7 Resepi Kegemaran Si Cilik untuk Hari Raya Korban

Kredit: GoGabo

Raya Haji bakal tiba tidak lama lagi, dan anda mungkin ketandusan idea hidangan apa yang harus disajikan untuk anak anda. Ya, mana mungkin anda tidak risau bukan?

Kanak-kanak amat memilih apabila ditanya makanan apa yang digemari. Ibu dan bapa di luar sana usah khuatir lagi kerana kami bakal  menyenaraikan resepi makanan yang bersesuaian dengan citarasa anak anda.

Jika anda inginkan kelainan pada Hari Raya Haji kali ini,  7 resepi khas untuk si cilik anda ini pasti membuatkan kemeriahan sambutan korban tahun ini lebih bermakna buat anda dan keluarga. 

Apa anda tunggu lagi? Si cilik dah lapar! Ayuh mama dan papa ke dapur.


1.  Lasagna

Kredit: whitneybond.com

Bahan-Bahan

  • Kepingan pastri segera
  • 2 cawan keju mozarella, diparut
  • 2 cawan keju parmesan, diparut
  • 300g daging kisar
  • 379g sos marinara
  • 3 sudu besar minyak zaitun ekstra dara
  • 1 biji bawang besar, dicincang halus
  • 4 biji bawang putih, dicincang halus
  • 1 biji lada benggal, dipotong dadu
  • 6 cendawan butang, dihiris
  • 1 cawan lobak merah, dipotong dadu
  • 1/2 sudu besar lada hitam
  • Garam dan gula secukup rasa

 

Cara-Cara

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali atas api sederhana besar dan tumis bawang sehingga layu. Masukkan bawang putih dan daging ayam kisar. Goreng sehingga daging ayam hilang kelembapan.
  2. Masukkan lada hitam dan cendawan butang ke dalam kuali. Selepas cendawan sudah  masak sepenuhya, masukkan lada benggala, lobak merah dan sos marinara.
  3. Masak sehingga lobak merah lembut dan perasakan dengan garam serta gula secukupnya. Jika kuah terlampau kering, masukkan 1/2 cawan air.
  4. Panaskan ketuhar pada suhu 180°C.
  5. Lumurkan mentega dalam bekas kaserol sepenuhnya. Susun kepingan pastri dengan teliti.
  6. Tuang sedikit sos bolognese dan lumurkan secara rata ke semua bahagian. Tambah keju Mozarella dan Parmesan parut. Ulang langkah 5 dan 6 sehingga habis. Tutup  bekas kaserol dengan tin aluminum.
  7. Bakar dalam ketuhar selama 25 minit sehingga permukaan lasagna berubah keperang-perangan.

 

 

2. Karipap Daging

Kredit: thedomesticgoddesswannabe.com

Bahan-Bahan

Bahan Inti
  • 250g kentang, dipotong dadu
  • 150g bawang besar, dipotong dadu
  • 200g daging cincang

Bahan Tumbuk
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1/4 inci halia
  • 1/4 sudu besar jintan manis
  • 2 sudu besar serbuk kari daging
  • 1 sudu besar minyak
  • 1/4 batang kulit kayu manis
  • 1 sudu teh gula
  • 1 sudu teh garam
  • 175ml air

 

Bahan Doh’
  • 250g tepung gandum, diayak
  • 1/4 sudu besar garam
  • 50g mentega
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan ais
  • 125ml air
  • Minyak untuk menggoreng
  • 1/4 mangkuk tepung tambahan untuk mencanai

 

Cara-Cara

Inti
  1. Masukkan 2 sudu besar minyak dan panaskan minyak atas api sederhana.
  2. Apabila minyak sudah panas, tumis kulit kayu manis hingga kembang. Masukkan bahan tumbuk dan kacau sehingga wangi. Apabila sudah garing, kecilkan api dan masukkan serbuk kari daging. Kacau perlahan-lahan hingga menjadi gumpalan.
  3. Masukkan daging yang telah dicuci dan gaul sehingga sebati. Masukkan garam.
  4. Kemudian, masukkan air dan biarkan mendidih hingga daging menjadi agak kering. Masukkan gula dan kentang.
  5. Kacau sehingga inti mula mengering. Masukkan bawang yang dipotong dadu dan kacau selama 2-3 minit. Angkat dan sejukkan.

