Sambut Tahun Baru Dengan Detoks Paling Mujarab Ini

Tahun baru bakal menjelang dan pastinya anda mahu menyambut kedatangan tahun baru dengan badan yang lebih langsing, sihat dan ramping. Kami tahu, azam anda untuk kurus mungkin menjadi sedikit goyah apabila anda memikirkan kesakitan badan yang anda akan alami untuk mengurangkan satu atau dua kilogram.

Jadi, apa yang anda boleh lakukan?

Amalkan makanan dan minuman di bawah serta lihatlah perbezaan pada kesihatan dan badan anda dalam beberapa minggu sahaja!

 

Limau Gedang

Daripada mengubah 360 darjah diet anda semata-mata untuk kuruskan badan, lebih baik anda makan separuh biji limau gedang setiap kali sebelum waktu makan. Dalam enam minggu sahaja, anda akan mendapat perut yang kempis dan ramping kerana fitokimia yang terkandung dalam buah tersebut.

Selain itu, terdapat kajian yang dijalankan oleh penyelidik di Jepun yang menunjukkan bahawa bau limau gedang sudah mencukupi untuk ‘mengaktifkan’ proses pembakaran lemak sambil mengurangkan selera makan.

Walaupun begitu, buah ini boleh memberikan kesan negatif jika dimakan semasa anda mengambil ubat-ubatan tertentu. Tanya doktor anda dulu sebelum mulakan misi menguruskan badan anda.

 

Teh Bunga Raya

Kredit: adrujaspa.blogspot.my

Kita tahu tentang keajaiban teh hijau dalam menguruskan badan dan detoks. Namun begitu, tidak ramai yang tahu bahawa terdapat teh lain yang memberikan kesan detoks yang lebih mujarab.

Teh bunga raya diketahui mempunyai flavanoid yang mempengaruhi hormon aldosteron yang mengawal selia keseimbangan air dan elektrolit  di dalam badan lalu mengempiskan perut anda yang buncit akibat air.

 

Salmon Liar

Credit: organicfacts.net

Detoks tidak semestinya bererti menguruskan badan sahaja. Ada sesetengah daripada anda yang mahu menguruskan badan dan ada pula yang ingin mengamalkan gaya hidup sihat seperti berhenti merokok. Makanan detoks untuk berhenti merokok? Ikan salmon liar.

Penyelidik mendapati bahawa ikan salmon kaya dengan asid lemak omega-3 yang dapat membalikkan kesan kekejangan arteri yang lazimnya berlaku akibat merokok. Kekerajangan arteri menghalang aliran darah di dalam arteri dan organ penting.

Sekarang, anda tidak perlu berasa bimbang lagi untuk kembali merokok kerana anda mempunyai makanan detoks yang enak dan mujarab untuk anda terus kuat melawan gian merokok itu.

 

Ubi Bit

JIka anda bersedia untuk mengubah diet anda yang tidak sihat 360 darjah, ubi bitlah makanan yang akan berikan perbezaan besar pada tubuh serta kesihatan anda.

Ubi bit mengandungi sejenis antioksidan yang dipanggil betalain. Betalain ini membantu dalam memperbaiki dan menumbuhkan semula sel-sel hati iaitu pusat detoks utama badan.

 

Ubi Keledek

Salah satu cara untuk detoks adalah mempunyai kulit yang bersih dan sihat. Itulah tanda bahawa badan anda berada dalam keadaan yang paling optimum.

Daripada berhabisan ratusan ringgit untuk produk pembersih yang mahal dan penuh dengan kimia, amalkan ubi keledek dalam diet anda. Karotenoid iaitu pigmentasi organik dalam ubi keledek akan membersihkan dan menaikkan seri kulit anda dari dalam.

Senang, bukan?

Di samping itu, dengan hanya separuh keledek, anda akan memperoleh 200 peratus daripada pengambilan karsinoid harian yang dicadangkan.

 

Bayam

Kalau kartun kegemaran anda semasa kecil ialah Popeye, pasti anda tahu betapa baiknya bayam untuk kesihatan anda. Selain daripada menguatkan badan anda, bayam juga dapat mengurangkan selera makan anda.

Membran hijau pada bayam mengandungi kompaun penahan selera yang berkesan dipanggil tilakoid. Dengan hanya secawan bayam pada waktu pagi, anda akan mendapati bahawa anda berasa kenyang untuk lebih lama serta berasa lebih sihat.

Tak percaya? Cubalah!

 

Pisang

Kredit: healthyfoodhouse.com

Anda sudah amalkan teh bunga raya dan limau gedang tapi perut anda masih lagi buncit. Pasti rasa sakit hati, bukan? Jangan risau! Ada satu lagi makanan yang tersenarai sebagai salah satu makanan detoks paling mujarab dalam senari ini.

Pisang mampu mengeluarkan sisa-sisa angin dan buncit air yang terperangkap dalam badan anda. Menurut penyelidik di Barat, amalan makan pisang dua kali sehari sebagai pembuka selera dapat mengurangkan kebuncitan sebanyak 50 peratus. Menarik, bukan?  Hal ini demikian kerana bakteria anti-buncit dan potasium dalam pisang dapat mengurangkan buncit air dalam badan.

 

Kiwi

Akhir sekali ialah buah kiwi.

Buah kiwi merupakan penyelesaian yang paling berkesan untuk melancarkan sistem perkumuhan anda.

Kebanyakan rakyat Malaysia pasti mengalami masalah sembelit kerana cara pemakanan dan gaya hidup yang kurang sihat. Namun begitu, jangan fikir masalah ini tidak serius. Sembelit kronik boleh mengganggu kesihatan dan mungkin menyebabkan kemudaratan jika dibiarkan.

Oleh itu, buah kiwi dapat memberikan serat lebih yang anda perlukan untuk melancarkan sistem perkumuhan yang terganggu akibat makanan berlemak dan berminyak yang anda nikmati sepanjang musim perayaan ini.

 

Itulah lapan makanan dan minuman detoks paling mujarab yang pasti membuatkan anda mencapai azam tahun baru anda untuk mendapatkan badan yang lebih langsing, ramping dan sihat. Sekaran, cuma ada satu persoalan yang tinggal;

 

Adakah anda sudah bersedia untuk mengamalkan semua makanan detoks mujarab ini?

 

Jika ya, jangan lupa untuk maklumkan kami perjalanan melangsingkan badan anda dengan berkongsi resipi-resipi sihat yang anda cipta untuk makanan detoks ini bersama kami.

Apa yang anda perlu lakukan adalah meletakkan hashtag #butterkicap pada gambar resipi anda. Mudah sahaja!

Akhir kata, Selamat maju jaya dan Salam Tahun Baru!

print
Azrene Jasmine

A true blue Penangite, Azrene Jasmine favourite thing to do is, well, eating. Though currently in a love/hate relationship with the weighing scale, she truly believes that every woman should choose a hunk of juicy steak over a bowl of salad on the first date because steaks are awesome and what man can resist a woman with a healthy appetite?

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.