5 Amalan Harian Wajib untuk Mencegah Penyakit Jantung

Penyakit jantung kebiasaannya dihidapi oleh lelaki lebih kerap berbanding wanita. Hal ini kerana, wanita mempunyai paras estrogen yang tinggi ketika masih subur yang menghalang mereka dijangkiti penyakit jantung. Walau bagaimanapun, penyakit jantung akan menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira jantina mahupun umur.

Punca utama kepada penyakit jantung adalah penyakit diabetes. Ini disebabkan oleh gangguan metabolisme karbohidrat akibat kekurangan hormon pankreas insulin yang sepatutnya menukarkan gula menjadi tenaga. Di Malaysia, terdapat banyak kes kematian berpunca daripada penyakit jantung. Jantung merupakan salah satu organ yang sangat penting dan perlu dijaga dengan baik.

Bagi mengelakkan diri daripada dijangkiti penyakit jantung, kami menyediakan info penting untuk anda ikuti. 5 amalan harian wajib yang anda boleh lakukan untuk mencegah penyakit jantung.

Menjalani saringan kesihatan

Related image
Kredit: lauraboustani.com

Langkah pertama yang anda boleh lakukan bagi mencegah penyakit jantung ialah anda perlu menjalani saringan kesihatan. Ia bertujuan bagi memastikan anda bebas daripada sebarang penyakit berbahaya dan kronik. Anda perlu berjumpa dan membuat temu janji dengan doktor pakar sekurang-kurang 6 bulan sekali atau mengikut jadual yang ditetapkan oleh pakar perubatan anda.

Ujian saringan kesihatan merupakan satu kajian atau pernilaian bagi mengesan tanda awal penyakit kronik dan ianya membantu dalam memudahkan usaha pencegahan dan rawatan daripada peringkat awal oleh anda mahupun pegawai kesihatan.

Menurut kenyataan Dr. Nani Deraman; Pakar Perubatan Keluarga Hospital Universiti Sains Malaysia, ujian saringan boleh dibahagikan kepada banyak jenis dan satu daripadanya yang sering digalakkan serta diberi penekanan untuk dijalankan adalah ujian saringan Kardiovaskular.

Beliau berkata, dengan ujian saringan Kardiovaskular, doktor akan melakukan tiga ujian iaitu tekanan darah, kandungan gula dalam darah dan paras kolesterol dalam darah untuk mengesan penyakit-penyakit kronik berkaitan jantung. Selain itu, Dr. Nani menambah lagi bahawa pemeriksaan tekanan darah dilakukan bertujuan mengesan penyakit darah tinggi atau tekanan darah rendah, kandungan gula dalam darah bagi diabetes dan paras kolestrol dalam darah untuk pastikan tahap kolestrol seseorang sama ada baik atau sebaliknya.

Dalam kenyataan yang sama, beliau menyatakan doktor akan mengambil satu sampel darah dari badan seseorang untuk ketiga-tiga ujian ini dan ia akan dihantar ke makmal bagi memperoleh keputusan tepat. Jika seseorang mempunyai penyakit atau berisiko mendapat penyakit kronik, doktor akan merawatnya melalui ubat, memantau dan memberikan cara terbaik mengatasi serta mengawalnya supaya ia tidak menjadi serius.

 

Bagi kesihatan jantung, anda seharusnya menjalani ujian saringan 2-3 tahun sekali. Jangan bila dan jatuh sakit, anda baru nak pergi berjumpa doktor dan dapatkan nasihat pakar perubatan.

 

Kawal berat badan

Image result for Kawal berat badan
Kredit: sokmo.net

Seterusnya, anda perlu mengawal berat badan menjadi lebih ideal dan tidak berlebihan. Hal ini kerana, berat berlebihan atau kegemukan berpotensi kepada anda untuk berdepan dengan pelbagai risiko berbahaya seperti paras lemak tinggi, tekanan darah tinggi, penyakit diabetes dan pelbagai penyakit kronik yang lain.

Untuk pengetahuan anda, paras lemak tinggi atau kalori yang tinggi akan mengakibatkan saluran darah menjadi sempit dan menjurus kepada serangan jantung secara mendadak ke atas anda. Justeru itu, anda amatlah disarankan untuk menjaga dan mementingkan kesihatan anda. Kesejahteraan hidup akan dapat diperolehi dengan mudah jika tubuh badan kita sihat dan dalam keadaan baik untuk melaksanakan tugasan harian.

