Ketupat Sotong, Bagaimana Ketupat dan Sotong Bersatu?

Ketupat Sotong, apa itu?

Kredit: Citarasawan

Ketupat Sotong atau lebih dikenali sebagai Ttupak Sotong di Terengganu merupakan satu hidangan yang unik dan tidak diketahui oleh kebanyakan rakyat Malaysia lain yang bukan berasal dari negeri-negeri di sebelah pantai timur. Hidangan ini dikatakan sebagai unik kerana berbanding ketupat-ketupat lain, ketupat sotong meletakkan beras pulut yang sudah dimasak ke dalam sotong dan bukannya didalam losong ketupat yang diperbuat daripada daun kelapa atau daun palas yang dianyam. Anda pasti sudah teruja untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang hidangan eksotik ini, bukan? Mari bersama-sama Butterkicap mengorek rahsia sejarah, rahsia keenakan dan cara penyediaan sajian  bersotong istimewa yang enak ini supaya dapat dinikmati pada hari lebaran ini!

Kredit: air tangan zuhaida

Sejarah Ketupat Sotong

Hidangan ini merupakan satu sajian tradisional di perkampungan nelayan di negeri-negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu. Hal ini demikian kerana pada musim mencandat sotong akan berlaku lambakan tangkapan sotong sehingga tidak habis dijual. Untuk mengelakkan daripada lebihan hasil tangkapan sotong menjadi busuk dan dibuang, masyarakat nelayan telah menghasilkan satu sajian ringkas yang meletakkan pulut ke dalam sotong dan direbus dalam kuah santan.

Terdapat dua variasi hidangan ini yang boleh didapati. Di kawasan Kuala Terengganu dan di bahagian selatan memasak hidangan in secara lemak dan berkuah putih. Rasanya yang manis menjadikan ia sesuai untuk dijadikan sebagai pencuci mulut. Variasi yang kedua di kawasan Besut pula adalah berlainan sedikit kerana ditambah gula atau gula melaka.  Penambahan gula melaka ini menjadikan kuah sajian tersebut menjadi warna merah gelap. Walau bagaimanapun, kedua-dua hidangan ini tetap diminati penduduk-penduduk di pantai timur.

Kredit: visit terengganu

Rahsia Keenakan Sajian ini

Hidangan istimewa ini walaupun mudah didapati di kawasan Terengganu dan Kelantan, khususnya pada musim mencandat sotong, tetapi masakan ini sukar untuk didapati di luar pantai timur dan lebih sukar lagi untuk mendapat resepi enak. Namun begitu, ramai yang tidak ramai yang tahu bahawa rahsia disebalik sajian bersotong yang enak ialah membuang kulit sotong yang berwarna ungu kemerahan dibuang terlebih dahulu untuk mengelakkan bau hanyir.

 

Kredit: resepi masakan kegemaran

Resepi Ttupak Sotong

Membuat sajian ini sememangnya mudah dan lebih ringkas berbanding membuat ketupat pulut yang sedikit merenyahkan. Nak tahu cara membuatnya, nah cuba saja resepi di bawah.

Bahan-Bahan:

  • 1 kg sotong
  • 400 gram beras pulut [rendam dalam 1 -2 jam]
  • 5 cm halia (dimayang)
  • 3 biji bawang merah (dimayang)
  • 1 sudu besar halba
  • 4 cawan santan [dari 1 biji kelapa]
  • Lidi kelapa dipotong 2 inci
  • 1 sudu kecil gula
  • garam (secukup rasa)

 

Cara-Cara:

  1. Sotong dibuangkan kulit nipisnya dan dibasuh sehingga bersih. Tos kering.
  2. Kukuskan pulut sehingga naik wap.
  3. Angkat pulut dan masukkan dalam mangkuk. Gaulkan dengan 1 cawan santan yg telah dicampurkan garam.
  4. Gaulkan pulut sehingga sebati dan berminyak.
  5. Masukkan pulut anggaran 3/4 badan sotong.
  6. Tutup badan sotong dengan lidi kelapa yang dipotong supaya beras pulut tidak terkeluar.
  7. Rebus sotong tersebut dengan 1 cawan santan sehingga masak dengan api sederhana.
  8. Masukkan lagi 2 cawan santan ,halia, bawang, halba, gula & garam.
  9. Masakkan sehingga mendidih dan agak pekat.
Kredit: Citarasawan

Itulah dia sedikit sebanyak maklumat yang dapat dikongsi berkenaan ketupat sotong atau Ttupak sotong ini. Tidak ramai yang didedahkan dengan kewujudan mahupun cara penyediaan hidangan ini tradisional yang cukup eksotik ini. Untuk memastikan sajian ini kekal dalam ingatan setiap generasi masyarakat Malaysia, hidanglah sajian istimewa dari pantai timur Semenanjung Malaysia semasa hari Lebaran ini untuk dinikmati seisi keluarga, sahabat-handai dan sanak saudara yang datang berkunjung.

 

Artikel Lain: 

Sejarah Ketupat: Nama, Keenakan dan Kepentingannya

Sejarah Rendang: Sajian Meraikan Kegembiraan

Rendang Ayam: Resepi Rendang Klasik

 

print
Azrene Jasmine

A true blue Penangite, Azrene Jasmine favourite thing to do is, well, eating. Though currently in a love/hate relationship with the weighing scale, she truly believes that every woman should choose a hunk of juicy steak over a bowl of salad on the first date because steaks are awesome and what man can resist a woman with a healthy appetite?

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.