Nilai Khasiat Buah-Buahan Malaysia yang anda Tidak Tahu

Buah-buahan Malaysia memang diminati ramai, baik rakyat Malaysia sendiri atau orang luar. Namun begitu, buah-buahan Malaysia diminati kerana keunikan buah itu sendiri dan juga rasa buah yang manis dan sedap.

Tiada makanan di dunia ini yang tidak memberikan apa-apa kesan pada kesihatan anda dan ini termasuklah buah-buahan Malaysia. Ramai yang tidak mengetahui bahawa buah-buahan ini mempunyai nilai khasiat yang sama atau lebih baik berbanding buah-buahan import dan mahal seperti beri acai, avokado dan ceri.

Mari kita lihat apakah buah-buahan tersebut dan nilai khasiat masing-masing.

 

Belimbing

Buah belimbing merupakan buah yang berbentuk seperti bintang apabila dipotong. Buah ini merupakan salah satu buah tempatan yang tidak diketahui sebagai berkhasiat.

Buah belimbing mempunyai kandungan potasium yang tertinggi dalam kalangan buah-buahan lain. Buah ini mampu mengekalkan tekanan darah anda pada kadar yang normal, mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan strok. Selain itu, kandungan antioksidan yang tinggi dalam buah belimbing membantu menghalang atau melambatkan proses kerosakan sel.

Dalam erti kata lain, buah belimbing merupakan alternatif vitamin C untuk anda selain daripada buah oren apabila anda sakit atau demam.

 

Rambutan

Kredit: citraceritaku.blogspot.com

Rambutan merupakan salah satu buah-buahan Malaysia yang anda tidak sangka mempunyai nilai khasiat yang tersendiri kerana selalunya, anda akan jatuh sakit selepas menikmati buah ini.

Sebenarnya, buah rambutan mempunyai kadar antioksidan, lemak sihat, protein, fosforus, Vitamin C, kalsium, kuprum dan flavonoid yang tinggi dan membantu dalam mengurangkan kadar kolestrol, menghalng pembentukan sel barah, melancarkan sistem penghadaman dan banyak lagi.

Memang hebat, bukan?

 

Manggis

Buah seterusnya ialah buah manggis. Buah manggis merupakan sejenis alternatif ubat yang cukup sedap. Buah ini mengandungi kompaun dipanggil ‘santon’ yang padat dengan antioksidan, ejen-ejen anti-bakteria dan anti-barah.

Semestinya, buah ini mampu memberikan kesan kesihatan yang positif termasuklah mengurangkan kadar tekanan darah tinggi, melambatkan proses penuaan, meningkatkan kelancaran aliran daran, mengurangkan kadar kolestrol bahaya dan meningkatkan kadar imunisasi badan.

Jadi, belilah manggis banyak-banyak apabila tiba musim manggis nanti dan lihatlah perubahan pada kesihatan anda nanti.

 

Kelapa Muda

Air kelapa selalunya diminum di kala hari panas terik atau ketika demam. Namun begitu, orang ramai lazimnya, menganggap bahawa tiada perbezaan jika air kelapa yang diminum adalah daripada kelapa yang tua mahupun muda.

Sebenarnya, air kelapa mudalah yang mempunyai pelbagai nutrien penting yang memanfaatkan tubuh badan. Kandungan potasium dan magnesium air kelapa penting dalam pertumbuhan tulang, melancarkan fungsi saraf dan dipercayai mampu merawat penyakit kencing manis. Selain itu, isi kelapa itu sendiri mempunyai khasiat tersendiri kerana kaya dengan protein yang baik untuk tubuh badan.

Jadi, kalau rasa badan panas, badan terasa demam ataupun sekadar nak menghilangkan dahaga, pilihlah air kelapa muda!

 

Buah Naga

Buah naga atau pitaya merupakan buah yang terkenal dengan isinya yang berwarna merah keungguan. Selain daripada rasanya yang sedap dan warnanya yang menarik, buah naga juga mempunyai nilai khasiat yang tinggi.

Antara nilai khasiat buah ini ialah kandungan vitamin C yang tinggi, mengandungi beberapa jenis vitamin B, serat, karotin, kalsium, zat besi, lemak tidak tepu seperti lemak asid omega-3 dan omega-6 serta fosforus. Kesemua nutrien ini membantu untuk menguatkan tulang, pembentukan tisu dan darah yang sihat, menguatkan sistem imunisasi dan mengurangkan masalah pernafasan.

