng Beri Biru Keto Tepung Kelapa

Pernahkah anda merasai Lempeng Beri Biru sebelum ini? Jika pernah, ini bermakna anda pasti menyukai pencuci mulut yang digemari oleh masyarakat Barat. Lempeng Beri Biru tradisional yang disaji oleh masyarakat Barat ini kebiasaannya dihidang pada waktu pagi ketika sarapan pagi.

Tetapi lain pula di Malaysia kerana resepi tradisional yang dihidangkan berbeza dari segi bahan yang digunakan. Seperti Lempeng Kelapa makanan kegemaran segelintir rakyat Malaysia, adunan bahan yang digunakan mengikuti bahan tempatan berikutan iklim yang berlainan dengan negara barat.

Disebabkan rakyat Malaysia gemar makanan yang berlemak, pemilik Asianketo, Puan Roslina Manaf telah mengubahsuai lempeng beri biru kepada lempeng yang lebih menyihatkan untuk mereka yang ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat bersesuaian dengan diet Keto.

 

Resepi Lempeng Beri Biru Keto Tepung Kelapa (6 lempeng)

Nutrisi 1 lempeng: 150kcal, 12g lemak, 4g net kaborhidrat, 6g fiber, total 11g

 

Persediaan adunan Lempeng Beri Biru Keto

 

Bahan:

  • ½ cawan beri biru segar
  • 4 biji telur
  • ¼ teh sudu garam himalaya
  • ½ teh sudu serbuk kayu manis
  • ½ cawan santan
  • 2 sudu besar minyak kelapa dara

 

Gunakan kuali tidak mudah lekat untuk memudahkan proses masakan

 

Arahan:

  1. Masukkan semua bahan dalam  pengisar dan kisar sehingga halus (Kecuali minyak kelapa dara)
  2. Dengan menggunakan spatula, pindahkan adunan yang telah dikisar ke dalam mangkuk. Beberapa minit kemudian, kepekatan adunan akan bertambah likat
  3. Panaskan kuali non-stick dan tambah minyak kelapa dara sebagai gris.
  4. Dengan menggunakan saiz 1/4 cawan, cedok satu hidangan pancake ke dalam kuali non-stick. Biarkan lempeng  masak selama 3 minit dan terbalikkan untuk lempeng masak sepenuhnya. Tambahkan minya kelapa dara untuk memasak adunan lempeng seterusnya.
  5. Hiaskan lempeng anda dengan beri biru segar untuk sajian pagi yang menyelerakan!

 

Lempeng Beri Biru yang sihat pasti dapat menambat hati penggemar lempeng. Jadi apa lagi? Mulakan hari anda dengan memasak Lempeng Beri Biru Keto!

Sememang gaya hidup keto amat berbeza dan unik dari diet lain. Oleh itu, mereka yang mengamalkan gaya hidup keto amat menitikberatkan hal ehwal makanan kerana makanan merupakan fokus utama bagi menjayakan diet tersebut. Untuk tahu lebih lanjut tentang diet keto yang diamalkan oleh pemilik Asianketo, Puan Roslina Manaf, klik disini

 

 

Tidak tahu bagaimana untuk memulakan diet keto? Usah risau kerana kami mempunyai artikel khas yang ditulis sendiri oleh permilik Asianketo iaitu Puan Roslina Manaf tentang cara yang anda boleh lakukan untuk memulakan diet keto. Kami juga mempunyai artikel ringkas berkenaan diet keto yang boleh anda dapati disini. 

 

Antara resepi inovatif yang berasaskan diet keto termasuklah :

print
Sabrina Amran
Sabrina Amran

Sabrina Amran, a precarious girl in her 20s who loves anything that screams ‘food!’ . She is convinced that food-romance is real and the only form of true love on planet earth. From day one, she knows she’ll find true love if she follows her passion, which is none other than eating! From Curry to Coffee to Cinnamon Rolls, she consumes almost everything edible but not everything la (obviously!). This is Sabrina, a girl in her 20s, she is most definitely ready to explore the world of cuisine and more with her audacity.

Do good, eat good! Get 18 special heritage recipes at only US$1.99. 50% of all proceeds goes to Food Aid Foundation.

Sign up for Ramadhan x Food Aid Foundation

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Something is wrong.
Instagram token error.
Load More