8 Makanan yang Pasti Cairkan Pensyarah Anda

Zaman kolej dan universiti adalah masa yang terbaik bagi sesiapapun.Memori-memori indah yang dilakar, baik yang pahit mahupun manis, mampu membuatkan sesiapapun mengukir senyuman nostalgia dan sekaligus, membuatkan hari lebih ceria. Kalau kita berjaya harungi segala drama yang berlaku semasa belajar, kita berasa lebih yakin untuk jalani kehidupan dewasa tanpa kegusaran.

Dalam ramai ramai orang yang korang kenali atau temui semasa zaman kolej atau universiti, individu yang paling banyak memberikan kesan kepada diri anda ialah para pensyarah dan professor anda. Bak lilin yang bernyala, merekalah yang bersusah payah, bertungkus lumus mencurahkan ilmu supaya korang tak terkantoi dan terpaksa ulang kursus yang diambil. Merekalah yang bersusah payah memastikan bahan gorengan anda diterima dan masuk akal.

Jadi, kepada para pensyarah dan professor sekalian, terima kasih kerana banyak bersabar dengan kerenah pelajar yang tak cukup matang disamping sanggup berkorban masa, tenaga dan ada kalanya, waktu makan untuk pastikan kami berjaya. Oleh sebab itu, dalam nukilan kali ini, penulis menyeru anak-anak murid sekalian untuk cuba berbakti dengan guru-guru mereka melalui 8 resipi yang menyelerakan dan mudah untuk disediakan.

Hari Guru masih jauh tetapi apa salahnya sekali sekala korang tunjukkan rasa terima kasih dengan makanan. Pensyarah korang pasti terharu teruk punya dan mana tahu, atas keikhlasan hati korang itu, hari korang datang lambat atau hantar tugasan lewat, pensyarah korang tutup sebelah mata saja.

“Tak poyo sangat buat macam itu?”

Bukan poyo, Cuma jadi lain dari yang lain. Belum cuba belum tahu, bukan?

 

Mulakan Hari Dengan 2 Resipi Sarapan Ini…

Sarapan itu penting. Hari takkan lengkap kalau tak bersarapan. Cuba tengok budak dalam iklan Milo itu. Punyalah tak bersemangat kalau dia tak bersarapan. Sama ada korang memang kena makan sarapan atau tak, korang masih kena bangun pagi sebab MESTI ada SATU pensyarah korang yang cukup suuuukkkaaaaa buat kelas pagi. Kalau taka da slot kelas pagi dia, korang mesti pelik. Beliaulah yang paling ceria (atau paling garang) untuk lihat muka korang pagi-pagi. Dah alang-alang bangun tu, rajinkanlah diri buat sarapan untuk pensyarah tersayang. Pasti 9 / 10 kali beliau datang ke kelas dengan perut kosong. Tak perlu buat makanan hebat-hebat. Yang mudah dan senang itulah yang kadang-kadang paling bermakna.

 

Roti telur

Sumber: Gambar oleh Kirby Barth / spoonuniversity.com

Roti dan pelajar uni tak dapat dipisahkan. Itulah makanan ruji pelajar baik yang nak berbajet atau nak berdiet. Selalunya, korang mesti susah nak habiskan sebuku roti yang korang beli. Last-last berkulat atas almari. Kalau korang tak suka membazir, gunalah cara yang mudah dan senang untuk sediakan hidangan roti telur lazat untuk anda dan pensyarah anda. Serius, usaha korang takkan sia-sia punya. Cubalah resipi roti telur yang menjilat jari di sini.

 

Roti Bakar Berkeju

Sumber: Gambar oleh Kirby Barth / spoonuniversity.com

Ini satu lagi resipi roti yang memang meleleh air liur kalau cuba. Keju dan roti memang satu kombinasi yang meletup. Yang menariknya, roti keju ini biasanya benarkan kita untuk bereksperimen dengan bahan-bahan yang nak diletak dalam roti. Jangan terlalu nak bereksperimen, nanti muntah hijau pula. Kalau tak ada idea nak guna bahan apa, boleh cuba resipi ini.

 

Hidangan Tengahari Enak Dalam 5 minit…

Semasa belajar, waktu tengah hari itu, otak dah tak boleh berfungsi sebab sel-sel neuron tak bersambung dek kekurangan nutrisi. Jadi, waktu tengah hari itu, otak dah fikir pasal makan dah.

Tapi,masalah orang Malaysia ini, soalan paling susah nak jawab adalah nak makan mana.

