Dapur Berkerak? Tak Perlu Risau Kalau Ada Tip Ini

Dapur berkerak? Tetamu datang? Jangan risau, kami ada cara untuk membantu bersihkan dapur anda dengan berkesan.

Kredit: Huffpost UK

Musim perayaan seringkali menjadi pilihan ramai untuk mengadakan rumah terbuka dan menjemput ahli keluarga atau sahabat handai. Namun begitu, dalam kesibukan anda menyiapkan pelbagai juadah istimewa untuk dinikmati oleh tetamu anda, anda pasti tidak sempat untuk mengemas segala periuk belanga yang digunakan  memasak sehingga wujudnya kerak degil dan bau kurang menyenangkan yang membelenggu dapur anda sehingga anda berasa malu untuk biarkan tetamu anda masuk ke dapur. Tak perlu gusar! Kami ada beberapa tip pembersihan dapur yang hilangkan segala kotoran dengan mudah dan berkesan.

1. Sinki Berbau

Kredit: reference.com

Bahagian dalam sinki adalah sesuatu yang kita tidak dapat lihat dari luar. Oleh itu, sukar untuk kita jangkakan waktu yang sesuai untuk membersihkan bahagian dalam sinki anda yang dipenuhi sisa makanan, gumpalan minyak dan lumut yang lama-kelamaan membuatkan bau hanyir dan tidak menyenangkan keluar sehingga membuatkan anda berasa tidak selesa. Untuk membersihkan sinki anda itu, mudah sahaja! Masukkan soda bikarbonat ke dalam lubang sinki. Biar selama sejam dan kemudian cuci dengan air panas. Segala sisa-sisa yang terlekat akan dibuang. Jika anda ingin menambahkan bau wangi. Rendam beberapa keping kulit lemon di dalam air panas tersebut terlebih dahulu sebelum dituang ke dalam sinki.

 

2. Kerak pada Kuali

Kredit: wonderhowto.com

Masalah kerak pada periuk belanga memang satu masalah yang serius. Jika ditinggal sekejap sekalipun, kerak yang wujud akibat minyak kering dan bahan masakan yang terlekat pada periuk atau kuali akan sukar untuk ditanggal. Kebanyakan daripada anda pasti terpaksa berhempas pulas menyental untuk keluarkan kerak tersebut sehingga sakit dan pedih tangan anda. Malangnya, usaha anda itu tak membuahkan hasil yang diharapkan. Akhirnya, anda terpaksa membeli kuali atau periuk yang baru. Tak perlu membazir wang. Anda hanya perlu merendam kuali atau periuk berkerak tersebut dalam air panas bercampur dengan sabun. Masukkan tisu ke dalam rendaman air sabun tersebut. Biarkan selama 30 minit hingga 1 jam sebelum keluarkan tisu tersebut. Sebahagian besar daripada kerak yang terlekat itu akan diserap masuk oleh tisu itu dan kuali tersebut akan mudah dicuci selepas itu.

 

3. Kerak pada Penunu

Kredit: mrspeluyera

Penunu tempat masak merupakan tempat yang paling berkerak dan kotor di seluruh dapur anda. Kebanyakan daripada anda pasti malas untuk mencuci penunu tersebut kerana anda selalunya tidak dapat mengeluarkan sepenuhnya kerak yang terkumpul lama di atas penunu itu. Sekarang, anda tak perlu bertangguh lagi untuk mencuci penunu anda khasnya apabila anda tahu para tetamu akan datang ke rumah anda semasa rumah terbuka anda nanti. Campurkan soda bikarbonat dan sedikit cuka di dalam larutan air panas yang sedikit sehingga terhasilnya satu campuran yang pekat. Gosok campuran tersebut pada bahagian penunu yang berkerak. Biarkan selama 20 minit. Ambil berus sabut dan berus bahagian yang berkerak dan kemudian berus dengan sedikit sabun untuk tanggalkan sisa kerak yang tinggal. Dalam 30 minit, penunu anda akan menjadi bersih dan baru!

 

4. Kotoran dalam Ketuhar

Kredit: Cleanin’ Up

Sama seperti bahagian penunu dapur masak anda, bahagian dalam ketuhar juga mengumpul kerak-kerak degil yang sukar untuk ditanggal. Oleh itu, gunakan cara pembersihan yang sama seperti yang dicadangkan pada bahagian mencuci penunu dapur masak berkerak di atas. Percayalah, dalam setengah jam sahaja, ketuhar anda yang kotor, berminyak dan menggelikan akan menjadi bersih, licin dan berkilau. Selepas ini, semakin bersemangatlah anda nak memasak menggunakan ketuhar pula!

 

5. Kesan Makanan pada Dinding

Kredit: The Paleo Review

Masakan Malaysia, khususnya sajian Melayu dan sajian perayaan seperti rendang dan sambal banyak melibatkan cili boh atau cili yang dikisar dimasak dalam minyak panas. Hasilnya, sambal yang ditumis atau kuah yang mereneh akan melompat-lompat keluar daripada kuali dan terpercik di dinding sehingga meninggalkan kesan. Sebab itulah, tak menghairankan apabila golongan wanita di Malaysia ini takut melihat dapur berkerak. Tak mengapalah kalau dinding ada diletakkan jubin atau permukaan yang licin kerana proses pembersihan adalah mudah atas permukaan seperti itu. Jika dapur anda hanyalah dinding simen yang biasa, pastilah kesan tersebut sukar untuk ditanggal. Tak perlu risau. Penyelesaiannya ada. Campurkan sedikit soda bikarbonat, cuka dan perahan lemon dan gosok pada kesan percikan makanan di dinding itu. Gosok campuran itu beberapa kali sehingga tertanggal. Untuk mempercepatkan proses pembersihan itu, anda boleh cuci menggunakan hidrogen peroksida. Pastikan gas ditutup terlebih dahulu ya dan tiada makanan diletakkan di penunu semasa mencuci dinding. Nanti tercemar pula makanan yang ada penat-penat sediakan.

 

Sekarang, anda tak perlu lagi risau membuat jamuan dan masak banyak-banyak sehingga tiada masa untuk membersih dapur  berkerak anda otu. Walau seteruk manapun keadaan dapur anda itu, tip-tip di atas pasti dapat membantu mengembalikan keindahan, kebersihan dan kekemasan dapur anda seperti sedia kala. Jika ada tip lain, jangan lupa kongsi bersama kami!

Tiada lagi kebimbangan apabila dapur berkerak…

print
Azrene Jasmine

A true blue Penangite, Azrene Jasmine favourite thing to do is, well, eating. Though currently in a love/hate relationship with the weighing scale, she truly believes that every woman should choose a hunk of juicy steak over a bowl of salad on the first date because steaks are awesome and what man can resist a woman with a healthy appetite?

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.