Organik, Gaya Hidup Sihat dengan Planet Organics

Organik bererti tiada bahan perosak dan dibesar secara semula jadi. Itulah erti organik. Namun begitu, sukar untuk mendapatkan makanan organik yang betul-betul sihat pada harga berpatutan di Malaysia. Jangan risau, kerana kami temui satu lagi bisnes yang menawar sumber sayuran organik yang berkualiti tinggi.

Kalau dulu kami pernah beritahu anda tentang DQ Clean Chicken yang menawarkan ayam sihat dan dibesarkan secara organik, kini kami ingin kongsi bersama anda satu lagi bisnes yang mengetengahkan prinsip yang sama seperti DQ Clean Chicken dalam penyediaan bahan-bahan berkualiti, sihat dan bebas daripada bahan kimia iaitu Planet Organics.

 

Kredit: Planet Organics

 

Planet Organics ditubuhkan  oleh individu-individu yang menyedari hubungan harmoni yang wujud antara manusia dan alam semula jadi. Mereka bercita-cita untuk menyediakan sumber produk organik yang sihat dan semula jadi serta selamat untuk dimakan oleh semua orang sambil memelihara alam sekitar. Planet Organics menggalakkan pembelian secara dalam talian demi mengukuhkan lagi usaha hijau mereka untuk memelihara alam sekitar walaupun mereka mempunyai kedai yang terletak di Petaling Jaya.

 

  
Kredit: Planet Organics

 

Kenapa Planet Organics adalah pilihan beli-belah utama dalam talian anda?

Seperti yang dinyatakan di atas, Planet Organics menyediakan perkhidmatan penghantaran bagi anda dan berasa yakin bahawa mereka mengungguli syarikat-syarikat yang menawarkan perkhidmatan pembelian ini kerana mereka memberikan kualiti makanan yang terbaik pada harga berpatutan kerana mereka hanya menjual makanan-makanan organik yang ditanam oleh para petani tempatan. Pastinya lebih segar berbanding produk-produk organik luar negara yang dijual di tempat lain. Ada beberapa faktor lagi yang membuatkan Planet Organics pilihan utama pembeli barangan organik tempatan dan anda boleh baca perkara-perkara tersebut di sini.

Jika anda ingin barangan segar dan sihat, anda boleh dapatkan di Planet Organics!

 

A: 96-2B, Jln PJU 1/3B, SUNWAYMAS COMMERCIAL CENTRE,
Petaling Jaya 47301, Selangor, Malaysia.  
T: +603 7886 0300 @ +6016 7040300
E: estore@planetorganics.com.my/edwardyap86@gmail.com
W: www.planetorganics.com.my/index.asp

 

 

print
Azrene Jasmine

A true blue Penangite, Azrene Jasmine favourite thing to do is, well, eating. Though currently in a love/hate relationship with the weighing scale, she truly believes that every woman should choose a hunk of juicy steak over a bowl of salad on the first date because steaks are awesome and what man can resist a woman with a healthy appetite?

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.