Ayam Percik Che Aisyah

Ayam percik merupakan hidangan wajib keluarga saya setiap kali bulan Ramadan menjelang. Kenapa? Sebabnya, pada bulan Ramadanlah kami sekeluarga berpeluang untuk merasa masakan air tangan individu paling penting dalam keluarga kami iaitu nenek saya, Che Aisyah. Kata-kata orang memang benar apabila mereka kata air tangan nenek atau emak sememangnya sukar ditandingi walau cef terkemuka sekalipun. Oleh sebab itulah, kami sekeluarga akan berusaha untuk pulang seawal yang mungkin semata-mata untuk merasa masakan nenek.

Antara masakan nenek yang menjadi kegemaran kami semua ialah hidangan ayam percik beliau. Kalau nenek sediakan ayam percik sebagai juadah berbuka, sayalah yang pertama akan turun ke dapur untuk melihat cara nenek sediakannya. Ayam percik nenek sedikit berbeza berbanding ayam percik yang anda selalu beli di bazar ramadan dulu.

Meskipun tidak mempunyai aroma panggang yang kuat kerana dimasak dalam ketuhar, penangan kuah percik versi nenek sudah cukup untuk buat saya teringat-ingat hingga dibawa ke dalam mimpi, apatah lagi sekarang kerana nenek sudah tiada lagi untuk jamu kami masakan beliau. Sebagai tanda mengingati nenek, saya ingin kongsikan resepi ayam percik nenek agar anda juga dapat menikmati air tangan nenek sepertimana kami sekeluarga dapat merasa setiap kali bulan Ramadan menjelang.

Bahan-Bahan:

a) Bahan Kisar

  • 250g bawang merah
  • 50g bawang putih
  • 2 batang serai
  • 80g halia
  • 50g kunyit hidup
  • 3 cili kering

b) Bahan lain

  • 1 ekor ayam
  • 1 cawan santan pekat
  • 30g belacan, dibakar
  • 1 keping asam
  • 20g gula merah
  • 30g gula melaka
  • Secubit garam

Cara-Cara:

  1. Masukkan bahan kisar ke dalam pengisar dan kisar hingga halus. Bahagikan pes pada dua bahagian.
  2. Perap ayam dengan satu bahagian pes kisar selama 1 jam. Panaskan Ketuhar pada 180 darjah Celsius. Bakar ayam selama 30 minit.
  3. Untuk menyediakan kuah, panaskan minyak dalam kuali dan masukkan belacan yang telah dibakar. Tumis pes kisar yang diasingkan sehingga pecah minyak lalu masukkan asam keping. Kecilkan api.
  4. Masukkan santan dan kacau sehingga sebati.
  5. Masukkan gula dan garam secukup rasa.

Resepi Ayam Percik Peninggalan Nenek

Saya berharap anda juga menyukai resepi ayam percik arwah nenek saya ini. Resepi ini mungkin tidak memberikan hasil sepertimana yang anda biasa cuba atau beli di bazar atau pasar malam tetapi nikmatnya memang tak terkata.

Kalau anda ingin berkongsi resepi keluarga anda sendiri, sepertimana saya telah kongsi di sini, anda boleh emel resepi anda ke sembang@butterkicap.com. Sama-sama, kita meneruskan kelangsungan warisan keluarga masing-masing dengan menghidupkan resepi-resepi lama dengan kongsikannya agar dapat dipraktis dan menjadi tradisi baru keluarga lain juga.

print
Chef Syafiq Shahrom

Chef Syafiq’s passion and appreciation for food and the culinary arts extends beyond the boundaries of a kitchen. Started his culinary journey with cooking demos/shows in Singapore on 2015, he is now representing Malaysia to showcase our u cuisine all over the world. His talent has won him the Bill Galagher Young Chef Award during the 2018’s International Worldchefs Congress & Expo.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.