7 Rahsia Kecantikan dengan Menggunakan Makanan

Rahsia kecantikan wanita Malaysia kini ialah ubat-ubatan, rawatan laser, kosmetik dan pelbagai lagi rawatan buatan yang mungkin boleh membawa kepada kemudaratan di kemudian hari. Sayang sekali, ramai yang tidak mengetahui tentang rahsia kecantikan turun-temurun menggunakan bahan-bahan semula jadi dan organik. Oleh sebab itulah, wanita-wanita Malaysia dahulu kelihatan awet muda dan sihat walaupun sudah berusia.

Pada zaman ini, jika alat kecantikan yang dipakai itu mengandungi bahan organik atau diperbuat daripada ramuan semula jadi, pasti harganya begitu mahal. Meskipun begitu, terdapat beberapa bahan masakan yang murah dan mudah didapati yang boleh anda gunakan untuk kekal cantik, langsing dan muda.

 

Rambut Lebat Bersinar

1. Santan

Kredit: Databisnisekonomi.com

Santan sememangnya bahan masakan yang membuatkan apa-apa masakan menjadi lebih enak dan berlemak. Namun begitu, tahukah anda, santan juga boleh membuatkan rambut anda lebih bersinar, berkilat dan lebat? Santan mempunyai konsistensi dan fungsi yang sama seperti perapi rambut tetapi lebih murah.

Cara untuk menggunakan santan sebagai pencuci rambut anda adalah mudah saja. Lembapkan rambut dengan santan pekat selama 30 minit, kemudian bilas. Hasilnya, lebih baik daripada menggunakan perapi rambut berjenama dan berharga mahal.

 

Kulit Lembut dan Mulus

2. Lulur

Kredit: Muslimah.co.id

Ramai wanita Malaysia sanggup berhabisan ratusan ringgit untuk ke spa dan mendapatkan mandian lulur yang menjadikan kulit badan mereka lembap, bersih, licin dan kekal muda.

Anda sebenarnya, boleh menjimatkan wang anda itu dengan membuat sendiri luluran tersebut. Campurkan sedikit kunyit, beras, sedikit bunga-bungaan, halia, asam jawa dan pati buah-buahan dan kisar. Antara kelebihan lulur badan adalah:

  • Kulit tubuh lebih halus.
  •  Kulit lebih cerah dan gebu.
  • Menanggalkan sel-sel kulit mati.
  • Memudar dan menghilangkankesan parut.
  •  Melancarkan peredaran darah.

 

Pencerahan Kulit Muka

3. Kunyit

Semua sudah sedia maklum bahawa kunyit bukan sahaja boleh digunakan dalam bahan masakan malah dalam rutin kecantikan juga. Sejak dahulu lagi, wanita-wanita di India menggunakan kunyit untuk mencerahkan kulit mereka.

Hal ini demikian kerana kunyit mengandungi elemen antiseptik yang berupaya menghilangkan jerawat dan membantu mencerahkan kulit. Anda mahu menggunakan kunyit dalam rutin kecantikan anda? Ikuti cara penggunaan di bawah:

Cara-cara: Ambil 1cm kunyit hidup, setengah sudu besar asam jawa dan sedikit bedak sejuk. Campurkan semua bahan dan sapukan pada wajah setiap hari sebelum tidur.

 

Kulit Bebas Jerawat

4. Lidah Buaya

Anda merupakan peminat segala kelengkapan kosmetik yang mengandungi aloe vera tetapi anda lebih sanggup menghabiskan ratusan ringgit untuk membeli produk kimia yang boleh menghakis kulit anda berbanding menanam sendiri aloe vera di belakang rumah anda.

Pokok lidah buaya merupakan pokok yang mempunyai sejenis gel melekit berwarna jernih yang boleh menjadikan kulit anda cantik dan menawan. Gel tersebut ialah aloe vera. Gel lidah buaya juga sesuai untuk menegangkan kulit wajah yang kendur sekaligus mengurangkan kedutan disamping menjadi bahan pelembap untuk kulit dan rambut.

 

Kulit Kepala Bersih dan Wangi

5. Limau Purut

Kredit: Aurorabeauty.com

Limau purut merupakan bahan masakan yang sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat Asia, khususnya di Thailand. Limau purut banyak digunakan dalam masakan dan minuman di negera tersebut. Meskipun begitu, ramai yang tidak mengetahui bahawa limau purut juga boleh dijadikan sebagai satu bahan rahsia kecantikan mereka.

Kaya dengan kandungan vitamin C, limau purut berupaya mengharumkan rambut dan membersihkan kulit kepala anda daripada kelemumur serta minyak berlebihan. Ambil beberapa biji limau purut, belah dua dan kemudian gosokkan ke seluruh kulit kepala. Biarkan selama beberapa minit, selepas itu cuci sehingga bersih.

Selain daripada mewangikan rambut, limau nipis juga boleh meredakan pening kepala.

 

Badan Kekal Langsing

6. Air Rebusan Herba

Kredit: yaminseri.blogspot.my

Pada zaman ini, minuman rebusan herba kembali menjadi salah satu trend kecantikan utama wanita moden. Dalam keadaan jadual mereka yang sibuk, minuman rebusan herba ini membantu mereka untuk kekal sihat dan langsing. Air rebusan herba yang paling popular adalah campuran serai dan limau nipis. Air ini dapat membuang lemak dan angin dalam badan.

Cara penyediannya mudah sahaja. Ambil tiga batang serai dan rebus bersama dua cawan air. Biarkan serai tersebut mendidih sehingga tinggal sebanyak satu cawan air. Kemudian, minumlah semasa masih panas. Amalkan minuman ini selalu agar badan terasa lebih ringan dan bebas toksin.

Luar dan Dalam Sihat

7. Rempah-Ratus

Kredit: Bondamiza.com

Salah satu rahsia kecantikan wanita Malaysia sejak zaman dahulu kala lagi ialah penggunaan herba dan rempah-ratus dalam masakan mereka.  Setiap herba dan rempah yang diguna pakai mempunyai khasiat yang tersendiri untuk kecantikan kulit dan kesihatan dalaman.

Antara herba dan rempah-ratus yang sering digunakan seperti kunyit, serai, asam jawa, rempah kari, halia, kulit kayu manis, buah pelaga, daun kesum dan daun pudina. Herba dan rempah-ratus ini melancarkan peredaran darah, melawaskan sistem pencernaan dan meningkatkan kadar metabolisme tubuh.

Selain itu, bahan-bahan ini juga merupakan sumber semula jadi pelbagai vitamin seperti vitamin A dan C yang baik untuk kecantikan kulit dan rambut.

 

 

Adakah anda bersetuju dengan senarai rahsia kecantikan makanan yang kami sediakan ini? Jika ya, sila kongsi dan sebarkan kepada semua rakan-rakan wanita anda yang pasti gembira untuk mengetahui bahawa tidak perlu habiskan wang yang banyak untuk kelihatan cantik dan menawan.

print
Write Your Comment
Azrene Jasmine
Azrene Jasmine

Azrene Jasmine is a Penangite with a stomach of gold. Though currently she is in a love/hate relationship with the weighing scale, Azrene truly believes that every woman should choose a hunk of juicy steak over a bowl of salad on the first date because steaks are awesome and what man can resist a woman with a healthy appetite?

Spoon with us. Get bite-sized recipes, stories and favorite Malaysian childhood food memories delivered right to your inbox.

Sign up for HERE'S Salon & Spa Giveaway

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Load More
Something is wrong. Response takes too long or there is JS error. Press Ctrl+Shift+J or Cmd+Shift+J on a Mac.