Faktor Pemakanan Punca Diabetes, Fakta atau Auta?

Penyakit diabetes merupakan suatu keadaan kesihatan yang tidak bagus di mana paras glukos dalam darah terlalu tinggi dan mendorong kepada kegagalan fungsi organ dalaman lain termasuk pankreas. Jika penyakit ini tidak dicegah dari awal, ia akan mendatangkan komplikasi kepada badan dan menjurus kepada penyakit yang lebih serius seperti tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.

Ada pelbagai pandangan dan pendapat mengenai punca diabetes dalam kalangan masyarakat dan juga para pengamal perubatan. Ada yang mengatakan ia berpunca daripada pola pemakanan yang tidak sihat ataupun ia berpunca daripada pengaruh genetik yang mana dibawa daripada keluarga yang sememangnya penghidap penyakit diabetes.

Di Malaysia, kadar peratusan untuk rakyat terdedah dengan penyakit diabetes semakin tinggi. Apakah punca utama terjadinya perkara ini? Ianya hanya disebabkan oleh faktor pemakanan semata atau terjadi akibat faktor-faktor lain juga.Anda kenali dahulu jenis-jenis diabetes yang ada dan beberapa risiko berkaitan dengan penyakit diabetes.

 

Jenis Diabetes

Related image
Kredit: herbal-sehat.weebly.com/

Terdapat dua jenis diabetes iaitu Jenis 1 dan Jenis 2. Kedua-dua jenis ini menunjukkan dua keadaan dan gejala yang berbeza tetapi ianya serius dan memerlukan rawatan segera serta jagaan yang rapi oleh pesakit untuk mengubatinya. Namun, ada satu jenis diabetes yang hanya dihidapi oleh wanita hamil yang dikenali sebagai diabetes gestasional.

 

Diabetes Jenis 1 (Kering)

Suatu keadaan apabila berlaku proses imunisasi secara tiba-tiba dengan pakreas tidak dapat menghasilkan insulin dengan baik. Proses ini telah menyebabkan serangan berlaku pada tubuh yang menjurus kepada pemusnahan sel-sel penghasilan insulin. Penghasilan insulin secara tidak terkawal akan mengakibatkan paras glukos dalam darah akan meningkat dengan pantas dalam tubuh badan anda.

Diabetes Jenis 2 (Basah)

Situasi berlaku berpunca daripada penghasilan insulin yang tidak mencukupi untuk tubuh badan atau insulin tidak berfungsi dengan baik. Keadaan ini akan membawa kepada pembentukan glukos dalam saluran darah. Terdapat kira-kira 90% daripada penghidap diabetes berdepan dengan gejala diabetes jenis ini.

Diabetes semasa hamil (Diabetes gestasional)

Diabetes jenis ini hanya akan berlaku kepada wanita ketika hamil dan kebiasaannya ia dapat dikesan melalui ujian darah pada minggu ke-24 hingga minggu ke-28 kehamilan. Wanita yang menghidapi diabetes sewaktu hamil selalunya tiada sejarah penyakit ini sebelum kehamilan dan penyakit ini akan hilang apabila sudah proses melahirkan. Akan tetapi, ada beberapa keadaan di mana penyakit ini akan kekal dalam tubuh mereka sebagai diabetes jenis 2.

Tanda-tanda dan simptom penyakit diabetes

Image result for simptom dan tanda diabetes
Kredit: www.bjtszyy.com/

Bagi penyakit diabetes jenis 2, ia akan berlaku dengan pantas tanpa sebarang tanda atau amaran yang ketara pada tubuh badan. 1/3 daripada individu yang menghidapi penyakit diabetes jenis 2 tidak menyedari akan kewujudan penyakit ini dalam badan mereka.

Antara tanda-tanda dan gejala diabetes yang kebiasaannya berlaku pada penghidapnya ialah anda akan berasa dahaga dan lapar sepanjang waktu walaupun sudah mengambil makanan dan minuman dalam kadar yang banyak. Anda juga akan mengalami kekeringan pada bibir dan tekak serta anda kerap membuang air kecil sehingga ke lewat malam.