 

Doh 
  1. Masukkan tepung dalam mangkuk.
  2. Masukkan garam dan ais ke dalam air dan kacau rata.
  3. Gaul tepung dengan telur hingga mencapai konsistensi serbuk roti.
  4. Panaskan mentega di dalam kuali yang diletakkan atas api kecil hingga berbuih. Kemudian, masukkan ke dalam tepung yang sudah digaul.
  5. Gaul adunan lagi menggunakan hujung jari. Masukkan sedikit demi sedikit air ais bergaram dan gaul hingga menjadi doh.
  6. Berhenti menambah air apabila doh sudah terhasil. Rehatkan doh selama  1 jam.
  7. Bahagikan doh pada 2 bahagian. Setiap bahagian menghasilkan lebih kurang 13 biji karipap.
  8. Ambil 1 bahagian dan canai nipis di atas landasan bertepung. Gulung dengan ketat dan golek hingga menjadi bentuk silinder.
  9. Potong gulungan silinder tadi hingga mendapat 10 hingga 12 ketul.
  10. Canai setiap ketulan doh sehingga 2mm nipis dan letakkan 1 sudu besar inti di atas doh.
  11. Tutup dan picit tepiian doh untuk menutup inti yang diisi, Kelim kemas-kemas untuk mengelakkan kebocoran semasa menggoreng. Ulang proses 10 dan 111 hingga habis doh.
  12. Goreng karipap yang siap dikelim di dalam minyak penuh di atas api sederhana besar hingga kuning keemasan.
  13. Apabila sudah masak, angkat karipada dan letakkan atas pinggan yang dilapik tisu dapur untuk menyerap lebihan minyak.

 

 

3. Bergedil Daging

Kredit: gedungresepi2u

 

Bahan-Bahan

  • 150g daging kisar
  • 500g ubi kentang, dibuang kulit dan dipotong dadu
  • 2 biji cili merah, dihiris halus
  • 1/2 biji bawang besar, dipotong dadu
  • 2 sudu besar bawang goreng
  • 2 tangkai daun sup, dihiris halus
  • 1/2 sudu teh lada sulah
  • 1 biji telur ayam
  • sedikit garam

Cara-Cara

  • Dalam kuali, letakkan 3 sudu besar minyak dan panaskan atas api sederhana besar. Apabila minyak sudah panas, masukkan ubi yang dipotong dadu dan goreng sehingga empuk. Angkat ubi dan toskan. Ketepikan ubi dan biar ubi menyejuk.
  • Dalam kuali yang sama, tumis bawang besar yang dipotong dadu. Kemudian, masukan daging kisar dan masak selama 5 minit. Angkat dan ketepikan.
  • Lenyekkan ubi menggunakan pelenyek atau sudu sehingga halus. Masukkan hirisan cili merah,  daging kisar, daun sup, lada sulah, bawang goreng dan garam secukup rasa.
  • Setelah siap menggaul kesemua bahan sehingga sebati, jadikan bentuk bulat-bulat dan tekan perlahan untuk leperkan sedikit.
  • Pecahkan sebiji telur dalam mangkuk berasingan dan kacau rata menggunakan garfu. Celup begedil di dalam telur dan goreng di dalam minyak penuh yg sudah dipanaskan di dalam kuali.
  • Goreng hingga begedil menjadi kuning keemasan. Angkat dan letakkan di atas pinggan yang dilapik tisu dapur untuk menyerap lebihan minyak.

 


4. Wrap Daging

Kredit: kidseatbyshanai.com


Bahan-Bahan

  • 250g daging kisar
  • 4 keping roti tortilla  
  • 1 biji bawang besar, dihiris nipis 
  • 3 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 1/2 biji lobak merah, dipotong dadu
  • 1/2 biji tomato, dipotong dadu
  • 1/4 cawan parutan keju Mozarella
  • Garam
  • Sos lada hitam
  • Sos cili

 

Cara-Cara 

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali atas api sederhana besar. Apabila minyak sudah panas, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga wangi.
  2. Masukkan daging kisar dan kacau rata bersama bawangyang ditumis sehingga air kering. 
  3. Apabila daging sudah mula kering, masukkan sos lada hitam dan garam secukup rasa.
  4. Masukkan potongan lobak dan tomato dan kacau rata sehingga masak.  Padamkan api dan ketepikan. 
  5. Sediakan tortilla di atas pinggan, sapukan sedikit sos cili atau tomato di atas tortilla. Anda juga boleh letakkan mayonis, jika mahu.
  6. Letakkan inti daging kisar yang sudah dimasak di atas tortilla. Tabur keju Mozarella dan gulung tortilla tersebut.
  7. Panaskan di dalam selama 5 minit pada suhu 100 darjah celcius dan hidangkan.

 

 

5. Popia Daging

Kredit: Taste.com

 

Bahan-Bahan

  • 200g daging kisar
  • 100g kacang panjang, dihiris nipis
  • 1 bungkus kulit popia
  • 1 biji bawang besar, dicincang halus
  • 1/2 batang lobak merah, dihiris halus
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 2 ulas bawang putih, dicincang halus
  • Garam

 

Cara-Cara

  1. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga perang dan wangi.
  2. Masukkan daging kisar. Gaul rata dan masukkan kacang panjang serta lobak merah.
  3. Masukkan serbuk lada hitam dan garam secukup rasa.
  4. Apabila inti popia sudah masak, angkat dan ketepikan untuk biarkan inti menyejuk.
  5. Anda boleh mula untuk menggulung popia setelah inti sudah sejuk.
  6. Masukkan inti di atas kepingan pastri, Gulung popia sehingga tinggal 1 cm doh. Letakkan sedikit air dan gulung popia agar gulungan tidak terbuka.
  7. Panaskan minyak atas api sederhana besar dan goreng sehingga kekuningan.
  8. Hidangkan bersama sos dan mayonis.




