Lagu Raya Pasal Makan? Mestilah Ada!

Lagu Raya kemestian semasa sambuta Hari Raya Aidilfiri. Lagi seronok kalau ada lagu raya pasal makanan,kan? Memang ada!

Kredit: Evening Standard

Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

– Suasana Di Hari Raya, Anuar Zain dan Elina-

 

Lagu Raya Berkenaan Makanan untuk Anda…

Saya pasti bahawa setiap rakyat Malaysia terutamanya yang menyambut Hari Raya Aidilfitri mengetahui lagu di atas malahan menunggu dengan penuh kesabaran agar akhirnya, anda dapat menjadikan bait-bait l realiti. Saya yang sedang menulis artikel ini turut menunggu dengan penuh kesabaran akan Bulan syawal agar saya boleh makan pada waktu petang tanpa rasa serba salah.

Bagi meningkatkan semangat anda pada hari-hari terakhir puasa, marilah kita mendengar beberapa buah lagu Raya yang mengandungi frasa-frasa atau berkenaan dengan makanan. Tanpa melengahkan masa lagi, dengarkanlah lagu-lagu raya untuk membangkitkan semangat raya anda.

 

  1. Salam Lebaran – Mark Adam Ft Eyza Bahra & W.A.R.I.S.

    https://www.youtube.com/watch?v=–a_e8vJPO8


    Kisah di pagi rayo
    bomacam tawo bomacam hibo
    Lomang kotupek tosodio
    Apo kau tuggu laie,
    Makan!


  2. Aidilfitri Muncul Lagi – Pretty Ugly
    Teringat kisah lucu waktu kecilku
    Mulut penuh kuih
    Rendang masak lodeh
    Kerna buncit perut butang seluar tercabut

  3. Menjelang Syawal -Pesawat

    Terdengar Suara Takbir
    Kalimah Agung dilaungkan
    Riuh Rendah di dapur
    Lemang Rendang dihidangkan

  4. Suasana Hari Raya – Sharifah Ainihttps://www.youtube.com/watch?v=yxxIsLNu1rcRasalah ketupat ini
    Dengan rendangnya sekali
    Sudilah rasa kuihku
    Pilihlah yang mana satu


  5. Bila Takbir Bergema – Rafeah Buang

    Jangan kau lupa ketupat di dapur
    Rendang di kuali jangan biar hangus
    Cuba lihat itu kanak-kanak berlari
    Di halaman rumah bermain bunga api


  6. Suasana Di Hari Raya – Anuar Zain & Elina

    Kuih dan muih beranika macam
    Makanlah jangan hanya di pandang
    Ketupat rendang sila nikmati kawan
    Penat memasak malam ke pagi


  7. Selamat Hari Raya – SALOMA

    Marilah bergembira
    Bersama menikmati hari raya
    Mintak mak kuih sepotong
    Saya mahu makan kerna perut kosong


  8. Tari Lebaran – Sheqal

    Jikalau membakar lemang
    Janganlah sampai jadi rentung
    Jikalau berpencak di lebaran
    Janganlah lupa sopan santun

 

 

Maka dengarlah wahai pembaca dan hiburkanlah diri anda dengan lagu-lagu raya di atas. Sambil tolong ibu atau bapa yang masak kat dapur, bukalah lagu-lagu ini untuk berikan percikan nostalgia tentang hari raya tetapi ingat, jangan lupa rendang kat periuk, hangus nanti.

SELAMAT HARI RAYA WARGA MALAYSIA.

print
Y. Helmy

Yusof Helmy is a lover of all things rainbow; be it from rainbow cupcakes to rainbow bagels. He believes that in order to enjoy and love food, one must throw the weighting scale in the trash and eat those who say that you are on the fluffier side ( He practise cannibalism sometimes ). He is on the journey of finding his joie de vivre.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.