Meroyan Raya: 5 Cara Atasi Kemurungan dengan Makanan

Kredit: edubuku.com

Meroyan raya itu satu gejala yang setiap individu yang bekerja akan hadapi setelah seminggu berseronok beraya bersama keluarga. Jadi, pastinya rasa malas, sedih, murung dan pelbagai perasaan negatif lain akan bermain dalam fikiran anda sehingga mempengaruhi prestasi kerja anda. Anda tidak tahu bagaimana keadaan meroyan ini boleh terjadi tapi, sesuatu yang anda perlu lakukan adalah….

Hentikan Trend Meroyan Raya Ini!

Jangan sia-siakan bonus raya yang diberi oleh majikan anda dengan bersikap malas. Daripada asyik berfikir tentang lemang, rendang dan ketupat di kampung, apa kata anda sibukkan mulut anda mengunyah makanan yang boleh membuatkan anda lupakan kesedihan anda sambil tangan anda tangkas menyiapkan kerja. Hasilnya, bos pun sayang, anda pun gembira.

 

Senarai Makanan Anti-Meroyan Raya di Sini….

 

1. Bayam

Kredit: science|howstuffworks

Pernah tak anda tonton cerita kartun “Popeye” semasa kecil? Anda pasti ingat Encik Popeye apabila berasa lemah ataupun tidak bermaya akan makan setin bayam untuk selamatkan Si Olive Oil daripada Brutus. Selain daripada memberikan kekuatan yang tidaklah luar biasa (Popeye hanyalah rekaan semata-mata), bayam juga mampu menaikkan rasa mood anda untuk menjadi lebih gembira dan semangat. Kenapa? Rembesan serotonin di otak merangsang mood gembira dan positif kepada diri anda.

 

2. Coklat

Kredit: sabakhurrum.com

Coklat di sini bukanlah coklat putih atau coklat susu ya. Seperti bayam, coklat hitam juga memberikan ransangan rembesan enzim serotonin yang tinggi kepada pemakan dan memberikan rasa selesa dan bahagia sepertimana anda berasa gembira berada dalam dakapan orang yang tersayang. Oleh sebab itu, jika anda banyak menonton iklan coklat atau iklan tuala wanita, pasti anda akan melihat seorang wanita yang beremosi dan marah terus menjadi bahagia dan gembira selepas menikmati sekeping coklat. Jadi, apabila terasa sedih, ambil saja sebalang Almond London dan makan!

 

3. Oat Semalaman

Kredit: pioneerwoman.com

Kebanyakan orang berasa marah dan tidak gembira kerana satu sebab sahaja: lapar. Oleh sebab itu, sebelum pergi ke tempat kerja, anda digalakkan untuk bersarapan dahulu. Bak kata omputih, “eat breakfast like a king“. Jika anda jenis yang tidak suka bersarapan, tak mengapa, makan sahaja yang ringan-ringan seperti oat semalaman. Cara membuat mudah dan kenyang pun sama seperti makan sepinggan nasi lemak.

 

4. Pisang

Kredit: healthstatus.com

Pisang. Sebiji buah yang panjang dan menggembirakan sesiapa sahaja yang makannya. Kenapa? pisang memberikan tenaga yang anda perlukan untuk kekal bertenaga sepanjang hari. Pisang mempunyai 400 mg potasium yang mengkayakan sistem saraf dan membolehkan anda kekal fokus untuk menyiapkan tugasan anda.

 

5. Telur

Kredit: food network

Ya, dalam kebanyakan artikel Butterkicap, telur sudah tidak dapat dinafikan lagi memberikan sumber tenaga yang tinggi selain daripada membuatkan anda rasa bahagian dek rasa telur yang sedap dan mudah untuk disediakan. Kandungan omega 3 telur yang tinggi diperlukan oleh otak dan mampu meningkatkan tahap kolestrol baik dalam badan anda. Siapa yang tak rasa bahagia makan telur? Tanpa telur, nasi lemak pun rasa tak sedap.

 

Kesimpulannya…

 

Biasalah apabila anda meroyan khususnya selepas bercuti lama dan bergembira bersama ahli keluarga. Namun begitu, tugas kita tidak boleh diabaikan dan jangan sampai menyusahkan orang lain kerana terlalu mengikut perasaan. Kalau dah rasa sedih itu, cepat-cepatlah cari makanan yang saya syorkan di atas untuk naikkan mood anda kembali!

 


Artikel Lain: 

Weight-Watchers for You to Eat during Raya Without Worry

Elak Drama Sinetron di Pagi Raya dengan Makanan Ini

Sejarah Lemang: Asal-Usul Hidangan Enak Raya

print
Azrene Jasmine

A true blue Penangite, Azrene Jasmine favourite thing to do is, well, eating. Though currently in a love/hate relationship with the weighing scale, she truly believes that every woman should choose a hunk of juicy steak over a bowl of salad on the first date because steaks are awesome and what man can resist a woman with a healthy appetite?

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.