7 Resepi Bajet untuk Daging Lebihan Dalam Peti Sejuk

Kredit: chrisbyrnes.com

Masih ada banyak stok daging lebihan dalam peti sejuk anda?

Jangan risau, artikel Butterkicap ini akan membantu memberikan idea kepada anda untuk habiskan segala baki daging beku dalam peti sejuk anda sebelum tibanya Tahun Baru!

 

Tiada Idea, Daging Basi

Lazimnya, jika bekalan daging yang tersimpan dalam peti sejuk anda masih banyak, maksudnya anda sudah mati akal untuk mencari menu berdaging yang anda mahu sediakan.

Jikalau anda tidak tahu menu yang ingin disediakan dan perlu cepat-cepat habiskan stok daging lebihan anda, saya ada 7 cadangan untuk anda cuba sediakan di rumah.

Siapa yang nak berjimat kos dan kenyang perut, inilah artikel untuk anda!

 

1. Gulai Tetel

Kredit: patyskitchen.blogspot.com

Bagi yang tidak tahu, tetel merujuk kepada lebihan bahagian berurat, bertulang dan berlemak. Daging tetel, walaupun kenyal dan liat, tetapi memberikan perisa yang cukup menyelerakan apabila dimasak sebagai lauk berkuah.

Untuk golongan kali pertama ingin mencuba memasak bahagian tetel ini, resipi gulai tetel ini adalah yang paling sesuai untuk anda cuba.

 

Bahan-Bahan

  • 500g daging tetel, direbus hingga empuk
  • 2 hiris nangka, dipotong dadu dan rebus hingga empuk
  • 1/2 paket rempah kari daging
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan air rebusan daging
  • garam dan gula secukup rasa
Bahan Tumis
  • 6 biji bawang merah, dihiris nipis
  • 3 ulas bawang putih, dihiris nipis
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 tangkai daun kari

 

Cara-Cara

  1. Masukkan 1/2 senduk minyak ke dalam periuk dan panaskan minyak atas api sederhana besar.
  2. Masukkan rempah daging dan tumis selama 1-3 minit.
  3. Masukkan daging yang sudah direbus. Kacau rata agar daging disalut rempah.
  4. Apabila daging berempah sedikit memerang, masukkan air rebusan daging. Kacau sehingga mula mendidih dan masukkan santan pekat. Anda boleh masukkan 1/2 cawan air untuk kurangkan kepekatan kuah, jika mahu.
  5. Apabila kuah mula mendidih, masukkan santan. Perasa dengan garam dan gula. Perlahankan api supaya kuah mereneh.
  6. Dalam kuali berasingan, masukkan dua sudu besar minyak dan panaskan atas api sederhana besar. Masukkan bahan tumis sehingga naik wangi.
  7. Kemudian, masukkan bahan tumis ke dalam periuk kuah. Kacau dan biar kuah mereneh sehingga pecah minyak.

 

2. Bebola Daging

Kredit: Tabitha Talks Food

Daging lebihan lazimnya, dalam cebisan-cebisan kecil dan kadangkala, boleh membuatkan anda berasa pening kepala kerana tidak cukup untuk sediakan lauk. Jangan takut anda terpaksa buang daging tersebut.

Ada cara untuk anda selamatkan daging tersebut. Sediakan sahaja bebola daging anda sendiri dan boleh dinikmati dalam pelbagai cara. Tambahan pula, anak-anak anda pasti berasa teruja apabila mendengar menu makan malam anda hari ini.

 

Bahan-Bahan

  • 500g daging, dikisar halus
  • 1/2 biji bawang besar, dipotong dadu
  • 1 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 1 sudu besar tepung ubi
  • 1 biji telur, dipukul
  • 1/2 sudu teh lada hitam
  • 1/2 sudu teh lada sulah
  • 1/2 sudu teh garam
  • 3 tangkai daun sup, dihiris nipis

 

Cara-Cara

  1. Masukkan daging kisar ke dalam mangkuk besar.
  2. Masukkan, bawang besar,  bawang putih, tepung ubi, lada hitam, lada sulah, daun sup dan garam ke dalam mangkuk. Gaul semua bahan sehingga sebati.
  3. Masukkan telur sedikit demi sedikit sehingga konsistensi daging cukup tetap untuk dibulatkan.
  4. Bulatkan daging
  5. Simpan daging yang sudah dibulatkan ke dalam bekas kedap udara dan sumpan dalam peti beku.

