Makanan Bersih dan Sihat dengan DQ Clean Chicken

Lauk ayam boleh dikatakan lauk yang paling lazim digunakan dalam menu seharian, setidaknya begitulah di Malaysia. Jikalaupun tidak untuk setiap hidangan, sekurang-kurangnya pasti ada satu hidangan dalam sehari yang menggunakan ayam sebagai salah satu bahan di dalam masakan.

Disebabkan kita mengambil begitu banyak kuantiti ayam dalam diet kita, adalah penting untuk kita mengambil tahu akan tahap kandungan nutrisi yang terkandung di dalam setiap daging ayam yang kita ambil sehari-hari.

Bagi menjamin kehidupan yang sihat, anda tentu tidak mahu merisikokan kesihatan anda dengan mengambil makanan harian yang mengandungi bahan-bahan yang merbahaya untuk tubuh badan, bukan?

Jadi, di mana mahu mendapatkan bekalan ayam yang terjamin kualitinya setiap hari? Sudah tentulah melalui DQ Clean Chicken!

Melalui DQ Clean Chicken, sekurang-kurangnya kerisauan akan nutrisi bagi lauk ayam yang dimakan tidak perlu difikirkan lagi kerana ayam proses yang dijual oleh mereka dijanjikan bebas daripada sebarang suntikan hormon, pencepat tumbesaran dan juga antibiotik.

Kredit: DQ Clean Chicken

Mereka hanya membekalkan dua jenis baka ayam sahaja iaitu RIR ataupun kacukan ayam kampung dan juga Hungarian Naked Neck. Selain ayam proses yang sihat, DQ Clean Chicken juga turut menawarkan durian dan cempedak mengikut musim, ayam belanda, dan beberapa jenis lagi makanan organik yang lain.

Anda boleh mendapatkan ayam daripada DQ Clean Chicken dengan berkunjung ke Plaza Ampang City ataupun hubungi nombor yang tertera bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai servis penghantaran yang mereka sediakan!


A: Lot3.19, Level 3, Plaza Ampang City,
Jalan Ampang, 50450, Kuala Lumpur, Malaysia
T: 03-42516580
W: dqcleanchicken
M: manager@dqcleanchicken.com
print
Bibi Mokrat
Bibi Mokrat

Fresh-from-the-oven writer who actually takes pride in the quote 'Women belongs in the kitchen' because that's exactly where she wants to be - most of the time

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Something is wrong.
Instagram token error.
Load More