Selain itu penurunan berat badan dan badan sentiasa berasa keletihan yang melampau serta daya penglihatan anda juga semakin kabur sekaligus menyebabkan kesakitan yang teruk pada kepala dan anda akan mudah pengsan apabila gejala ini berlaku.

Faktor dan risiko diabetes

Kini, penyakit diabetes bukan sahaja dihidapi oleh mereka yang berumur lewat 60-an tahun ke atas, ia juga dihidapi oleh kanak-kanak seawal usia enam ke tujuh tahun. Punca diabetes menyerang pada individu tanpa mengira peringkat umur adalah kerana amalan gaya hidup yang tidak sihat dan pengambilan makanan yang tidak baik untuk kesihatan. Malahan, ia juga berisiko menyerang bayi baru lahir kerana pemakanan yang diambil oleh ibunya.

Kategori individu berikut merupakan individu yang berisiko tinggi untuk mendapat diabetes jika anda:-

  • Memiliki berat badan berlebihan atau mengalami obesiti,
  • Menghidap diabetes gestasional atau
  • Melahirkan bayi yang sangat besar kehamilan sebelumnya (4.5 kg atau lebih) dan
  • Keluarga mempunyai sejarah diabetes (keturunan)

Risiko diabetes kepada bayi dalam kandungan

Terdapat tiga penyakit yang akan berlaku kepada bayi dalam kandungan yang berpunca daripada penyakit diabetes yang dihidapi oleh ibunya. Penyakit tersebut ialah macrosomia, hipoglisemia dan jaundis (demam kuning).

Macrosomia  merupakan situasi apabila bayi anda membesar dengan mendadak dalam kandungan akibat insulin berlebihan merentasi plasenta. Bayi yang besar akan menyukarkan penghantaran faraj dan mengakibatkan kecederaan sewaktu proses melahirkan kepada bayi.

Hipoglisemia, ia merujuk kepada kadar tekanan gula rendah dalam saluran darah. Ia mengakibatkan bayi berkembang selepas kelahiran akibat kadar insulin yang tinggi. Para ibu disarankan untuk mengawal kadar gula dalam darah supaya merendahkan risiko hipoglisemia berlaku ke atas bayi anda.

Jaundis, suatu keadaan di mana berlaku perubahan tona warna pada kulit dan mata bayi menjadi kekuningan, ia juga dipanggil sebagai demam kuning. Demam ini sering dikaitkan dengan diabetes gestasional atau diabetes semasa hamil. Pakar perubatan pediatrik akan membantu anda dalam usaha merawat dan melegakan keadaan ini kepada bayi anda.

 

Punca-punca diabetes

Image result for punca diabetes
Kredit: hk3.com.my/

Punca diabetes adalah berbeza-beza mengikuti kategori dan faktor yang dipengaruhi oleh pesakitnya sendiri. Antara punca diabetes yang sering dibincangkan ialah faktor genetik (sejarah keluarga), faktor etnik atau bangsa, faktor status tahap kesihatan, gaya hidup individu, corak pemakanan dan juga faktor persekitaran juga mempengaruhi peratusan untuk seseorang itu dihidapi dengan penyakit diabetes.

Jadi, punca diabetes tidak dapat dikesan melalui faktor tertentu sahaja, ini kerana jenis diabetes dan gejalanya juga adalah berbeza mengikut individu. Misalnya, punca diabetes jenis 1 adalah berbeza berbanding diabetes gestasional (semasa hamil), begitu juga antara diabetes jenis 1 dan diabetes jenis 2.

Demi menjaga kesihatan anda, anda perlu mengetahui punca sebenar terjadi penyakit diabetes dan mengapa anda terjebak dengan gejala untuk mendapat diabetes walaupun sudah menjaga kesihatan dengan baik.

Untuk pengetahuan anda, setiap sel dalam tubuh badan kita memerlukan kadar gula yang mencukupi supaya ia dapat berfungsi dengan baik. Gula dapat memasuki ke dalam sel-sel melalui bantuan hormon insulin. Jika kadar insulin dalam tubuh badan tidak mencukupi atau sel-sel dalam badan tidak memberikan tindak balas yang normal terhadap insulin, ia akan menyebabkan pemendapan gula dalam saluran darah.

