Pantang-Larang Buah Tangan Tahun Baru Cina

Kredit: Acharaporn Kamornboonyarush/Pexels

Sambutan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang kurang dari tiga hari lagi menandakan permulaan jamuan rumah terbuka yang saya pasti, banyak jemputan yang anda terima sehingga tak menang tangan anda dibuatnya! Hal ini bukanlah satu perkara yang menghairankan. Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum, sambutan sesuatu perayaan bukanlah khusus untuk satu kaum tertentu. Sebaliknya, sambutan perayaan menjadi satu faktor perpaduan.

Oleh sebab itulah, Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai bilangan cuti perayaan yang paling banyak di dunia.

Adab Menziarah

Orang di timur, termasuklah Malaysia, rata-ratanya cukup menjaga adab apabila menziarahi rumah orang lain. Adab menziarah ini, selain daripada berkunjung ke rumah orang pada waktu yang sesuai, maklumkan tuan rumah terlebih dahulu sebelm datang, kita lazimnya akan membawa buah tangan. Tak kisahlah apapun yang anda bawa, tuan rumah pasti akan menyukainya.

Namun begitu, untuk perayaan Tahun Baru Cina, ada beberapa pantang larang yang anda perlu ikuti dalam membawa buah tangan. Hal ini demikian kerana tradisi sambutan Tahun Baru Cina banyak menggunakan perlambangan fizikal, dari perhiasan hinggalah ke makanan yang dihidangkan untuk menarik kekayaan, kebahagiaan, dan kemakmuran kepada mereka.

Untuk membantu anda mencari hadiah yang terbaik untuk tuan rumah semasa mengunjungi rumah terbuka nanti, ini adalah antara buah tangan di bawah kategori makanan yang cukup pantang dalam kalangan masyarakat Cina. Kenapa? Saya akan jelaskan.

1. Makanan berwarna Putih

Kredit: Mona Sabha Cabrera/Pexels

Masyarakat Cina elakkan daripada makan makanan berwarna putih semasa sambutan Tahun Baru Cina kerana makanan berwarna putih melambangkan kematian dan perkabungan.

Jadi, apabila anda ingin membawa buah tangan sebelum berkunjung ke rumah terbuka yang anda dijemput pergi, pastikan anda tak membawa makanan atau barangan berwarna putih. 

2. Bubur

slow cooker ginger chicken rice porridge

Oleh sebab sekarang adalah musim influenza, ramai pasti jatuh sakit walaupun semasa musim perayaan, Namun begitu, pastikan anda tak membawa bubur sebagai buah tangan semasa pergi menziarah.

Walaupun niat anda baik tapi bubur dilihat sebagai satu pantang untuk dinikmati pada pagi hari pertama Tahun Baru Cina. Hal ini demikian kerana, pada zaman dulu, hanya orang miskin yang makan bubur nasi. Oleh itu, bubur nasi menjadi perlambangan turun naik kehidupan.

3. Ayam

Hidangan ayam lazimnya dilihat sebagai suatu kelaziman semasa perayaan Tahun Baru Cina. Tapi, hidangan ayam yang disediakan mestilah dimasak secara seekor kerana ayam yang dihidang secara seekor dilihat sebagai lambang kelengkapan dan kesatuan dalam segala yang dilakukan pada Tahun Baru Cina. 

Jika anda membawa hidangan ayam sebagai buah tangan, elakkan membawa hidangan yang disediakan menggunakan ketulan ayam kerana itu melambangkan perpecahan.

3A. Epal

Bagi sesetengah masyarakat Cina, buah epal bukanlah buah tangan yang membawa lambang yang negatif. Tetapi, bagi sesetengah masyarakat di Shanghai, pemberian buah epal dilihat sebagai pemberian yang membawa maksud yang negatif kerana sebutan epal dalam dialek Shanghai, (苹果) ‘píng guǒ’, yang membunyai sebutan homofon erkataan yang membawa maksud ‘meninggal kerana sakit’.

5. Buah Pir

Kredit: mali maeder/Pexels


Buah merupakan hadiah buah tangan yang cukup baik. Namun begitu, bukan semua buah boleh dijadikan sebagai buah tangan semasa perayaan Tahun Baru Cina.

Buah pir tak boleh dijadikan sebagai hadiah kerana buah pir dalam bahasa Mandarin disebut sebagai  (梨 lí /lee/). Bunyi sebutan ini adalah sama seperti menyebut perkataan ‘perpisahan’ dan ‘pemergian’ iaitu (离 lí). Pemberian buah pir dari seorang kawan kepada seorang kawan perlu dielakkan kerana dijangka dapat memutuskan hubungan persahabatan yang terjalin.

Sambutan Tahun baru Cina Penuh Perpaduan

Saya berharap saya dapat membantu anda untuk lebih mengenali tentang adat dan tradisi sambutan Tahun Baru Cina. Jika saya tertinggal apa-apa pantang-larang memberi buah tangan yang melibatkan makanan, tolong maklumkan saya dan sama-sama kita dapat mempelajari lebih banyak perkara baru tentang tradisi yang menarik ini.

print
Azrene Jasmine
Azrene Jasmine

Azrene Jasmine is a Penangite with a stomach of gold. Though currently she is in a love/hate relationship with the weighing scale, Azrene truly believes that every woman should choose a hunk of juicy steak over a bowl of salad on the first date because steaks are awesome and what man can resist a woman with a healthy appetite?

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Access Token is invalid, please get it again