Corak Batik Inspirasi Jamuan Ideal Anda


Kredit: 3.bp.blogspot.com

Sekarang, golongan muda mudi Malaysia sudah maju. Majlis yang mereka adakan tidak lagi terhad pada kenduri kahwin sahaja. Kini, ramai yang sudah pandai mengadakan pesta makan malam. Pesta ini dilihat sebagai cara untuk mencuri masa bertemu rakan-rakan dan juga alasan untuk mereka menunjukkan kemahiran memasak ala-ala Iron Chef. Siapa tak nak hidung kembang kempis apabila dipuji pandai masak?

Walaupun begitu, majlis-majlis bertema yang diadakan ini selalunya menggunakan tema yang sama. Mesti pembaca sudah selalu sangat pergi majlis bertema dengan kata kunci seperti “Garden”, tema warna pastel, “Hollywood”, “Bollywood” dan yang paling klise, “Masquerade”. Sudah-sudahlah dengan tema yang dah lapuk begini. Jadilah berani untuk bereksperimen dengan satu tema yang belum pernah sesiapapun cuba: Batik.

Kenapa Batik?


Kredit: batikforchrist.com

Batik. Kalau dulu batik dikenali sebagai fesyen “Orang Kampung” yang digayakan model-model cun seperti Mak Senah dan Mak Bedah, kini, batik adalah lambang fesyen tinggi (high fashion) yang digayakan model-model muka masam, golongan kenamaan di Malaysia dan pekerja awam semasa acara-acara rasmi. Kenapa perlu hadkan penggunaan batik pada fesyen? Berikut merupakan beberapa cara untuk anda gunakan batik sebagai tema majlis ataupun jamuan anda!

 

#1 Membuat Kad Jemputan


Kredit: cdn.highdefdigest.com

Zaman kad-kad jemputan sudah berlalu apabila orang dah pandai belajar hantar jemputan permainan dalam talian di Facebook. Sebenarnya, jemputan e-vite ini tidak berkesan. Yalah, tiada nilai sentimental, main tulis sahaja dan hantar mesej yang sama kepada semua jemputan. Buatlah kelainan sedikit dengan ambil masa mencari cara kreatif untuk anda menghantar kad jemputan Orang yang dijemput pasti berasa istimewa dan tertarik untuk datang ke pesta makan malam bertema anda. Tidak perlu membuat kad-kad yang mempunyai corak rumit, berlapis-lapis bagai. Cukuplah sekadar sesuatu yang ringkas tetapi elegan.

Tiada idea?  Lihatlah beberapa contoh rekaan kad jemputan DIY di sini: https://uk.pinterest.com/explore/dinner-party-invitations/

 

#2 Kod Pakaian


Kredit: media.giphy.com

Bahagian paling menarik pesta makan malam ialah kod pakaian yang ditetapkan. Malangnya, tidak ramai yang akan mengikut kod pakaian yang ditetapkan dan berikan alasan tema yang dibuat terlalu hebat sangat sampaikan mereka langsung tidak ada pakaian yang sesuai untuk dipakai. Tetapi, dengan tema batik ini, tetamu anda tidak dapat lari lagi! Di Malaysia, setiap orang akan memiliki sekurang-kurangnya satu pakaian batik atau aksesori bercorak batik.

Walaupun begitu, pastilah anda tidak mahu majlis anda seperti satu keramaian rasmi. Mungkin anda boleh membuat kod pakaian yang unik seperti meminta tetamu lelaki memakai baju batik manakala tetamu wanita memakai aksesori bercorak batik. Bagi yang wanita, takkanlah nak pakai kain batik pula. Kalau tidak tahu di mana nak dapatkan aksesori bertemakan batik ini, bolehlah klik pautan di bawah:

http://www.vemale.com/fashion/pernik/37321-aksesori-cantik-dari-batik-yang-mempesona.html

 

#3 Membuat Cenderamata


Kredit: nydailynews.com

Tak manislah kalau tetamu anda datang ke pesta makan malam anda dan pulang dengan tangan kosong. Tunjuklah apresiasi anda kepada para tetamu yang penat-penat meluangkan masa menghadiri majlis anda dengan cenderamata (doorgift) yang cantik. Tak perlulah nak berhabis wang yang banyak untuk hadiah sekecil itu. Cukuplah dengan menggunakan bahan yang sudah tersedia di rumah. Ambil kain batik lama dan cuba berfikir di luar kotak. Pastinya, cenderamata anda pasti disukai tetamu.

