9 Buah Tempatan Paling Sedap yang Berkhasiat Tinggi

Malaysia merupakan salah satu negara yang amat kaya dengan pelbagai buah-buahan. Ada yang besar, ada yang kecil, ada yang gelap, ada yang cerah, ada yang berbau kuat dan ada juga yang langsung tidak berbau.

Tidak kira apa sahaja buah kegemaran anda, buah tempatan pasti menjadi sebahagian daripada senarai buah kegemaran anda. Sebagai Rakyat Malaysia yang cintakan negara Malaysia, kita haruslah mengenali buah-buah tempatan.

Kenapa harus kita kenali buah-buahan tempatan?

Memandangkan Sukan Sea bakal menjelang lagi 2 minggu, Malaysia pasti akan didatangi ramai pelancong yang mahu menyokong pasukan mereka dan jika mereka tanya anda tentang buah tempatan.

Janganlah anda memalukan Malaysia dan tidak tahu memberi jawapannya.

Bagi mengelakkan situasi tersebut berlaku, kami ingin menyenaraikan 9 buah-buah tempatan yang perlu anda tahu agar anda dapat menjawab soalan mereka.

 

1. Belimbing

Buah tempatan

Saya pasti anda mengetahui rupa bentuk belimbing, jikalau anda tidak tahu, google search lah bentuk belimbing nanti. Belimbing merupakan buah yang selalunya berwarna hijau pucuk pisang. Amat manis dimakan dan sedap dibuat minuman.

Selain daripada sedap untuk dimakan dan diminum sahaja, belimbing juga penuh dengan pelbagai khasiat. Antaranya ialah mampu membantu dalam mencegah kanser kerana ianya penuh dengan Vitamin C. Berat buah belimbing 100g akan menghasilkan 34,7 mg vitamin C.

Sehubungan itu, kepada mereka yang ingin menurukan kolestrol, belimbing juga boleh menurunkan tahap kolestrol dalam badan anda kerana ianya mengandungi pektin yang  menurunkan kolestrol. Dalam hal ini pektin mengikat kolestrol dan asid hempedu dalam usus serta mendorong pengeluarannya.

 

2. Betik

Buah tempatan

Betik atau nama saintifiknya iaitu Carica Papaya turut digelar sebagai “The fruits of Angels” kerana rasanya yang sedap serta fizikalnya yang sentiasa konsisten seperti mentega. Betik merupakan salah satu buah tropika yang sangat kaya dengan pelbagai vitamin seperti Vitamin A, C, E, K.

Selain daripada mengandungi Vitamin A, C, E, K , Betik turut mengandungi ciri-ciri antioksidan yang baik untuk tubuh badan kita. Di samping itu, betik turut mempunyai komponen yang amat bagus untuk kulit dan rambut.

Enzim Papain yang terdapat dalam betik mampu menghilangkan tanda-tanda penuaan, kurangkan jerawat serta jeragat. Betik turut mempunyai kandungan mineral, vitamin dan enzim yang merangsangkan pertumbuhan dan menguatkan rambut.

 

3. Cempedak
Buah tempatan
Bagi mereka yang jarang ke pasar atau membeli buah cempedak, anda pasti akan mempunyai masalah dalam membezakan antara buah cempedak dengan buah nangka. Walaupun buah cempedak dan buah nangka agak sama namun yang membezakan antara mereka ialah bentuk mereka iaitu buah cempedak lebih panjang dan lonjong.
Seperti buah-buah tempatan lain, buah cempedak turut mengandungi pelbagai khasiat kepada tumbesaran manusia. Antara khasiat mereka ialah mengandungi bioflavanoid yang boleh mengubati penyakit seperti tumor.
Buah cempedak juga mampu mengubati penyakit malaria serta menghilangkan parasit dalam badan kita. Enzim dan bioflavanoid yang terdapat dalam buah cempedak mampu mengubati penyakit tersebut.
4. Ciku
Buah tempatan
Manilkara zapota atau lebih dikenali dengan nama buah ciku merupakan salah satu buah tempatan yang perlu anda tahu. Buah ciku juga dikenali sebagai buah sawa di Malaysia dan  ketinggian buah ciku ini boleh mencapai hingga 30 meter.
Buah ciku turut mengandungi pelbagai khasiat kepada manusia dan buah ciku ini dikenali sebagai buah untuk merawat masalah buasir. Cara merawat buasir dengan ciku adalah dengan mengambil buah ciku yang belum cukup tua, ditumbuk dan dicampur dengan sedikit air panas dan garam. Ianya harus diminum setiap hari sebelum sarapan untuk berkesan.

Selain merawat masalah buasir, ciku juga membantu dalam proses metabolisme dan pengeluaran enzim tubuh kerana ianya mengandungi elemen kalium, zat besi, asid folat, niacin dan asam pantotent yang membantu dalam proses tersebut.

 

5. Durian

Buah tempatan
Kredit: utaranews.com

Buah seterusnya yang perlu anda tahu sudah semestinya buah durian. Buah durian merupakan salah satu durian yang paling mudah untuk diketahui, carilah durian yang mempunyai duri dan itulah buah durian.