6. Burger Malaysia

Kredit: theperfectbiteco.com

 

Bahan-Bahan

Doh
  • 1 sudu besar mentega
  • 400g tepung gandum
  • 1/2 paket yis, dikembangkan dalam air suam
  • 2 sudu besar susu
  • 2 sudu besar gula
  • Sedikit garam
  • 1/4 cawan air untuk mencanai doh

 

 

Sambal
  • 100g cili kering, digunting, dibuang biji dan direbus
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 3 sudu besar gula
  • 1 sudu pes asam jawa
  • 150g daging cincang
  • Minyak masak untuk menumis
  • Garam secukup rasa

 


Cara-Cara

Doh
  1. Dalam satu mangkuk, masukkan yis yang sudah kembang dan satu sudu kecil gula. Kacau hingga larut dan biarkan hingga berbuih.
  2. Masukkan tepung ke dalam mangkuk, buat lubang di tengah dan masukkan semua bahan dan uli hingga lembut.
  3. Biarkan doh rehat selama 30-40 minit. Apabila doh sudah mengembang, tumbuk doh perlahan-lahan untuk buang lebihan angin. Kemudian bentukkan doh bulat-bulat kira-kira 3cm lebar.
  4. Biarkan doh-doh kecil rehat sekali lagi sehingga kembang.
  5. Atas api sederhana besar, masukkan minyak penuh di dalam kuali. Tunggu selama 2 minit sehingga minyak mula berbuih dan masukkan doh. 
  6. Goreng doh sehingga kuning keemasan. Angkat dan letakkan di atas pinggan berlapik tisu.
  7. Apabila doh sudah sejuk, belah agar boleh dibuka untuk meletakkan sambal.
Sambal
  1. Kisar bawang merah dan bawang putih dan bawang besar.
  2. Panaskan kuali atas api sederhana besar. Masukkan 2 sudu besar minyak dan masukkan bawang yang dikisar. Tumis sehingga menjadi keperangan dan naik minyak
  3. Masukkan gula, garam dan asam jawa. Biarkan sehingga naik minyak dan masukkan daging cincang. Kacau dan biarkan daging masak sepenuhnya.
  4. Apabila sambal sudah siap, ketepikan dan sejukkan.
  5. Dengan menggunakan sudu besar, cedok sambal daging dan letak di bahagian doh goreng yang sudah dibelah dua. Anda boleh meletakkan hirisan telur rebus dan timun, jika mahu.

 

 

7. Makaroni Daging 

Kredit: eatingwell.com

Bahan-Bahan

  • 450g makaroni, direbus hingga lembut
  • 450g daging cincang
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan bawang besar, dipotong dadu
  • 1/2 cawan lada benggala, dipotong dadu
  • 1/2 cawan puri tomato
  • 3 sudu besar pes tomato
  • 1/2 sudu teh serbuk daun selasih kering
  • 3 cawan keju Cheddar parut
  • 1/4 cawan keju Parmesan parut
  • 3 sudu besar daun parsli segar, dicincang
  • Garam dan lada hitam


Cara-Cara

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 190°C.
  2. Dalam kuali, panaskan 3 sudu besar minyak atas api sederhana besar, tumis bawang putih dan bawang besar sehingga wangi dan masukkan daging cincang. Kacau sehingga daging masak sepenuhnya.
  3. Masukkan lada benggala, daging, makaroni, puri tomato, tomato hancur, pes tomato, serbuk daun selasih, garam, lada hitam, 1 cawan keju Cheddar dan 2 sudu besar daun segar pasli. Gaul rata.
  4. Masukkan campuran tersebut ke dalam bekas kaserol.
  5. Taburkan keju Parmesan dan baki daun parsli di atas makaroni dalam kaserol. Bakar dalam ketuhar selama 35-40 minit atau sehingga keju bertukar kuning keemasan.

 

Jangan Lupa Mencuba

Resepi-resepi  di atas menarik bukan? Dengan bahan seperti daging sahaja kita boleh membuat sajian yang pelbagai terutamanya sajian untuk Raya Haji yang bakal tiba tidak lama lagi. Resepi di atas adalah khusus untuk ibu bapa yang inginkan kelainan buat anak mereka.

Ingin gambar masakan dan si cilik anda dipapar di laman web kami? Jangan lupa untuk sertakan #butterkicap pada kapsyen laman sosial anda seperti twitter dan instagram.

print
Sabrina Amran

Sabrina Amran, a precarious girl in her 20s who loves anything that screams ‘food!’ . She is convinced that food-romance is real and the only form of true love on planet earth. From day one, she knows she’ll find true love if she follows her passion, which is none other than eating! From Curry to Coffee to Cinnamon Rolls, she consumes almost everything edible but not everything la (obviously!). This is Sabrina, a girl in her 20s, she is most definitely ready to explore the world of cuisine and more with her audacity.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.