7 Buah Tangan Ideal Semasa Menziarah Pada Tahun Baru Cina

Kredit: publicholidays.com

Sambutan Tahun Baru Cina, seperti kebanyakan perayaan yang disambut di Malaysia merupakan masa untuk kita bergembira bersama keluarga, makan besar dan juga saling menziarahi.

Satu perkara yang cukup menarik dalam sambutan apa-apa perayaan di Malaysia, seluruh isi masyarakat, tanpa mengira bangsa dan agama, sama-sama menyambut dan bergembira. Itulah keunikan negara kita.

Adab Menziarah

Dalam apa jua sambutan berasaskan budaya di Malaysia, kita mempunyai etika dan adab tertentu yang perlu diikuti agar tiada sesiapa yang terasa tersinggung.

Hal ini demikian kerana terdapat pelbagai pantang larang mahupun kepercayaan yang dipegang dari generasi ke generasi yang perlu kita hormati agar perpaduan dan kesefahaman yang wujud antara penduduk Malaysia berbeza budaya dan agama dapat dikekalkan.

 

Sambutan Tahun Baru Cina & Buah Tangan

Dalam kalangan masyarakat Cina, sambutan Tahun Baru Cina adalah tentang tuah dan kebahagiaan sepanjang tahun.

Oleh itu, apabila anda ingin menziarahi rakan-rakan dan ahli keluarga yang menyambut perayaan ini, anda perlulah membawa buah tangan yang melambangkan tuah dan segala perkara yang baik dan positif sebagai simbol ucap selamat anda kepada mereka.

Dalam pemberian buah tangan, cara yang terbaik adalah memberikan makanan. Siapa yang tak suka makanan, betul tak? Meskipun begitu, anda perlu pastikan anda memilih makanan yang sesuai dan paling penting sekali, membawa makna positif. Di bawah, terdapat 7 jenis makanan yang sesuai untuk dijadikan buah tangan.

 

1. Teh

Kredit: thoughtco.com

Masyarakat Cina dan teh tidak boleh dipisahkan seperti isi dan kuku. Teh telah menjadi sebahagian daripada budaya cina semenjak sehelai daun teh masuk ke dalam cawan air Maharaja China ketika baginda berehat di taman istana baginda.

Selain itu, aroma teh yang wangi membuatkan sesiapa sahaja tergoda untuk menikmatinya dengan sepinggan pisang goreng panas sebagai minum petang.

Oleh itu, menghadiahkan sekotak teh, khususnya teh tradisional cina merupakan satu hadiah yang cukup disukai ramai. Namun begitu, ingat! Jangan hadiahkan kotak uncang teh, ya.

 

 

2. Buah-Buahan

Kredit: besthqwallpapers

Nak memberi buah tangan atau hadiah, ada kalanya memang sukar. Sukar itu bukanlah kerana apa-apa tetapi disebabkan oleh anda menjadi rambang mata hingga tidak tahu apa yang nak diberi, betul tak?

Raga buah-buahan atau hamper merupakan pilihan buah tangan yang paling senang dan cukup popular. Selain daripada sihat dan murah, buah-buahan, khususnya semasa perayaan Tahun Baru Cina, cukup dialu-alukan oleh tuan rumah kerana buah-buahan seperti oren, limau, limau bali atau apa-apa buah yang berbentuk bulat dan berwarna keemasan.

Hal ini demikian kerana buah-buahan dengan kriteria tersebut dillihat sebagai simbol kemewahan dan kekayaan.

 

 

3. Makanan Kesihatan

Kredit: vietcetera.com

Idea buah tangan ketiga yang disenaraikan dalam artikel ini ialah makanan kesihatan. Makanan kesihatan ini terdiri daripada makanan tonik yang kaya dengan nilai kesihatan seperti sarang burung, kolagen, kulat dan sebagainya.

Kenapa anda perlu hadiahkan makanan kesihatan apabila mengunjungi rumah terbuka rakan-rakan atau ahli keluarga yang menyambut sambutan Tahun Baru Cina?

Bagi masyarakat Cina, khususnya golongan yang lebih tua, setiap hadiah yang diberikan merupakan tanda atau simbol ucapan selamat si pemberi ingin sampaikan kepada mereka. Oleh itu, pemberian hadiah dalam bentuk makanan kesihatan ini menunjukkan bahawa anda berharap si penerima panjang umur dan kekal sihat.

 

4. Minuman Alkohol

Kredit: virginexperiencedays.co.uk

Bagi pembaca Muslim, anda boleh langkau ke senarai seterusnya ya. Kita masuk ke bahagian tidak halal sekejap.

Selain daripada teh, minuman beralkohol juga merupakan sebahagian daripada budaya Cina. Sejak ribuan tahun dahulu, masyarakat China menggunakan minuman beralkohol dalam pelbagai aspek kehidupan mereka termasuklah sebagai ubat.

