Mejaraya: Meriahkan Sambutan Lebaran Anda

#Mejaraya Butterkicap mengajak anda kongsikan hidangan pagi Raya anda yang unik dan lain daripada yang lain!

Butterkicap/mejaraya

Hari Raya Aidilfitri sudah hampir menjelang! Kami di Butterkicap percaya yang rakyat Malaysia sangat teruja menantikan hari lebaran nanti kerana sudah tidak sabar untuk menjamah makanan yang hanya dapat dimakan pada Hari Raya sahaja! Oleh sebab itu, Butterkicap ingin berkongsi kemeriahan raya anda nanti dengan #mejaraya Butterkicap.

 

Kongsilah Hidangan Raya Anda dengan geng Butterkicap!

Butterkicap/mejaraya

Cara penyertaan mudah sahaja. Hanya:

  1. Sediakan makanan Raya anda yang pelbagai di atas meja makan
  2. Ambil gambar makanan Raya yang berada di atas meja mengikut kreativiti anda sendiri menggunakan telefon pintar
  3. Kongsikan gambar anda di laman sosial  Instagram dan Twitter dengan menggunakan hashtag #mejaraya dan #butterkicap. Tapi, ingat! Paling penting letakkan pos anda “Public” supaya semua dapat melihat hidangan enak Raya anda.

3 langkah sahaja! Mudah bukan? Jadi, marilah ramai-ramai kongsikan hidangan pagi raya anda yang meriah dan jangan lupa ajak kawan-kawan, keluarga dan jiran tetangga sertai kempen ini!

print
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.