Gejala ini biasanya berlaku kepada pesakit diabetes ketika menuju ke peringkat yang lebih serius. Di Malaysia, jumlah pesakit diabetes telah mencecah hampir 1.2 juta dengan catatan kes terbaru sebanyak 650,000 setiap tahun. Kebanyakan penghidap diabetes tidak menyedari bahawa penyakit ini wujud dalam tubuh badan sehinggalah muncul gejala-gejala ketara yang menjejaskan kualiti hidup dan kesihatan mereka.

 

Punca diabetes jenis 1

Punca sebenar diabetes jenis 1 sebenarnya masih belum diketahui secara saintifik dan hanya dapat dikesan apabila sistem imunisasi tubuh badan anda yang sepatutnya melawan bakteria atau virus telah memusnahkan sel-sel dalam pankreas yang menghasilkan hormon insulin. Fungsi insulin adalah menghantar glukos ke dalam saluran darah ke seluruh sel-sel tubuh.

Tindak balas yang berlaku dikenali sebagai auto-imunisasi, keadaan ini berlaku apabila tubuh badan bertiindak balas secara automatik. Namun, jika kadar insulin yang dibekalkan tidak mencukupi, gula akan terkumpul dalam darah dan menyebabkan penyakit diabetes sekaligus menyebabkan insulin tidak mencukupi untuk berfungsi secara normal.

Walau bagaimanapun, punca kepada diabetes jenis 1 masih samar-samar dan juga disyaki berpunca daripada faktor genetik dan keadaan persekitaran. Ia juga mungkin berpunca daripada jangkitan virus atau bakteria dalam tubuh badan akibat tindak balas sistem imunisasi badan. Bahan tambahan makanan yang dihasilkan daripada bahan kimia dan komponen asing yang menjadi punca kepada tindak balas sistem pertahanan badan secara mendadak.

 

Punca diabetes jenis 2

Pradiabetes kebiasaannya akan menjurus kepda penyakit diabetes jenis 2. Diabetes jenis ini menjadikan sel-sel tubuh kebal terhadap tindak balas insulin dan organ pankreas anda tidak dapat menghasilkan insulin mencukupi bagi melawan tindak balas tersebut. Akibat daripada tindak balas tersebut, kandungan gula dalam darah tidak berfungsi dengan baik dalam sel-sel tubuh badan iaitu sebagai pembekal tenag, namun, ia bertindak membina satu kumpulan mendapan gula dalam saluran darah.

Perkembangan diabetes jenis 2 adalah berkait rapat dengan faktor genetik (sejarah keluarga), pemakanan, dan gaya hidup seseorang penghidap. Namun, ada juga yang mengatakan bahawa berat badan berlebihan menjadi punca utama kepada diabetes jenis 2. Akan tetapi, kenyataan itu tidak begitu kukuh kerana tidak semua penghidap diabetes jenis ini mempunyai berat badan berlebihan.

Diabetes jenis 2 juga dipercayai mempunyai perkaitan yang utuh dengan faktor genetik. Ia membuktikan bahawa kecenderungan untuk menghidap diabetes jenis 2 adalah berpunca daripada sejarah dan kitaran dalam keluarga. Terdapat satu kajian dijalankan ke atas beberapa jenis genetik yang dikatakan berkait rapat dengan punca diabetes.

Jika penyakit diabetes ini dikesan daripada awal, diet pemakanan untuk mengawal diabetes dapat diamalkan dan tabiat gaya hidup yang semasa dapat diubah menjadi yang lebih sihat supaya dapat menjamin kesihatan yang sempurna.

