Berziarah Raya pun Ada Adabnya! Ini 5 Tip Untuk Anda

Berziarah Raya pukul 10 malam? Biar betul! Berziarah pun adabnya tahu.

Kredit: utopiastaging.blogspot.my

Hari Raya Aidilfitri dikenali sebagai perayaan yang merapatkan silaturrahim di antara manusia tidak kira agama, bangsa dan umur. Perayaan yang disambut oleh seluruh rakyat Malaysia ini membawa kegembiraan dan keberkatan, lebih-lebih lagi kebanyakkan daripada kita yang membuat keputusan untuk menghidangkan makanan kepada tetamu-tetamu yang diundang pada hari yang khusus dan dipilih oleh tuan rumah. Dalam erti kata lain, mengadakan rumah terbuka.

Rumah Terbuka untuk Semua

Rumah terbuka yang diadakan untuk tuan rumah bertujuan memberikan ruang bagi tuan rumah beramah mesra bersama rakan-rakan dan saudara-mara sambil menikmati makanan yang pelbagai dan lazat. Ada antara kita yang mengambil keputusan untuk memasak sendiri hidangan-hidangan untuk tetamu dan ada juga yang mengupah katering untuk memasak hidangan yang dikehendaki. Hidangan yang lazat semestinya lebih bermakna apabila dinikmati beramai-ramai ketika rumah terbuka, tetapi tahukah anda menjaga adab juga perlu dalam membuatkan suasana di rumah terbuka lebih meriah dan menggembirakan. Mari kita lihat beberapa adab yang perlu dijaga ketika beraya di rumah terbuka!

 

Hormatilah Satu Sama Lain…

Seperti yang sedia maklum, adalah menjadi kebiasaan apabila kita berjumpa dengan seseorang tidak kiralah rakan sekerja, saudara-mara atau jiran tetangga. Kita perlu menyapa dan bersalaman untuk menunjukkan rasa hormat antara satu sama lain. Jika anda mengunjungi rumah terbuka, anda haruslah menyapa tuan rumah sebagai tanda anda telah hadir ke majlis mereka dan berterima kasih atas jemputan itu. Ia adalah tidak manis bagi seseorang itu hadir ke rumah terbuka dan tidak menyapa tuan rumah lalu terus ke seksyen makanan untuk menjamu selera dan setelah berasa kenyang, terus segara balik ke rumah. Perkara asas seperti menyapa dan bersalaman ini tidaklah wajib, tetapi  menunjukkan keperebadian seseorang itu apabila dijemput di rumah terbuka.

Kredit: utopiastaging.blogspot.my

 

Tuan Rumah Bukan Majlis Perbandaran!

Pernahkan anda merasai pengalaman di mana anda membuat rumah terbuka dan setelah semua tetamu balik, anda dapati terdapat sampah merata-rata tempat di kawasan rumah anda, tidak kira di dalam atau di luar? Berikutan dengan itu, adab dalam menjaga kebersihan kawasan rumah terbuka juga haruslah diaplikasikan ketika menghadirkan diri di rumah terbuka. Tuan rumah selalunya menyediakan pinggan dan cawan polisterin untuk tetamu kerana ia memudahkan tuan rumah untuk terus buang pinggan dan cawan daripada mencucinya dalam kuantiti yang banyak. Kita sebagai tetamu haruslah mengutip sisa-sisa makanan yang jatuh ketika kita makan dan buangkannya di tong sampah yang disediakan oleh tuan rumah. Ini kerana, ia menunjukkan bahawa kita menghargai jasa tuan rumah yang menyediakan makanan-makanan yang lazat untuk dinikmati bersama.

 

Katakan “Tidak” Pada Gosip!

Sebagai tetamu yang dijemput, kita juga haruslah menjaga adab dalam cara percakapan sesama sendiri. Soalan seperti “Kenapa tak masak sendiri saja makanan daripada upah katering ni?” atau perbualan seperti “Oh nak tahu tak tuan rumah ini dulu orangnya sombong tetapi sekarang dah makin better” TIDAK PERLU diucapkan ketika berada di rumah terbuka. Mengapa? kerana ia adalah perkara yang tidak beradab untuk diucapkan apabila tuan rumah sudah bertungkus-lumus dalam menyediakan makanan dan layanan yang terbaik untuk anda. Jagalah percakapan kerana luahan atau soalan yang negatif adalah sesuatu yang menyuramkan suasana sesebuah rumah terbuka.

Kredit: test1.thkms.org.sg

 

Orang Tamak Selalu Rugi….

Adab yang terakhir yang perlu dijaga ketika berkunjung di rumah terbuka ialah membuang sifat tamak dan gelojoh. Sifat tamak disini boleh dikategorikan sebagai mengambil makanan secara lebih-lebihan yang menyebabkan pembaziran. Pembaziran adalah amalan yang tidak sihat dan ia adalah sesuatu yang akan mengundang kekecewaan terhadap tuan rumah kerana mereka telah menyediakan makanan untuk dinikmati dan bukan untuk dibuang. Jadi, ketika mengambil makanan, beringatlah dan ikutlah kata-kata ini “less is better” yang bermaksud lebih sedikit lebih baik! Ini bukan lah bermaksud anda perlu berlapar, tetapi ambillah sedikit makanan untuk pembuka selera dan sedikit lagi jika anda mahu menikmati lagi!

Adab ketika berada di rumah terbuka bukanlah susah untuk diterapkan, kerana jika kita menjaga adab dan tahu apa yang perlu dibuat dan tidak perlu dibuat di rumah terbuka, suasana di rumah terbuka lebih meriah dan seronok! Selamat menjamu selera dan beramah mesra!

print
Ili Sakinah

Ili Sakinah loves to lepak at mamak and definitely go with teh anytime, anywhere!

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.