Durian turut dikenali sebagai Durio dalam bahasa sainstifiknya. Durio atau durian merupakan salah satu buah yang terdapat di Malaysia dan diklasifikasikan sebagai buah tempatan. Selain daripada buah, isi durian juga dibuatkan sebagai makanan seperti tempoyak dan juga durian goreng.

Terdapat pelbagai khasiat durian; antara khasiat tersebut ialah ianya boleh mencegah kemurungan sesorang kerana mengandungi kandungan Vitamin B6 yang tinggi serta mengubati anemia daripada elemen folat, tembaga dan zat besi yang terdapat dalam buah durian.

 

6. Mangga

Buah tempatan

Buah Mangga atau dalam bahasa latinnya “mangifera indica” berasal dari daerah bombay, India. Perdagangan yang telah dilakukan pada zaman british dahulu telah menyebabkan buah mangga kini berada di Malaysia.

Terdapat pelbagai jenis buah mangga dan antaranya ialah Mangga arumanis, mangga golek, mangga manalagi, mangga madu, mangga telur dan mangga gedung gincu. Saiz serta warna yang berbeza menyebabkan mangga merupakan salah satu buah yang agak unik.

Sama seperti buah-buah lain, buah mangga turut mempunyai khasiatnya yang tersendiri iaitu ia boleh mengatasi penyakit jantung kerana kandungan serat, vitamin serta kalium adalah baik untuk melindungi organ jantung. Selain itu, mangga turut berfungsi sebagai buah yang boleh mencegah asma kerana mengandungi beta karoten.

 

7. Rambutan

Buah tempatan
Kredit: citraceritaku.blogspot.com

Buah rambutan atau nama glamornya iaitu Nephelium lappaceum merupakan salah satu buah yang terdapat dengan kuantiti yang banyak diseluruh Malaysia. Buah yang bersaiz kecil ini wujud dalam dua warna iaitu warna merah yang bermaksud sudah masak dan warna kuning yang belum boleh di makan lagi.

Walaupun bersaiz kecil namun begitu buah rambutan penuh dengan pelbagai khasiat dan antara khasiatnya ialah menguatkan sistem imun badan. Kandungan tembaga dalam buah rambutan bermanfaat besar dalam pembuatan sel darah putih bertugas melawan berbagai virus, kuman serta bakteri yang membahayakan tubuh badan.

Selain itu, buah rambutan juga merupakan buah yang bagus dimakan bagi menurunkan berat badan yang efektif. Buah rambutan mengandung sumber serat dan air yang mengenyangkan tubuh dan membuat anda tidak mudah lapar.

 

8. Duku/Langsat

Buah tempatan

Lansium parasiticum atau nama mudahnya langsat merupakan salah satu buah yang agak unik kerana ianya sering kali dikelirukan dengan buah duku. Bagi mereka yang jarang ke pasar dan makan duku dan langsat, cara yang paling mudah untuk mengetahui antara mereka ialah langsat berwarna kuning manakala duku berwarna coklat.

Kalau tidak dapat membezakan antara kedua-dua buah ini tidak apa kerana mereka merupakan daripada rumbun keluarga yang sama serta mempunyai khasiat yang sama. Antara khasiatnya ialah menguatkan gigi. Kedua-dua buah ini mengandungi fosfor yang dapat membuat gigi menjadi kuat.

Sehubungan itu, buah ini juga boleh mencegah cirit-birit kerana Buah duku mengandungi serat yang berperan penting dalam pencernaan. Kandungan serat membantu melancarkan pencernaan tubuh serta baik.

 

9. Manggis

Buah tempatan

Buah manggis ialah buah tempatan yang terakhir bagi senarai kali ini. Nama saintifik bagi buah manggis ialah Garcinia mangostana. Buah yang berwarna ungu ini merupakan buah tropika dan mempunyai isi yang manis serta melekit.

Buah manggis mempunyai kandungan khasiat dan antaranya ialah mengandungi Cathechins, Polyphenols dan Polisakanida yang berkesan untuk menjadi ejen-antioksida semulajadi dan juga bahan anti-bakteria dan anti-kulat.

Selain itu, kulit mangga turut boleh digunakan bagi melancarkan haid. Mereka mengalami haid yang tidak teratur atau sakit, anda dinasihatkan minum rebusan kulit mangga bagi melancarkan kitaran haid anda.

 

 

Itulah merupakan 9 jenis buah tempatan yang anda harus tahu. Kita digalakkan makan buah-buahan tempatan kerana buah-buahan ini masih segar kerana khasiatnya lebih banyak serta banyak kerana kandungannya masih terpelihara.

Ingatlah jika ada yang bertanya kepada anda, jenis-jenis buah tempatan, jawablah mengikut senarai diatas.

print
Y. Helmy
Y. Helmy

Yusof Helmy is a lover of all things rainbow; be it from rainbow cupcakes to rainbow bagels. He believes that in order to enjoy and love food, one must throw the weighting scale in the trash and eat those who say that you are on the fluffier side ( He practise cannibalism sometimes ). He is on the journey of finding his joie de vivre.

Do good, eat good! Get 18 special heritage recipes at only US$1.99. 50% of all proceeds goes to Food Aid Foundation.

Sign up for Ramadhan x Food Aid Foundation

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Something is wrong.
Instagram token error.
Load More