Satu lagi khasiat tambahan yang mungkin membuatkan ramai jejaka di luar sana mula memasukkan buah ini dalam diet mereka ialah buah naga didapati dapat membantu dalam pencegahan pembentukan barah prostat.

 

Durian

Buah durian merupakan salah satu durian yang paling mudah untuk diketahui, carilah buah yang mempunyai duri dan itulah buah durian.

Terdapat pelbagai khasiat durian; antara khasiat tersebut ialah ianya boleh mencegah kemurungan sesorang kerana mengandungi kandungan Vitamin B6 yang tinggi serta mengubati anemia daripada elemen folat, tembaga dan zat besi yang terdapat dalam buah durian.

Namun begitu, durian ini bersifat ‘panas’. Walaupun terdapat banyak khasiatnya, jangan jadikan perkara ini alasan untuk makan durian dengan banyak!

 

Nangka

Meskipun nangka sebenarnya berasal dari India tetapi nangka juga boleh didapati di kebanyakan negara Asia Tenggara seperti Malaysia. Oleh itu, nangka dianggap sebagai salah satu buah-buahan Malaysia yang perlu disenaraikan dalam rencana ini.

Nangka, seperti durian, bersifat ‘panas’. Dalam erti kata lain, nangka, jika dimakan terlalu banyak, anda akan mula jatuh sakit. Selain itu, nangka juga lazimnya dihidang dengan cara yang tidak sihat iaitu dengan cara menggoreng. Oleh itu, jarang sekali orang ramai melihat nangka sebagai buah yang berkhasiat.

Sebenarnya, nangka merupakan buah yang kaya dengan serat dan pasti melancarkan proses perkumuhan anda. Di samping itu, nangka juga kaya dengan antioksidan dan mempunyai ciri-ciri anti-bakteria juga. Jadi, jangan teragak-agak untuk makan nangka lain kali.

 

Longan

Tahukah anda, di China dan Vietnam, buah longan dipanggil sebagai mata naga kerana tanda putih seperti mata pada biji buah tersebut? Selalin itu, buah ini juga dianggap sebagai buah ajaib kerana mempunyai pelbagai nilai khasiat.

Walaupun buah longan kecil sahaja tetapi satu biji buah longan kaya dengan vitamin B1, B2, B3 dan vitamin C serta mineral penting seperti zat besi, kuprum, potasium dan magnesium. Anda juga boleh mendapatkan protein dan serat daripada buah ini. Selain itu, asid fenolik yang terkandung dalam buah longan memberikan kesan antioksidan, anti-bakteria dan anti-kulat.

 

Mangga

Fakta: Satu cawan mangga mengandungi 100 kalori. Rendah, bukan?

Namun begitu, dalam satu cawan yang sama, anda dapat memperoleh 100% daripada cadangan pengambilan vitamin harian anda yang dilihat mampu meningkatkan fungsi imunisasi anda dan pembentukan kolagen.

Di samping itu, mangga juga mengandungi 20 vitamin dan mineral yang berbeza serta mengandungi flavanoid seperti betakarotin, alfakarotin dan betakriptosantin yang membantu vitamin A mengeluarkan ciri-ciri antioksidan dan pengukuhan penglihatan anda.

 

Betik

Buah terakhir yang disenaraikan dalam rencana ini ialah betik. Buah betik kaya dengan vitamin C dan dengan satu cawan sahaja sudah mencukupi untuk mendapatkan sumber vitamin yang anda perlukan termasuklah vitamin A dan E yang membantu anda melindungi diri anda daripada penyakit jantung dan barah usus.

 

 

Jadi, itulah antara buah-buahan tempatan Malaysia yang bukan sekadar enak dimakan malah memberikan nilai khasiat yang pelbagai dan diperlukan oleh badan anda supaya kekal sihat.

Kini, anda tidak perlu lagi berhabisan wang yang banyak membeli makanan tambahan dan vitamin untuk anda kekal sihat. Makan sahaja buah-buahan tempatan yang boleh didapati di seluruh Malaysia sepanjang tahun.

print
Write Your Comment
Azrene Jasmine
Azrene Jasmine

Azrene Jasmine is a Penangite with a stomach of gold. Though currently she is in a love/hate relationship with the weighing scale, Azrene truly believes that every woman should choose a hunk of juicy steak over a bowl of salad on the first date because steaks are awesome and what man can resist a woman with a healthy appetite?

Make your holiday butter! Get a free copy of Butterkicap's holiday recipe e-book delivered right to your inbox.

Sign up for Holiday Recipes

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Load More
Something is wrong. Response takes too long or there is JS error. Press Ctrl+Shift+J or Cmd+Shift+J on a Mac.