Hub Produk Organik di Kahang Organic Rice Eco Farm

Hub produk organik sukar dicari di Malaysia tetapi kami sudah temui satu.

Butterkicap sudah memberikan anda dua vendor yang menawarkan perkhidmatan produk organik untuk anda perolehi pada harga yang berpatutan iaitu DQ Clean Chicken dan Planet Organics . Namun begitu, ada di antara anda yang mungkin lebih sukakan membeli semua barangan organik anda dari satu tempat sehenti dan percaya atau tidak, kami di Butterkicap berjaya temui vendor idaman anda!

Kahang Organic Rice Eco Farm atau Koref ialah perintis sektor perladangan beras organik di Malaysia sejak tahun 2001. Walaupun Koref merupakan ladang yang mengutamakan pertanian beras tetapi Koref juga menjalankan bisnes eko-pelancongan dan menyediakan pengalaman aktiviti semula jadi yang holistik kepada pengunjung yang datang. Untuk maklumat lanjut tentang bisnes eko-pelancongan mereka boleh dapatkan maklumat di sini.

Kredit: Kahang Organic Rice Eco Farm

 

Kredit: Kahang Organic Rice Eco Farm

Seperti Planet Organics, Kahang Organic Rice Eco Farm juga memberi keutamaan dalam menjual produk tanaman tempatan dan sedikit sebanyak menggalakkan lebih banyak penanaman tanaman organik di samping memberikan kesedaran kepada masyarakat Malaysia tentang kepentingan makanan organik dan kebaikan makanan-makanan ini kepada tubuh badan.

Jika anda mahu mengalami pengalaman organik yang menyeluruh, sila buat tempahan di Kahang Organic Rice Eco Farm.

A: KM 43, Jalan Kluang – Mersing, 86 700 Kluang, Johor, Malaysia
T: +60-07-7713431 @ +60-0127683149
E: enquiries@kahangorganic.com
W: kahangorganic.com
print
Azrene Jasmine
Azrene Jasmine

Azrene Jasmine is a Penangite with a stomach of gold. Though currently she is in a love/hate relationship with the weighing scale, Azrene truly believes that every woman should choose a hunk of juicy steak over a bowl of salad on the first date because steaks are awesome and what man can resist a woman with a healthy appetite?

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Something is wrong.
Instagram token error.
Load More