3. Serunding Daging

Kredit: www.kuali.com

Bagi peminat makanan kering, resipi serunding daging ini adalah yang paling sesuai untuk anda habiskan daging lebihan yang tersembunyi di ceruk peti beku anda. Selain daripada cepat dan ringkas untuk disediakan, serunding daging ini dapat bertahan lama dan penyelamat utama anda apabila tiba musim ‘poket kering’.

 

Bahan-Bahan

  • 500g daging
  • 250g santan pekat
Bahan Rebus
  • 20 biji cili kering
  • 1 sudu besar biji ketumbar
  • 1 sudu besar jintan putih
Bahan Kisar
  • 3 biji bawang merah
  • 5 biji bawang putih
  • 4cm lengkuas
  • 3 batang serai
  • 4cm halia
  • 2 sudu besar gula merah
  • 1 sudu besar garam

 

Cara-Cara

  1. Potong daging menjadi ketulan besar.
  2. Masukkan air sehingga 3/4 periuk. Letakkan periuk di atas api sederhana besar. Masukkan ketulan daging dan rebus hingga empuk. Selepas siap, Tapiskan air rebusan.
  3. Dalam periuk berasingan, rebus cili kering, ketumbar dan jintan putih selama 10-15 minit. Apabila cili sudah lembut, keluarkan bahan rebusan.
  4. Kisar bahan kisar bersama cili kering, ketumbar dan jintan yang direbus.
  5. Siatkan daging menjadi jaluran halus dan letakkan dalam mangkuk.
  6. Masukkan 2 sudu besar minyak ke dalam periuk dan panaskan atas api sederhana besar.
  7. Masukkan santan dan bahan kisar. Kacau rata.
  8. Masukkan gula dan garam.
  9. Apabila kuah hampir kering, masukkan daging yang disiat dan kacau rata.
  10. Kecilkan api dan kacau daging sehingga menjadi kering.

 

4. Kerabu Daging

Kredit: fizalgk.blogspot.com

Kalau anda ingin cuba mengamalkan diet yang lebih sihat tetapi tidak dapat tinggalkan makanan berdaging, resipi ini adalah untuk anda. Bukan sahaja anda dapat mulakan amalan diet sihat, anda juga dapat habiskan daging lebihan yang semakin hari, semakin dilupakan dalam peti beku anda. Semua menang!

 

Bahan-Bahan

  • 250g daging batang pinang
  • 2 biji limau nipis, diperah jus
  • 1cm halia, diketuk
  • 1/2 batang serai, diketuk
  • 1 sudu besar lada hitam
  • Garam dan gula secukup rasa
Bahan Hiris
  • 4 biji cili merah
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 batang serai
  • 1 tangkai daun ketumbar

 

Cara-Cara

  1. Masukkan air hingga 1/2 periuk dan panaskan atas api sederhana besar. Masukkan daging, halia, serai, lada hitam dan 1/2 sudu teh garam. Biar daging rebus sehingga empuk dan lembut. Keluarkan daging dan ketepikan.
  2. Biar daging menyejuk dan hiriskan daging nipis-nipis.
  3. Masukkan bahan hirisan ke dalam mangkuk berisi hirisan daging. Gaul rata.
  4. Letakkan garam dan gula secukup rasa.

 

 

5. Spageti Daging Cincang

Kredit: tasteofhome.com

Resipi ini ialah resipi yang wajib ada dalam buku setiap tukang masak malas atau golongan dara dan bujang. Kalau tiada dalam simpanan anda, tidak mengapa! Rujuklah resipi yang saya sediakan ini.

 

Bahan-Bahan

  • 200g spageti, sudah direbus
  • 160g daging cincang
  • 4 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 1/2 biji lada benggala, dipotong dadu
  • 3 tangkai daun parsli, dicincang halus
  • 2 sudu besar pes tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu besar minyak zaitun

 

Cara-Cara

  1. Rebus spageti. Apabila sudah lembut, keluarkan spageti dan gaul dengan sedikit minyak zaitun. Simpan 1 cawan air rebusan spageti.
  2. Dalam kuali, panaskan minyak zaitun atas api sederhana besar. Apabila sudah panas, tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga wangi.
  3. Masukkan pes tomato dan sos cili. Kacau sebentar dan masukkan daging cincang. Kacau rata.
  4. Apabila daging sudah mengecut, masukkan air rebusan spageti sedikit demi sedikit sehingga mencapai konsistensi yang anda mahukan.
  5. Masak hingga daging kecut dan biar kuah memekat.
  6. Masukkan lada benggala dan spageti. Kacau rata. Masukkan garam jika perlu dan parsli cincang.

