Raita, Cutni dan Sambar, Ada Beza Ke? Ketahui di Sini

Raita, cutni dan sambar itu apa? Kenapa perlu ada ketiga-tiga hidangan ini? Butterkicap akan bantu hilangkan kekeliruan yang anda hadapi.

Kredit: Spice your Life!

Apabila anda makan nasi daun pisang ataupun pergi ke kedai makanan India, anda akan dihidang sekali dengan beberapa mangkuk besi kecil yang mengandungi kuah-kuah pelbagai warna ditepi.

Bagi yang pertama kali mencuba hidangan ini, anda pasti berpeluh-peluh memikirkan cara anda nak makan kuah-kuah ini tanpa rakan-rakan atau orang lain di sekitar kedai makan memandang anda dengan pelik.

Bagi yang sudah biasa, anda mungkin membiarkan sahaja hidangan itu tidak bersentuh langsung dan mungkin anda tidak begitu menyukai rasa raita, cutni dan sambar tersebut.

Sekarang, mari kita sama-sama lihat apakah kandungan bahan dalam setiap hidangan sampingan ini dan fungsi setiap satu hidangan ini.

 

Raita

Kredit: Taste

Raita ialah nama yang diberi untuk sejenis sos cicahan dari Indian yang diperbuat daripada dahi atau yogurt yang digaul bersama sayuran yang dimasak atau mentah, kadang-kala potongan buah-buahan dimasukkan juga atau dicampur bersama tepung kacang kuda.

Fungsi raita ini adalah untuk menyejukkan lidah atau menyeimbangkan rasa pedas dalam hidangan lain seperti kari atau kebab. Namun begitu, raita juga boleh dimakan bersama roti leper, cutni dan juga cili atau bawang jeruk sebagai snek ringan.

Yogurt yang tawar akan ditambah dengan sedikit ketumbar, biji jintan putih dipanggang, sedikit pudina, cili cayenne, lada hitam, chaat masala dan rempah serta herba lain untuk memberikan perisa yang unik dan menyelerakan pada raita tersebut.

 

Cutni

Kredit: Food To Love

Bagi yang biasa melihat rupa cutni, anda mungkin akan teringatkan jem atau lepa sapuan buah yang anda makan untuk sarapan pagi ekspres anda. Jangan terkeliru pula dan sapu cutni di atas roti untuk bersarapan. Nanti sakit perut pula! Cutni merupakan sejenis hidangan yang sudah wujud sejak 500 SM lagi.

Masyarakat tamadun lama seperti Indus dan Rom menggunakan teknik pengawetan untuk menyimpan makanan untuk jangka masa yang lama. Cutni boleh dilihat sebagai satu hidangan yang bersifat universal kerana mempunyai variasi yang pelbagai menurut kawasan.

Di Malaysia, cutni yang kita sentiasa dapati di kedai-kedai daun pisang mahupun di kedai India yang biasa ialah variasi cutni daripada India, khususnya dari Selatan India. Cutni disediakan dengan mendidih campuran isi buah atau sayuran yang dikisar bersama cuka dan gula sehingga menjadi pekat.

Eh, bukan cutni itu acar?

Tidak, cutni dan acar adalah dua benda yang berbeza tetapi mempunyai konsistensi yang lebih kurang sama. Cutni merupakan hidangan sampingan yang lebih lazim di bahagian Selatan India manakalah acar ialah hidangan jeruk yang diawet menggunakan minyak dan lebih popular di bahagian Utara India serta Pakistan.

Cutni boleh simpan lama-lama, kan? Kalau macam tu, boleh dikitar semula tak?

Jawapannya ialah… ya, memang boleh pakai beberapa kali sebab cutni boleh dikitar semula!

 

Sambar

Kredit: archanaskitchen.com

Baik, kalau raita dan acar mempunyai fungsi untuk menyejukkan dan menambah rasa yang kurang dalam hidangan, bagaimana pula dengan sambar?

Sambar, walaupun dimasak menggunakan sayur-sayuran dan kacang dal, tidak sama seperti dalca mahupun dal kerana dimasak menggunakan campuran air asam jawa yang memberikan rasa masam pada hidangan tersebut, berbeza dengan rasa dal atau dalca yang lebih berempah.

Hidangan ini sangat popular di Selatan India dan Sri Lanka. Sambar merupakan kuah yang sangat sesuai untuk dimakan dengan semua jenis hidangan, baik nasi, idli mahupun thosai.

 

Jadi, harapnya anda tahulah cara nak membezakan raita, cutni dan sambar ini. Kini, tiada lagi pandangan pelik yang dilempar kepada anda hanya kerana anda makan thosai dengan raita ataupun makan idli dengan cutni. Tapi, bila difikirkan balik, macam sedap pun ada… Mungkin anda boleh cuba dan beritahu kami, gabungan cutni-idli atau raita-thosai enak dengan komen di bawah.

 


Artikel Lain:

Resepi Dhokla dan Cutni Hijau – Sedap dan Berkhasiat!

Cutni Boleh Dikitar Semulakah?

Chutney Love Affair: A Match Made in Heaven

print
Azrene Jasmine
Azrene Jasmine

Azrene Jasmine is a Penangite with a stomach of gold. Though currently she is in a love/hate relationship with the weighing scale, Azrene truly believes that every woman should choose a hunk of juicy steak over a bowl of salad on the first date because steaks are awesome and what man can resist a woman with a healthy appetite?

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Something is wrong.
Instagram token error.
Load More