8 Lokasi Korban di Lembah Klang untuk Pengalaman Korban Sebenar

Kredit: nurafifi.blogspot.com

Tidak pulang ke kampung pada Hari Raya Aidiladha ini? Jangan risau, terdapat beberapa masjid sekitar Lembah Klang yang mengimarahkan suasana hari raya korban dan anda berpeluang untuk menjadi sebahagian dari suasana tersebut. Hari Raya Aidiladha hanya setahun sekali bukan? Oleh itu, jangan jadikan hari raya korban anda hari cuti percuma semata-mata. Gunakan peluang ini untuk memeriahkan suasana di masjid di samping menerima ilmu tentang sambutan Hari Raya Aidiladha.

 

Tatacara Menyambut Hari Raya Aidiladha

Pada pagi Hari Raya Aidiladha iaitu pada 22 Ogos bersamaan dengan 10 Zulhijjah, mulakan pagi anda dengan memandi sunat Aidiladha dan memakai pakaian yang baru dah bersih untuk menunjukkan tanda syukur kepada Allah SWT. Anda disunatkan untuk memakai wangian dan haruman.

Sama seperti hari raya puasa, jangan lupa untuk bermaaf-maafan di antara ahli keluarga dan sanak saudara. Setelah selesai, pergilah ke masjid untuk menunaikan solat Aidiladha dan selepas itu, saksikan upacara korban yang berlangsung. Hari raya korban begitu meriah sekali jika disambut di masjid kerana upacara korban sangat menggalakkan gotong-royong di antara masyarakat.

Jika anda mahukan sedikit kelainan, jemput menziarahi masjid-masjid ini untuk sambutan Hari Raya Aidiladha yang memeriahkan.

1. Masjid Negara Kuala Lumpur

Kredit: trover.com

Masjid ini terletak di pusat bandar Kuala Lumpur dan boleh menampung lebih daripada 15,000 jemaah. Lokasinya yang senang dicapai membuatkan masjid ini menjadi tumpuan penduduk di Lembah Klang. Oleh itu, masjid ini memang meriah sekali apabila menyambut hari raya korban yang kadang kala turut disertai oleh orang kenamaan.

Alamat: Jalan Perdana, Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur

 

2. Masjid Wilayah Kuala Lumpur

Kredit: mosquevisit.tk

Masjid Wilayah juga tidak kurang popularnya di kalangan penduduk Lembah Klang. Masjid ini merupakan buah idea Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed yang terletak di kompleks kerajaan Jalan Duta. Masjid ini mempunyai konsep seni bina yang sangat menarik. Kubahnya yang berwarna firus memang menyejukkan mata si pemandang.

Siapa sahaja yang tidak mahu menyambut hari raya korban di masjid yang cantik sebegini?

Alamat: Jalan Sultan Mizan Zainal Abidin, Kompleks Kerajaan, 50480 Kuala Lumpur

 

 

3. Masjid Putra Putrajaya

Kredit: tarekat.org

Masjid Putra merupakan salah satu masjid yang tercantik dan terkenal di Putrajaya. Lokasinya yang terletak di sekitar tasik buatan Putrajaya membuatkan masjid ini mempunyai suasana yang menyamankan. Sememannya masjid ini sesuai sekali untuk mereka yang menetap di kawasan Putrajaya untuk menyambut Hari Raya Aidiladha.

Alamat: Persiaran Persekutuan, Presint 1, 62502 Putrajaya

 

4.  Ara Damansara, Petaling Jaya

Kredit: Wikimapia

Apabila kebanyakan masjid mempunyai konsep seni bina yang Islamik, Masjid Ara Damansara pula mempunyai konsep seni bina yang moden membuatkan masjid ini lain daripada yang lain. Bagi mereka yang menetap di sekitar Petaling Jaya, jangan melepaskan peluang untuk menyambut hari raya korban di salah satu masjid terunik di Lembah Klang. Disamping menunaikan ibadah, anda juga boleh menikmati kecantikan masjid ini.