 

6. Sandwic Daging

Kredit: emeals.com

Kalau sudah bosan makan nasi, ubahlah menu anda sesekali. Anda boleh cuba sediakan sandwic daging ini yang bukan sahaja boleh disediakan pada bila-bila masa malah cukup disukai oleh anak-anak juga.

 

Bahan-Bahan

  • 200g daging kisar
  • 1 biji bawang besar, dicincang halus
  • 1/2 biji lada benggala
  • 1 cawan sayur campuran
  • 3 sudu sos cili
  • 2 sudu sos tomato
  • 1 sudu sos tiram
  • 1/2 sudu teh lada hitam
  • 50g keju parut
  • 2 sudu besar mayonis
  • Roti atau Tortila

 

Cara-Cara

  1. Panaskan kuali atas api sederhana besar dan masukkan sedikit minyak.
  2. Apabila minyak sudah panas, tumis bawang besar sehingga layu. Masukkan daging kisar dan masak sehingga daging separuh masak.
  3. Kemudian, masukkan lada benggala, sayur campuran, sos cili, sos tomato, sos tiram dan garam. Kacau rata.
  4. Padamkan apimenumis..masukkan bawang besar..tumis hingga layu, masukkan daging kisar..masak half cook dan masukkan lada benggala, mix vegi, sos cili, sos tomato, sos tiram dan garam.
  5. Masukkan mayonis dan gaul sebati.
  6. Potong roti tortila. Masukkan daging cincang dan parutan keju.
  7. Panaskan kuali atas api sederhana besar dan letakkan 1 sudu besar mentega.
  8. Apabila mentega mencair, letakkan roti di atas kuali sehingga roti menjadi rangup. Terbalikkan roti. Biar selama 1 -2 minit dan angkat.

7. Murtabak Daging Mi Segera

Kredit: erazfadli.com

Resipi ini merupakan resipi paling bajet yang kami pernah cuba dan temui. Bagi yang kekeringan pada waktu tengah bulan tetapi ingin merasai makanan yang sedikit mewah daripada nasi dan telur mata, inilah resipi yang anda nanti-nantikan! Sekali cuba, pasti nak lagi.

Bahan-Bahan

  • 1 paket mi segera, dicelur
  • 2 biji telur, dipukul
  • 100g daging kisar
  • 1 biji cili merah, dihiris
  • 1/2 biji bawang merah, dicincang halus
  • 2 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 1 tangkai daun  ketumbar, dihiris
  • 1 tangkai daun bawang, dihiris
  • 1/2 sudu teh lada hitam
  • Garam secukup rasa

 

Cara-Cara

  1. Panaskan kuali atas api sederhana besar dan masukkan dua sudu besar minyak. Apabila minyak sudah panas, masukkan bawang putih dan bawang besar. Tumis hingga wangi.
  2. Masukkan daging dan kacau sehingga daging mengecut.
  3. Masukkan cili merah, lada hitam dan garam. Kacau rata.
  4. Dalam mangkuk berasingan, masukkan mi segera yang dicelur dan daging yang dimasak. Masukkan telur yang dipukul dan gaul rata.
  5. Panaskan dua sudu minyak di dalam kuali dan masukkan mi segera yang digaul dengan daging serta telur. Masak hingga mi segera menjadi sedikit rangup. Terbalikkan dan biar masak selama 2 hingga 3 minit.

Dengan 7 cadangan resipi ini, anda tidak perlu lagi rasa bimbang atau pening kepala memikirkan cara untuk habiskan daging lebihan dalam peti beku anda, apatah lagi kalau daging tersebut merupakan daging lebihan korban. Daripada membazir dan buang begitu sahaja, lebih baik anda makan. Perut kenyang, hati pun senang!

print
Azrene Jasmine

A true blue Penangite, Azrene Jasmine favourite thing to do is, well, eating. Though currently in a love/hate relationship with the weighing scale, she truly believes that every woman should choose a hunk of juicy steak over a bowl of salad on the first date because steaks are awesome and what man can resist a woman with a healthy appetite?

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.