Minuman alkohol seperti arak beras sering dijadikan hadiah buah tangan semasa sambutan perayaan atau apa-apa hari penting dalam budaya Cina adalah kerana sebutan ‘arak’ dalam bahasa Mandarin, ‘jiǔ’ (酒) adalah sama seperti sebutan Mandarin untuk perkataan ‘berkekalan’ (久).

Pada zaman dahulu, arak yang dihadiahkan adalah berbeza-beza menurut perayaan yang disambut dan lazimnya terdiri daripada arak beras yang digabungkan dengan bahan-bahan lain seperti buah beri ataupun kuntum bunga. Di Malaysia, susah untuk dapatkan arak-arak buatan sendiri ini. Jadi, wain atau minuman alkohol

Oleh itu, pemberian minuman beralkohol pada Tahun Baru Cina menandakan hubungan berkekalan antara si pemberi dan si penerima. Jika anda bercadang untuk menghadiahkan minuman beralkohol, pastikan anda berikan dua botol, ya. Nak tahu kenapa? Tanyalah rakan anda!

 

 

5. Manisan

Kredit: moneyinc.com

Buah tangan kelima dalam senarai ini ialah manisan. Manisan boleh menjadi biskut, coklat atau apa-apa makanan manis lain. Hadiah buah tangan ini bukanlah sesuatu yang mengujakan untuk golongan dewasa. Hadiah ini lebih untuk anak-anak kecil.

Masalah utama dalam memberikan buah tangan berbentuk makanan adalah sama ada tuan rumah akan makan atau tidak hadiah yang diberikan. Takkanlah kita sebagai pemberi nak berikan hadiah yang tuan rumah tidak suka, betul tak?

Oleh itu, pemberian coklat seperti Ferrero Rocher atau biskut mentega adalah hadiah makanan yang cukup popular. Tambahan pula, anda sedikit sebanyak mendoakan tahun tuan rumah menjadi manis dan baik-baik sahaja menerusi pemberian manisan.

 

 

 

6. Kekacang

Kredit: joanasrecipes.com

Tiada sambutan Tahun Baru Cina yang lengkap tanpa duduk melepak menonton rancangan khas Tahun Baru Cina di televisyen bersama rakan-rakan dan keluarga sambil mengunyah kacang dan buah-buahan kering.

Oleh itu, idea buah tangan keenam dalam artikel ini semestinya ialah kekacang dan buah-buahan kering. Tanyalah mana-mana individu yang menyambut perayaan ini, pasti mereka berkata hadiah kekacang dan buah-buahan kering seringkali dialu-alukan kerana stok mereka pasti tidak cukup untuk menampung kuota kacang dan buah kering setiap tetamu yang bertandang!

Untuk menghadiahkan kekacang, tiada pantang yang anda perlu ikuti. Semua jenis kacang boleh dimakan. Oleh sebab itu, hadiah terbaik untuk diberi ialah hamper kacang yang pelbagai atau bungkusan yang terdiri daripada semua jenis kacang.

Untuk buah-buahan kering pula, kismis dan kurma, khususnya kurma jujube atau buah bidara merupakan buah paling ideal untuk dijadikan buah tangan pada Tahun Baru Cina. Kurma jujube ini diberi kerana maksud bertuah disebalik sebutan nama kurma ini yang membawa maksud baik dalam frasa, ‘zǎoláifúdào’  (早来福到 ), yang bererti ‘tuah datang awal’.

Jika anda ada bajet yang perlu diikuti dalam membeli hadiah, belikan saja kurma jujube yang disumbat dengan kacang walnut. Itulah hadiah terbaik!

 

 

7. Semua di Atas!

Apabila melihat pilihan buah tangan yang anda boleh hadiahkan kepada rakan-rakan atau ahli keluarga semasa berkunjung ke rumah mereka, pasti anda berasa sedikit rambang mata.

Tak perlu susah-susah peningkan kepala! Hadiahkan saja hamper yang mengandungi kesemua bahan-bahan ini. Senang dan boleh didapati di mana-mana pasar raya tempatan.

 

Maklumat Informatif Perlu Dikongsi

Adakah anda merasakan artikel ini cukup bermaklumat untuk anda? Jangan lupa untuk kongsi dengan rakan-rakan atau ahli keluarga lain yang mengalami masalah yang sama dengan anda. Pasti hilang kekeliruan anda untuk cari buah tangan pada Tahun Baru Cina ini.

print
Azrene Jasmine

A true blue Penangite, Azrene Jasmine favourite thing to do is, well, eating. Though currently in a love/hate relationship with the weighing scale, she truly believes that every woman should choose a hunk of juicy steak over a bowl of salad on the first date because steaks are awesome and what man can resist a woman with a healthy appetite?

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.