Berat badan yang berlebihan akan menyukarkan anda melakukan apa jua aktiviti harian termasuklah aktiviti ringan. Ia harus dielakkan bagi mencegah pelbagai penyakit berbahaya dan kronik menyerang anda dan sekaligus berkemungkinan membawa kepada kematian yang drastik.

Kegemukan atau obesiti adalah penanda aras kepada munculnya penyakit berbahaya seperti diabetes, serangan jantung dan tekanan darah tinggi jika tidak dikawal dari permulaan. Jadi, anda wajib menjaga berat badan supaya ideal dan menepati kemampuan tubuh badan dalam usaha memastikan kesihatan sentiasa dalam keadaan sempurna.

 

Bersenam

Image result for bersenam
Kredit: iluminasi.com

Senaman merupakan satu pergerakan tubuh badan yang dilakukan secara berulang dan terancang serta berstruktur yang bertujuan meningkatkan dan mengekalkan salah satu atau secara keseluruhan kecergasan fizikal seseorang. Senaman kebiasaannya melibatkan penghasilan tenaga yang maksimum dan memberikan pelbagai manfaat yang baik untuk kesihatan tubuh badan kita terutama kesihatan jantung.

Senaman adalah salah satu aktiviti yang mampu membantu jantung dalam mengepam darah dengan baik dan mengalirkan oksigen ke seluruh tubuh badan dengan lancar. Bersenam secara konsisten dan teratur berupaya menurunkan paras tekanan darah menjadi kembali normal. Saranan dalam melakukan senaman sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.

Sekiranya senaman dilakukan secara teratur, ia akan membantu anda dalam merendahkan risiko untuk mendapat penyakit jantung dan penyakit kronik yang lain. Dengan mengamalkan gaya hidup yang tidak aktif terutama semasa waktu bekerja, ramai antara kita yang boleh duduk selama berjam-jam menghadap komputer.

Cubalah bergerak sedikit sekurang-kurangnya berjalan-jalan selama 30 minit dan kemudian sambung kembali tugasan. Jangan desak anggota badan untuk bekerja terlalu lama dan diluar kemampuan badan. Ia akan membantu pengaliran oksigen ke seluruh tubuh badan dan berupaya mengembalikan tenaga yang hilang akibat aktiviti yang telah dilaksanakan sebelum itu.

 

Amalkan diet yang sihat dan seimbang

Related image
Kredit: diarikurus.com

Makanan seimbang dan sihat ialah pengambilan makanan yang mencukupi bagi menampung keperluan tubuh badan. Hal ini kerana, manusia memerlukan makanan dan vitamin yang baik dan cukup untuk tumbesaran dan demi menjaga kesihatan secara keseluruhan. Pemakanan adalah faktor utama yang menentukan tahap kesihatan individu sama ada baik atau sebaliknya.

Jika anda mahukan berat badan yang ideal serta kesihatan yang baik, anda perlu memastikan makanan yang diambil juga adalah sihat dan seimbang. Bagi anda yang ingin menurunkan berat badan, anda sebaiknya menjauhkan diri daripada makanan yang diperkaya dengan tinggi lemak seperti mentega, keju dan minyak.

Anda juga wajib jauhkan makanan berkolestrol tinggi daripada menu diet anda seperti telur, hati, mentega dan banyak lagi makanan yang mengandungi kolestrol yang tinggi. Sebaiknya, anda harus memperbanyakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam diet harian sihat anda.

Ia sangat membantu menjadi pembekal pelbagai jenis nutrisi dan khasiat yang baik untuk tubuh badan serta diperkaya dengan serat yang bagus untuk kesihatan anda. Oleh itu, anda harus menjaga pemakanan anda dan mengamalkan diet yang sihat dan ideal bagi memastikan kesihatan tubuh badan terjamin terutama kesihatan jantung. Ia bertujuan bagi mencegah penyakit jantung terjadi kepada anda dan membawa maut kepada anda.

Dengan mengamalkan diet yang sihat dan seimbang, anda akan menjauhkan diri anda daripada serangan jantung dan angin ahmar (strok). Terdapat satu kajian di Barat telah membuktikan bahawa indivdiu yang mengikuti garis panduan pemakanan yang telah disarankan oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) kurang berisiko untuk mendapat serangan jantung dan strok sebanyak 28% dan 14% berbanding individu yang tidak mengikuti saranan dalam garis panduan itu.