Hayati sisi kreatif anda dan cuba sediakan cenderamata bermotifkan batik. Ingat, tangan yang memberi adalah lebih baik daripada yang menerima. Idea cenderamata batik di sini:

  1. i) http://diarisedetiklebihfarisha.blogspot.my/2012/10/diy-kotak-goodies.html
  2. ii) http://www.saranghaeyo.com/index.php?id_product=700&controller=product

 

#4 Menu


Kredit:thenavigationblog,com

Apabila anda nak adakan pesta makan malam, wajiblah ada makanan, bukan? Kalau dah nama pesta makan malam BERTEMA, wajiblah sajian makanan yang dihidangkan itu berkaitan dengan tema yang dipilih. Kalau tidak, penat-penat sahaja para tetamu yang semangat datang sambil lengkap berpakaian menurut kod pakaian yang ditetapkan hanya untuk makan burger. Ada pelbagai pilihan makanan berkonsepkan batik yang anda boleh pilih dan cuba. Dalam artikel ini, penulis berikan 3 pilihan sajian pembuka selera, hidangan utama dan pencuci mulut untuk anda.

 

Pembuka selera: Pulut Nyonya


Kredit: i1.wp.com

“Pulut ada kaitan dengan batik ke?”

Ada….Saya ceritakan dulu konsep batik terlebih dahulu. Batik merupakan corak lilin pada kain. Anda boleh hasilkan corak yang sama ini dengan menghasilkan nasi pulut yang cantik. Seperti konsep batik, nasi pulut yang berwarna putih dan lutsinar adalah seperti kain canting batik dan bahan-bahan yang anda letak di dalam boleh disusun seperti corak batik yang indah. Gunalah imaginasi untuk faham bahawa makanan bertema batik ini tak semestinya kena hasilkan sesuatu yang kelihatan sama seperti kain batik. Kalau begitu, baik hidang kain batik sahaja!

 


Hidangan Utama: Nasi Hujan Panas


Kredit: http://2.bp.blogspot.com

Korang janganlah lurus bendul sangat nak ikut tema. Memanglah susah nak hasilkan sajian yang betul-betul macam corak batik. Kenalah bersikap pragmatik dan puitis sedikit, gitu….Jadi, apa yang ada pada batik yang kita boleh jadikan sebagai konsep hidangan utama semasa pesta makan malam batik ini? Kalau difokuskan pada warna yang digunakan, corak batik memang berwarna warni dan ceria. Apa kata, kita gunakan aspek batik ini untuk memilih hidangan yang nak disaji.

Cadangan penulis ialah Nasi Hujan Panas. Nasi Hujan Panas, bagi yang tak pernah tengok, bukanlah nasi separuh lembap, separuh kering. Tidak sama sekali. Nasi Hujan Panas adalah nasi yang berwarna warni dan sering dipasangkan dengan laut daging ataupun ayam.

 

Pencuci Mulut: Kek Batik


Kredit: teguhprasetyo.com

Pesta makan malam tidak lengkap tanpa pencuci mulut dan pencuci mulut yang paling senang nak dikaitkan dengan tema batik ini sah-sahlah ialah kek batik. Kek Batik adalah kek yang sangatlah mudah untuk disediakan dan sangat sedap untuk dimakan. Jangan buat satu kek sahaja. Nanti ada pula yang gigit jari.

 

Mulakan Perancangan!

Dengan ini, lengkaplah jamuan anda bertemakan batik ini. Mengadakan jamuan makan sememangnya menyeronokkan, meletihkan dan merenyahkan. Apa yang penting adalah sesi perkongsian yang korang alami bersama rakan-rakan dan ahli keluarga. Tema sekadar penyeri suasana tetapi makanan yang terhidanglah yang menentukan sama ada jamuan anda berjaya ataupun tidak.

Jika korang ada tema-tema baru yang boleh dijadikan sebagai tema jamuan makan yang akan datang, boleh kongsikan bersama Butterkicap nanti. Pastikan tema yang masuk diakal ya. Jangan pula letak tema seperti “Jungle Trekking” atau “Student Life” pula. Maggi kosong tak sedap kalau makan banyak-banyak. Buat kembang tekak sahaja. Kalau ada tema yang menarik, jangan lupa panggil Team Butterkicap 😛

print
Azrene Jasmine
Azrene Jasmine

Azrene Jasmine is a Penangite with a stomach of gold. Though currently she is in a love/hate relationship with the weighing scale, Azrene truly believes that every woman should choose a hunk of juicy steak over a bowl of salad on the first date because steaks are awesome and what man can resist a woman with a healthy appetite?

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Something is wrong.
Instagram token error.
Load More