5 Laman Beli-Belah Menjimatkan Masa, Tenaga dan Wang Anda

Kredit: as.com

Cuba bayangkan situasi ini.

Anda sibuk bekerja di pejabat. Timbunan dokumen yang perlu diberi perhatian semakin meninggi. Anda semakin tertekan. Anda cuba menyiapkan kerja sebanyak yang boleh secepat mungkin. Anda lihat jam. Jam sudah menunjukkan pukul 5 petang. Anda terus bersiap untuk balik ke rumah. Teringat pula anak teringin nak makan tomyam. Lari pula membeli barang. Dalam kereta pula, terperangkap dalam kesesakan. Anda tiba di rumah pada pukul 8 malam. Anda pandang barang basah yang anda beli 3 jam yang lalu. Anak dah lapar, jadi, anda terus capai telefon dan membuat pesanan. Makan luar lagilah nampaknya…

Pasti anda sedang mengangguk lemah kerana anda tahu situasi ini pernah dilalui oleh anda sebelum ini. Bukannya anda tak nak masak tetapi kadang kala, memang tak sempat. Jadi, adakah jalan penyelesaian kepada masalah ini? Takkan sampai bila-bila pun anda nak makan luar sahaja? Artikel ini ada segala jawapan masalah anda.

 

Pesan, Bayar & Hantar

Pada zaman ini, isu kesuntukan masa ini sepatutnya tidak timbul lagi. Segala-galanya ada di hujung jari anda sahaja. Untuk anda guna atau tidak kelebihan ini, itu terpulang pada diri anda. Namun begitu, mungkin anda tidak tahu cara untuk memudahkan lagi hidup anda khususnya apabila melibatkan urusan pembelian barangan dapur dan memasak.

Oleh itu, saya sediakan artikel ini khas bagi anda yang sudah penat dan jemu asyik terkejar-kejar masa tetapi tidak dapat siapkan walau satupun kerja dapur seperti yang dirancang. Saya menyenaraikan 5 laman barangan dapur yang menyediakan perkhidmatan penghantaran.

 

5 Kriteria Penting

Sebelum kita terus melihat lima laman tersebut, kita mestilah tahu ciri-ciri yang ingin kita teliti supaya anda dapat membuat pilihan terbaik untuk diri anda.

Lima kriteria tersebut adalah seperti berikut:

  1. Kepelbagaian Produk
    Perkara pertama yang kebanyakan individu lihat sebelum membeli dari laman beli-belah ialah kepelbagaian produk yang boleh didapati di laman tersebut.Tujuan utama anda membeli-belah di alam maya adalah untuk memudahkan diri anda. Kalau laman yang dipilih tak menyediakan barang yang anda mahu, memang sia-sia sahaja.
  2. Julat Harga
    Selain daripada kepelbagaian, faktor penentu seorang pembeli kerap menggunakan suatu laman beli-belah ialah harga.Siapa yang nak membeli-belah secara maya jika barang dijual mahal? Anda lebih rela keluar dan beli sendiri di pasar raya, jika begitu.
  3. Penghantaran
    Walaupun laman beli-belah menawarkan harga yang berpatutan dan mempunyai pilihan barangan yang pelbagai, tetapi jika upah penghantaran mahal dan masa yang diambil untuk menghantar barangan yang dipesan terlalu lama, sia-sia sahaja.Iyalah, sebab utama anda memilih untuk beli-belah secara maya adalah untuk menjimatkan masa anda. Betul tak?
  4. Susun Letak Laman Sesawang
    Sekarang, anda sudah semak kriteria 1 hingga 3 dan anda dapati laman beli-belah pilihan anda menepati kesemua kriteria tersebut. Tetapi, tunggu dulu! Jangan mula membeli belah lagi.Satu lagi kriteria yang anda perlu beri perhatian ialah susun letak laman tersebut. Susun letak hendaklah ringkas dan mesra pengguna agar anda tidak terlalu pening kepala.Bayangkan, nak beli bawang sebungkus pun perlu tekan bermacam-macam butang. Lebih baik anda ke kedai sahaja!
  5. Kualiti
    Kriteria terakhir anda perlu titik beratkan sebelum mula membeli-belah secara maya ialah kualiti. Kualiti di sini merujuk pada tiga perkara; perkhidmatan yang disediakan, penghantaran dan barang yang dibeli.Barangan yang murah seringkali menjadi pilihan ramai kerana siapa yang tak nak berjimat? Tetapi, jika barangan yang anda beli itu tidak sepadan dengan apa yang dipaparkan di laman beli-belah tersebut, apa gunanya anda membeli barangan tersebut?

5 Laman Beli-Belah Terbaik Untuk Anda

Adakah anda sudah bersedia untuk membeli-belah secara maya? Jangan risau, dengan panduan 5 kriteria yang saya sudah terangkan di atas, pengalaman beli-belah secara maya anda yang pertama pasti membuatkan anda terus kekal menggunakan perkhidmatan laman beli-belah tempatan.

Namun begitu, bagaimana anda nak mula membeli-belah? Anda tak tahu laman beli-belah mana yang boleh dipercayai. 5 laman beli-belah di bawah menepati kesemua kriteria yang saya senaraikan di atas. Anda boleh cuba mana-mana yang kena dengan bajet anda dan berada berdekatan dengan kawasan perumahan anda.

Ayuh kita lihat senarai tersebut!