Alamat: 3, Jalan PJU 1/37, Taman Putra Damai, 47301 Petaling Jaya, Selangor

 

 

5. Masjid Darul Ehsan, Subang Jaya

Kredit: jais.gov.my

Masjid Darul Ehsan yang terletak di SS15 ini juga mempunyai seni bina yang mempunyai konsep moden. Percayakah anda masjid ini dibina pada 1985? Tepat sekali. Banyak perubahan yang dilakukan pada masjid ini sejak tahun lahirnya. Namun begitu, masjid ini masih mempunyai pengunjung setia. Jika anda menetap di kawasan Subang Jaya, jemput hadir ke masjid ini untuk memeriahkan lagi suasana. Tempat letak kereta juga mudah didapati di kawasan masjid.

Alamat: Jalan SS 15/2e, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor

 

 

6. Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam

Kredit: Thousand Wonders

Masjid yang dibina pada 1988 ini merupakan masjid terbesar di Malaysia dan kedua terbesar di Asia Tenggara. Sangat menakjubkan, bukan? Bukan itu sahaja, masjid ini juga berkonsepkan kubah kaca berwarna biru dan bahagian dalamnya pula mempunyai unsur Melayu. Keunikan seni bina masjid ini menjadikan masjid tumpuan bukan sahaja penduduk Shah Alam tetapi orang yang menetap di kawasan lain. Memang tidak mustahil masjid ini mempunyai sambutan hari raya korban yang sangat meriah!

Alamat: Persiaran Masjid St., Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

 

 

7. Masjid Sultan Sulaiman, Klang

Kredit: langkasa-norul.blogspot.com

Masjid Sultan Sulaiman merupakan masjid diraja Selangor yang telah dibina pada 1932 oleh kerajaan British. Walau bagaimanapun, masjid ini baru sahaja dibuka kembali kepada orang ramai pada tahun 2017. Wajah baru masjid ini sungguh mengagumkan walaupun gaya seni bina aslinya dipelihara. Jika anda menetap di kawasan Klang ataupun anda mahukan sedikit kelainan bagi raya haji tahun ini, ayuh menuju ke Masjid Sultan Sulaiman yang mempunyai banyak sejarah. Hari raya korban anda tahun  ini pasti akan menjadi lebih bermakna.

Alamat: Jalan Raya Timur, Kawasan 1, 41000 Klang, Selangor

 

 

8. Masjid Bukit Indah, Ampang

Kredit: mapio.net

Jika anda mahukan masjid yang lebih kecil dan mempunyai semangat komuniti, inilah masjidnya! Masjid Bukit Indah bukan sahaja cantik, malah masjid ini juga pengunjung-pengunjung yang setia. Terletak di subbandar, masjid ini tidak sesak dengan orang ramai tetapi masih mempunyai kemeriahan raya haji kerana penduduk-penduduk di kawasan yang terdekat.

Alamat: Jalan Bukit Indah 2/10, Taman Bukit Indah, 68000 Ampang, Selangor

 

 

Semua masjid-masjid yang tertera di atas akan menyambut hari raya korban dengan melakukan ibadah korban. Dengan mengunjungi masjid, kita berpeluang untuk mengamalkan ibadah disamping menambah ilmu tentang ibadah korban. Sambutan hari raya haji di masjid juga sangat menekankan semangat gotong-royong yang mampu mengeratkan silaturrahim di antara umat Islam.

Ayuh, marilah kita memeriahkan suasana sambutan Hari Raya Aidiladha! Selamat menunaikan ibadah korban dari Butterkicap.

print
Aisya Khairain
Aisya Khairain

Aisyatul is an adventurous eater who eats pretty much anything and everything except for nasi lemak burger. With that said, she is a nasi lemak purist but feel free to change her mind. If she goes missing, she's probably hiding out in a mamak with a plate of maggi goreng and a glass of teh o ais. When she's not busy eating food, she writes about them.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Something is wrong.
Instagram token error.
Load More