Kadang-kadang boleh ambil masa setengah jam nak buat keputusan. Akibatnya, gopoh makan. Tak nikmat langsung. Kalau korang pun macam itu, bayangkan pensyarah korang yang terkejar sana sini. Kalau korang nak enjoy makan makanan korang dengan aman, cubalah 2 resipi mudah di bawah.

Mini piza

Sumber: Emily Hu / spoonuniversity.com

Siapa yang tak suka piza? Kalau boleh makan piza setiap hari memang seronoklah kan. Bagi yang berdiet, tak ramai yang tahu bahawa piza satu makanan yang baik untuk korang yang nak kuruskan badan. Kalau korang buat sendiri, korang boleh letakkan benda yang korang mahu. Macam itu, terkawallah sikit lemak-lemak yang diternak di badan. Siapa kata piza mahal? Korang boleh guna apa-apa bahan sekalipun dan hasilnya tetap sedap. Tak percaya? Gunalah resipi ini.

Wrap

Sumber: Bari Blanga / spoonuniversity.com

Kalau dah bosan makan mini piza, cuba resipi wrap ini pula. Mudah nak dibuat dan dibawa, korang letak ja apa-apa yang korang nak, bungkus dan siap. Tak renyah dan mudah dimakan dengan sekali ngap. Ini memang sesuai untuk korang yang sentiasa lari sana sini dan tak sempat nak duduk rehat pun. Resipi sini.

 

Snek Sihat

Masa belajar, sesetengah orang akan naik badan. Sebab apa? Sebab kerja asyik mengunyah jajan yang tak sihat. Kalau korang takut naik berkilo, buatlah snek-snek mudah di bawah dan pada masa yang sama buat rakan-rakan lain terpegun tengok korang makan sedap dalam kelas.

Yogurt Buah

Sumber: Anna Loh / spoonuniversity.com

Nak badan cantik, kulit cantik dan segalanya cantik? Makanlah yogurt banyak-banyak. Janganlah beli yang dah siap.Gula banyak dia guna. Kalau buat sendiri, korang tahu sangat tiada gula yang diletakkan kecuali gula yang ada dalam buah. Korang letak dalam balang dan susun yogurt berselang seli dengan bahan lain yang korang nak. Cubalah pasti sedap.

 

Ubi Bakar

Sumber: Amanda Schulman / spoonuniversity.com

 

Daripada korang berhabis duit beli keropok yang separa angin dan menggemukkan, korang beli ubi dan panggangkan ubi itu.

Siapa yang pernah tengok video lelaki turki yang buat ubi panggang leleh yang menggoda jiwa, korang boleh tiru beliau dan buat snek yang takkan buat korang lapar sampai malam. Malas nak pergi KFC, tak kisahlah. Korang ada resipi yang lagi baik!

  

Pencuci Mulut Coklat

Siapa yang tak sukakan coklat. Dengar saja perkataan “coklat”, dah boleh terbayang dan coklat cair dalam mulut. Bagi hantu coklat, cubalah resipi mudah di bawah dan goda hati tersayang atau pensyarah (kalau nak markah lebih) dengan dua resipi di bawah.

Bar Coklat Beinti Mentega Kacang

Sumber: Joyful Healthy Eats

Korang tahu kan betapa mahalnya “power bar” kat pasar raya. Sebagai pelajar, korang hanya mampu berhu-hu setiap kali lalu di ruangan kedai yang ada benda alah ini. Sekarang, korang tak payah nak gigit jari tengok. Ada satu resipi mudah untuk korang ikuti dan buat banyak-banyak tanpa perlu berhabis banyak wang. Korang nak letak apa-apa pun boleh sebab “power bar” itu korang punya.

 

Bebola Coklat

Sumber: Love and Bellinis

 

Oh, bebola coklat yang enak….Tak perlu banyak ceritalah. Kalau korang suka Nutella atau sapuan coklat daripada jenama lain, bolehlah cuba resipi ini. Rasa enak dia tak terkata. Tak perlu tunggu Valentine’s Day atau pergi Langkawi kalau nak makan coklat kaw-kaw.

Itu dia 8 resipi mudah untuk korang cuba. Kalau korang rajin dan teringin dan buat pensyarah korang terharu teruk, resipi-resipi ini takkan mengecewakan anda. Selamat mencuba dan jangan lupa kongsi, komen dan beritahu kami apa hasilnya!

 

print
Azrene Jasmine
Azrene Jasmine

Azrene Jasmine is a Penangite with a stomach of gold. Though currently she is in a love/hate relationship with the weighing scale, Azrene truly believes that every woman should choose a hunk of juicy steak over a bowl of salad on the first date because steaks are awesome and what man can resist a woman with a healthy appetite?

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Something is wrong.
Instagram token error.
Load More