Berikut adalah atara risiko dan punca awal kepada diabetes jenis 2:

  • Faktor genetik (sejarah keluarga),
  • Faktor pendidikan: kelompok individu yang mempunyai tahap pendidikan yang rendah dikatakan mempunyai paras diabetes yang lebih tinggi,
  • Tekanan darah tinggi,
  • Tahap trigliserida darah tinggi (lemak),
  • Diabetes ketika hamil (diabetes gestasional) dan melahirkan bayi yang beratnya lebih daripada 4kg,
  • Mengambil makanan yang tinggi lemak dan karbohidrat (pemakanan tidak seimbang),
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan dan tabiat merokok,
  • Mengamalkan gaya hidup yang pasif (tidak melakukan apa-apa aktiviti),
  • Sentiasa berjaga malam atau mengalami tekanan yang melampau, dan
  • Obesiti atau mempunyai berat badan berlebihan serta
  • Faktor umur: Peningkatan umur adalah punca utama kepada diabetes jenis 2. Risiko untuk mengidapi diabetes jenis 2 meningkat secara mendadak pada usia 45 tahun ke atas dan lebih berisiko bagi individu yang berusia 65 tahun ke atas.

Punca diabetes gestasional (diabetes semasa hamil)

Image result for gestational diabetes
Kredit: momjunction.com/

Sewaktu kehamilan, plasenta berupaya menghasilkan hormon yang bertujuan mengekalkan kandungan tersebut. Namun begitu, hormon yang dihasilkan telah mewujudkan satu dinding insulin pada sel badan. Kebiasaannya, insulin tambahan akan dihasilkan oleh pankreas yang bertindak balas untuk melawan dinding tersebut.

Adakalanya, ia tidak dapat menjalankan fungsinya dengan baik dan menyebabkan penghasilan glukos yang sedikit untuk disalurkan ke seluruh sel badan anda. Akibat daripada itu, ia akan menyebabkan pengumpulan glukos dalam darah dan membawa kepada risiko penyakit diabetes gestasional.

Walau bagaimanapun, punca diabetes gestasional masih samar-samar. Namun, terdapat beberapa faktor yang mendorong kepada penyakit diabetes semasa hamil, iaitu:-

  • Mempunyai sejarah keluarga yang menghidapi diabetes ketika hamil (diabetes gestasional),
  • Mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti,
  • Mengalami sindrom ovari polisistik, dan
  • Melahirkan bayi yang besar dengan berat lebih 4kg dan ke atas (kehamilan sebelumnya)

Punca utama diabetes secara umum

Kurang melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan menyihatkan

Image result for kurang senaman
Kredit: diarikurus.com/

Individu yang terlalu pasif dan tidak melakukan sebarang senaman atau aktiviti yang mengeluarkan tenaga akan berisiko tinggi untuk mendapat penyakit diabetes. Ia juga berpunca dengan pengambilan makanan dalam kuantiti yang banyak tanpa kawalan tetapi ia tidak dirembeskan dan ditukarkan sebagai tenaga kepada tubuh badan.

Ia akan menyebabkan kenaikan mendadak pada berat badan sekaligus risiko untuk menghidapi pelbagai penyakit kronik. Ini menunjukkan senaman dan aktiviti yang aktif akan melindungi diri anda daripada risiko mendapat penyakit diabetes dengan cara meningkatkan tahap sensitiviti insulin terhadap fungsi sel-sel dalam tubuh badan.

Senaman yang dilaksanakan secara teratur dan berterusan amat baik untuk mengurangkan risiko diabetes. Dengan melakukan senaman, ia dapat membantu dalam proses pembakaran gula dalam otot dan meminimumkan kandungan gula dalam darah.

 

Sering menghadapi tekanan yang kronik dan masa tidur yang tidak mencukupi

Image result for Tekanan dan tidur yang terganggu
Kredit: nakbebel.com/

Apabila kita sering berdepan dengan situasi yang tegang, ia akan membuatkan anda menjadi tertekan dan keadaaan ini akan meningkatkan kadar kortisol dalam badan. Dalam masa yang sama, badan anda tidak dapat menghasilkan insulin dengan sempurna dan baik. Rentetan daripada tekanan itu, anda akan mengalami masalah sukar untuk tidur dan menjadikan waktu tidur menjadi tidak teratur.

Apabila anda tidak tidur pada waktu yang tepat, sistem metabolisme anda akan terganggu. Jika ianya berlaku dalam tempoh tiga hari berturutan, ia akan meningkatkan kemampuan tubuh badan untuk menghasilkan kandungan glukos yang tinggi dan menurunkan proses insulin secara mendadak.