Anda digalakkan untuk mengurangkan pengambilan makanan berkarbohidrat tinggi seperti nasi. Jadi, anda sebaiknya mengamalkan diet yang sihat dengan cara mengikut saranan pemakanan yang dinyatakan dalam piramid pemakanan supaya tubuh anda dapat menerima semua nutrisi sama rata dan seimbang untuk semua khasiat.

Anda amatlah diseru supaya menjauhkan diri anda daripada pengambilan alkohol secara berlebihan. Ia bukan sahaja menyulitkan anda untuk menurunkan berat badan tetapi ia juga akan mendatangkan pelbagai kesan buruk kepada tubuh badan terutama sekali hati dan jantung.

Dalam menu pemakanan, anda haruslah dikurangkan makanan yang tinggi kandungan garam. Makanan segera, makanan bertin, daging yang diawet dan makanan ringan bergaram seperti kentang goreng. Ini adalah contoh makanan yang memiliki kandungan garam yang terlalu tinggi. Jika anda mengambil makanan yang terlalu banyak garam, ia akan mengakibatkan tekanan darah tinggi dan berisiko untuk mendapat serangan jantung atau strok. Akan tetapi, ada sesetengah individu mungkin berisiko untuk menghidapi masalah lebihan air di bawah kulit (edema).

 

Berhenti merokok

Image result for berhenti merokok
Kredit: amazingnara.com

Amalan merokok bukanlah sesuatu yang baik untuk kesihatan secara keseluruhan. Dan ianya juga mendatangkan kesan buruk kepada orang sekeliling tanpa disedari. Kandungannya yang sangat berbahaya akan mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan terutama kesihatan organ dalaman seperti paru-paru dan jantung.

Kandungan nirkotin yang tinggi sangatlah berbahaya kepada jantung anda dan ia akan menyebabkan darah sukar dipamkan ke seluruh tubuh. Bahan kimia yang ada juga akan mengakibatkan pelbagai penyakit kronik yang lain jika tidak dibendung daripada awal. Anda harus menghentikan tabiat ini jika anda sayangkan jantung anda dan juga sayangkan orang sekeliling anda.

Ini telah dibuktikan bahawa ramai antara penghidap penyakit jantung adalah terdiri daripada perokok tegar. Kebiasaan sekiranya anda ada berjumpa dengan doktor pakar jantung,  mereka pasti akan bertanyakan soalan sama ada anda perokok atau tidak. Jika ya, anda mesti disarankan untuk menghentikan tabiat merokok. Ia merupakan punca utama kepada penyakit jantung kronik dan sukar diubati sekiranya ia menjadi semakin parah.

Oleh itu, anda wajib mengikut saranan mereka itu bagi memastikan kesihatan jantung anda terjaga. Untuk pengetahuan anda, asap daripada rokok akan menyebabkan proses pembekuan lebih pantas berlaku dan ia akan mengakibatkan bekalan oksigen berkurangan untuk sampai ke jantung. Jika ia berlaku, anda akan menjerumuskan diri anda ke arah kematian secara mengejut akan serangan jantung.

 

Oleh itu, anda harus ketahui bahawa jantung merupakan antara organ terpenting dalam memastikan semua sistem biologi dalaman kita dapat berfungsi dengan baik. Tanpa degupan jantung yang baik, seseorang pasti sudah tidak bernyawa lagi dan ia akan terus berdenyut selagi hayat seseorang masih ada dan akan tetap menjalankan tugasannya mengepam darah yang mencukupi untuk disalurkan ke seluruh tubuh badan.

Namun begitu, akibat daripada amalan seharian dan gaya hidup kita yang tidak sihat, ia akan mendatang risiko yang tinggi kepada kita untuk mendapat serangan jantung. Dalam usaha menjamin kesihatan yang baik untuk jantung, penekanan dalam amalan seharian yang baik dan sihat untuk jantung harus ditekankan dan diambil berat oleh anda.

Jantung yang sihat bakal menjaminkan kesihatan yang baik secara keseluruhan dan anda tidak akan terbatas dalam melakukan apa jua akitiviti yang anda sukai terutamanya yang memperlukan anda mengeluarkan tenaga yang banyak. Sayangi jantung anda!

print
Sakinah Ahmad
Sakinah Ahmad

Everyday we start a day with positive minds and ends it in peaceful. Just be yourself and treat people good if we want people treat us well. Just love yourself and care the others and also love fooooooddddddd! Chill yo! ;)

Do good, eat good! Get 18 special heritage recipes at only US$1.99. 50% of all proceeds goes to Food Aid Foundation.

Sign up for Ramadhan x Food Aid Foundation

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Something is wrong.
Instagram token error.
Load More