 

1. Happy Fresh

Kredit: happyfresh.com

Happy Fresh merupakan laman beli-belah yang  menghubungkan anda dengan semua pasar raya  berdekatan anda. Pilihan barangan yang pelbagai, dari produk tenusu, produk segar hinggalah ke barangan keperluan harian, boleh didapati di Happy Fresh pada harga yang berpatutan.

Nak tahu lebih lanjut lagi tentang harga, waktu penghantaran dan maklumat lain tentang perkhidmatan Happy Fresh, klik di sini.

 

2. MyMarket

Bermula sebagai sebuah pasar segar di Kangar Perlis pada Julai 2014, MyMarket mengembangkan operasi mereka secara dalam talian sebelum diluaskan ke kawasan Lembah Klang pada September 2016. Perkhidmatan mereka tertumpu pada jualan barangan basah seperti daging lembu, ayam dan makanan laut selain daripada barang keperluan asas lain seperti sayur-sayuran dan bawang.

Perkara menarik tentang MyMarket ialah mereka menawarkan pakej penghantaran dalam julat harga sekitar RM 45 hingga RM 115 yang dapat membantu anda menjimatkan wang selain daripada memudahkan proses pemilihan barang untuk anda. Untuk mula membeli-belah dengan MyMarket, klik di sini.

 

3. MyFishMan

Kredit: happygokl.com

Untuk mendapat makanan laut dan daging segar, khususnya di kawasan bandar, memang susah. Satu-satunya tempat anda boleh harap untuk mendapatkan makanan segar ialah pasar. Namun begitu, jika anda terlambat, banyak barang yang akan habis.

Oleh sebab terdapat kekurangan dalam lokasi untuk penduduk bandar seperti anda untuk mendapatkan barangan basah segar, MyFishMan ditubuhkan dengan hasrat untuk membolehkan sesiapa sahaja mendapatkan makanan laut segar terus dari laut.

Seperti MyMarket, MyFishMan juga menawarkan pakej barangan untuk memudahkan anda membuat jadual menu disamping mengelakkan pembaziran. Pakej ini adalah dalam lingkungan RM100 hingga RM 300 dan mereka juga menyediakan pakej makanan laut yang sesuai bagi anak kecil, ibu mengandung dan ibu berpantang.

Jika anda peminat makanan steambot, MyFishMan juga menawarkan pakej steambot bermula pada harga RM150. MyFishMan sememangnya laman beli-belah makanan laut yang holistik dan memenuhi keperluan setiap individu.

 

4. Tesco Online

Kredit: Vulcan Post

Tesco Online merupakan pasar raya pertama di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan penghantaran. Kebanyakan daripada penduduk bandar pasti sudah menggunakan perkhidmatan penghantaran Tesco ini. Namun begitu, bagi yang tidak pernah, saya sediakan 3 sebab anda perlu cuba perkhidmatan penghantaran Tesco ini.

Sebab pertama ialah kemudahan. Lingkungan kawasan yang dibuka untuk penghantaran adalah cukup luas. Hal ini demikian kerana cawangan Tesco di sekitar Lembah Klang, malah di seluruh Malaysia adalah banyak. Jadi, tiada kawasan yang tidak dapat dihantar oleh Tesco.

Sebab kedua ialah promosi dan harga. Tesco dikenali sebagai pasar raya murah kerana kebanyakan barangan yang dijual adalah pada julat harga yang lebih rendah berbanding pasar raya lain. Selain itu, promosi musim yang ditawarkan memberikan lebih banyak penjimatan kepada pelanggan mereka.

Sebab ketiga dan terakhir ialah kepelbagaian produk. Seperti Happy Fresh, Tesco menawarkan pelbagai jenis barangan daripada barangan dapur, barangan basah hinggalah ke kelengkapan rumah yang lain. Namun begitu, barangan yang ditawar oleh Tesco merupakan barangan yang dijual khas di Tesco sahaja. Tidak seperti Happy Fresh yang menghubungkan anda dengan pasar raya lain.

 

5. MarketMarket

Kredit: marketmarketmalaysia

Laman beli-belah terakhir yang disenaraikan dalam artikel ini ialah MarketMarket.

MarketMarket boleh diibaratkan seperti kedai runcit maya. Anda boleh mendapatkan pelbagai barangan dapur di sini. Berbanding Happy Fresh, MarketMarket bertindak sebagai landasan untuk pembekal-pembekal barangan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, daging dan makanan laut, khususnya peniaga skala kecil untuk menjual produk mereka pada volum yang lebih besar.

Oleh itu, mereka cukup menitikberatkan kualiti dan kredibiliti pembekal mereka agar para pengguna akan mendapat yang terbaik pada harga yang berbaloi.

 

 

Beli-Belah di Hujung Jari

Pada era teknologi yang serba canggih dan maju, tiada istilah ‘mustahil’. Segala-galanya yang anda mahu boleh ditunaikan. Segala masalah boleh diselesaikan jika anda tahu apa yang nak dicari.

Sebelum ini, bolehlah anda memberi pelbagai alasan; sibuklah, trafiklah, beli pun tak masaklah tetapi kalau semua alasan itu ada penyelesaiannya, apa lagi yang nak dikata lagi?

print
Azrene Jasmine
Azrene Jasmine

Azrene Jasmine is a Penangite with a stomach of gold. Though currently she is in a love/hate relationship with the weighing scale, Azrene truly believes that every woman should choose a hunk of juicy steak over a bowl of salad on the first date because steaks are awesome and what man can resist a woman with a healthy appetite?

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Something is wrong.
Instagram token error.
Load More