Selain itu, tidur yang tidak mencukupi akan meransang pelbagai jenis hormon yang wujud dalam saluran darah. Ia akan menyebabkan selera makan anda akan hilang dan tidur anda akan terganggu dan tidur anda akan tidak memberikan anda waktu rehat yang baik. Apabila anda menghadapi tekanan, anda akan kerap memikirkan permasalahan yang berlaku dan perkara ini akan menyebabkan anda diserang dengan penyakit diabetes.

Hormon yang akan terbina dalam badan anda saat anda mengalami tekanan dikenali sebagai hormon epinephrine dan hormon kortisol. Peningkatan dalam penghasilan hormon ini akan menaikkan kadar gula dalam saluran darah. Cadangan yang baik untuk meredakan keadaan ini ialah dengan cara melakukkan sebarang aktiviti bagi membakar gula yang ada supaya menjadi tenaga kepada tubuh badan anda.

 

Berat badan berlebihan (obesiti)

Related image
Kredit: lovely-mama.blogspot.com/

Kandungan gula berlebihan dalam saluran darah akan dirembeskan oleh insulin ke bahagian hati dan sisanya akan bertukar menjadi lemak. Lemak yang dihasilkan akan terkumpul di sekitar bahagian hati dan organ dalaman yang lain. Jika ukur lilit di pinggang anda kelihatan bertambah besar, anda perlu memantau diet pemakanan seharian anda kerana ia suatu petanda buruk di mana kadar kolestrol anda telah meningkat.

Kajian telah membuktikan bahawa terdapat lebih daripada 85% penghidap diabetes mempunyai berat badan yang berlebihan. Apabila anda mengalami obesiti yang tinggi, ia sering kali dijadikan punca diabetes. Bagi memastikan berat badan anda menjadi normal dan sekaligus menurunkan kadar insulin, anda disarankan untuk melakukan aktiviti sukan secara konsisten dan teratur.

Tugas insulin adalah menurunkan kadar gula dalam darah. Jadi jika anda berjaya menurunkan berat badan ke tahap yang normal, anda telah menjauhkan diri anda daripada diserang dengan penyakit diabetes.

 

Perokok tegar

Image result for perokok tegar
Kredit: mamanadia.com/

Bagi anda yang perokok tegar, anda juga berisiko mendedahkan diri anda kepada penyakit diabetes. Kajian menunjukkan kebarangkalian perokok untuk mendapat penyakit ini adalah sebanyak 20%. Jika kadar gula dalam darah meningkat akibat kadar rokok yang diambil setiap hari, maka anda disarankan untuk menghentikan tabiat itu serta merta.

Bagi memastikan diri anda tidak terjebak dan ketagihan dengan rokok, anda disarankan untuk mengubah gaya hidup yang lebih sihat dengan melibatkan diri dengan aktiviti sukan seperti sukan olahraga dan mengambil makanan yang sihat sperti sayur-sayuran dan buah-buahan segar.

 

Pengambilan ubat-ubatan secara berlebihan

Image result for diabetes
Kredit: lagostelevision.com/

Tidak ramai yang mengetahui bahawa pengambilan ubat-ubatan akan meningkatkan risiko penyakit diabetes. Jenis ubat yang dikatakan berpotensi menjadi punca diabetes ialah corticosteroid drugs. Ubat ini dipercayai dapat meredakan keradangan dan berfungsi menghilangkan bengkak di bahagian laluan udara pada paru-paru. Kebiasaannya, ubat ini diberikan kepada pesakit yang menghidapi penyakit asthma dan arthritis.

Pengambilan ubat ini dalam jangka masa panjang akan menyebabkan keseimbangan hormon kortisol (hormon adrenal) dalam tubuh badan menjadi terganggu. Hormon ini seharusnya berfungsi dalam pengawalan gula dalam darah. Selain itu, ubat yang digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi juga dapat meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit diabetes.

 

Faktor genetik (sejarah keluarga)

Image result for diabetes
Kredit: biovoicenews.com/

Ada segelitir masyarakat mempercayai bahawa sekiranya ada antara ahli keluarga terdahulu seperti ibu bapa atau datuk nenek  anda yang mempunyai sejarah penyakit diabetes, anda juga berpotensi untuk mendapat penyakit yang sama.

Satu kenyataan dikeluarkan bahawa jika ibu anda menghidapi penyakit diabetes jenis 2, peratusan untuk anda mendapat diabetes adalah sebanyak 40%. Manakala jika kedua-dua ibu bapa anda menghidapi diabetes, anda lebih berisiko tinggi untuk diserang penyakit diabetes iaitu sebanyak 80%.

Namun, penyakit ini boleh dirawat dan dicega, jadi, anda boleh kembali normal dan bebas daripada diabetes sekiranya anda melakukan pemeriksaan tekanan darah dan gula secara konsisten serta menjaga gaya hidup dengan baik.

Selain itu, satu kajian juga dilaksanakan di Hospital Besar Kuala Lumpur ke atas pesakit diabetes. Hasilnya mendapati bahawa sebanyak 11.7% daripada penghidap diabetes mempunyai diabetes disebabkan faktor genetik iaitu keluarga mereka mempunyai sejarah diabetes yang positif.

 

Kesukaran insulin berfungsi

Image result for insulin
Kredit: endocrineweb.com/

Halangan pada insulin akan berlaku apabila struktur sel membran gagal berfungsi dan menyebabkan kandungan insulin menjadi kurang peka dalam menjalankan fungsinya. Ia tidak dapat merangsang pembukaan laluan untuk glukos masuk ke dalam saluran darah dan mengalir dengan baik ke seluruh tubuh.

Kandungan glukos yang tidak dapat disalurkan ke dalam sel-sel badan akan melantun semula ke saluran darah dan ia akan terkumpul sebagai satu ketulan mendapan gula dan akhirnya menjadi penyakit diabetes.

Kesan daripada halangan isnulin ini, ia telah mewujudkan satu sindrom yang dipanggil sebagai sindrom metabolik. Ia merupakan suatu keadaan di mana ia akan muncul bersama-sama secara mendadak dan serentak yang boleh menyebabkan risiko untuk mendapat penyakit diabetes semakin tinggi serta berpotensi untuk diserang penyakit kronik yang lain seperti penyakit jantung dan strok.

 

Keadaan tertentu pada wanita

Image result for diabetes terhadap wanita
Kredit: bidanku.com/

Kebiasaannya wanita yang memiliki ‘sindrom ovarioum polikistik’ berpotensi tinggi untuk mendapat serangan diabetes berbanding wanita biasa lain. Sindrom ini adalah suatu keadaan dimana ketidakseimbangan hormon dalam tubuh badan. Ia selalunya berlaku kepada wanita yang pernah melahirkan bayi dengan berat berlebihan iaitu lebih daripada empat kilogram ke atas.

Wanita yang pernah menghidapi penyakit diabetes gestasional (diabetes semasa hamil) juga dipercayai mempunyai kecenderungan sebanyak 7 kali ganda untuk mendapat penyakit diabetes. Ia akan muncul dimasa kehamilan berikutnya berbanding mereka yang tidak pernah mengalami serangan tersebut semasa hamil.

Melalui punca-punca yang dinyatakan di atas telah membuktikan bahawa diabetes boleh berpunca daripada pelbagai faktor dan bukanlah berpunca daripada faktor pemakanan semata-mata. Ia juga bergantung kepada gaya hidup seseorang sama ada ianya mendorong kepada gaya hidup sihat atau sebaliknya.

Gaya hidup yang diamalkan bergantung sama ada ianya akan mendorong kepada penerusan penyakit ini dalam keluarga anda. Ada juga yang mendapat penyakit ini tanpa mempunyai sejarah lampau dalam keluarga ataupun keluarganya mempunyai sejarah diabetes, tidak semestinya akan anda akan mendapat penyakit yang sama.

print
Sakinah Ahmad
Sakinah Ahmad

Everyday we start a day with positive minds and ends it in peaceful. Just be yourself and treat people good if we want people treat us well. Just love yourself and care the others and also love fooooooddddddd! Chill yo! ;)

Do good, eat good! Get 18 special heritage recipes at only US$1.99. 50% of all proceeds goes to Food Aid Foundation.

Sign up for Ramadhan x Food Aid Foundation

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Something is wrong.
Instagram token error.
Load More