7 Makanan Pantang yang Wajib Semasa Hamil

Saat wanita sedang hamil, ia adalah menjadi satu kewajipan bagi wanita itu untuk menjaga gaya hidup dan corak pemakanannya. Ia bukan sahaja demi kebaikan dan kesihatan mereka bahkan kandungannya juga perlu dipelihara dan dijaga dengan baik. Ia bagi memastikan kandungannya dapat membesar dengan baik dan bayi yang dikandung akan sihat dan selamat.

Faktor pemakanan amat penting untuk dijaga dan dipantau supaya tidak mengambil sebarang makanan yang boleh mendatang pelbagai risiko yang tidak baik untuk ibu dan anak. Jika anda ingin anak anda sihat dan selamat, anda perlu mengambil kira makanan pantang dan memilih diet yang paling sesuai untuk anda dan bayi dalam kandungan.

Di sini kami senaraikan 8 makanan pantang ketika hamil yang anda perlu jauhkan sepanjang tempoh kehamilan. Ia bertujuan menjaga kesihatan dan mengelakkan mudarat kepada bayi yang dikandung.

 

Makanan Pantang #1: Buah-buahan dan sayur-sayuran tidak dibasuh

Makanan pantang semasa hamil

Perkara pertama yang perlu dijaga untuk ibu hamil ialah kebersihan. Dalam menjaga kesihatan dalam pemakanan, anda perlu pastikan sayur-sayuran dan buah-buahan yang diambil sentiasa bersih dan dibasuh dengan baik. Ini kerana, ia sepatutnya membekalkan khasiat dan nutrisi yang baik untuk ibu hamil. Jika ia tidak dibersihkan dengan sempurna, ia akan mendatangkan kesan yang buruk kepada kesihatan ibu hamil dan juga kandungannya.

Sekiranya buah-buahan dan sayur-sayuran ini tidak dibasuh dan dibersihkan dengan sempurna, ia akan menghasilkan bakteria yang dikenali sebagai toxoplasma dan ia akan hidup dalam sayur dan buah yang tidak bersih sahaja. Bakteria ini sangat berbahaya dan boleh membahayakan nyawa anda dan kandungan.

Sewaktu dalam tempoh kehamilan, anda disarankan untuk memperbanyakkan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam menu harian. Jadi, anda harus pastikan bahawa semua yang anda makan adalah bersih dan bebas daripada sebarang bakteria berbahaya. Bakteria toxoplasma akan mengakibatkan anda dijangkiti penyakit Toxoplasmosis dan penyakit ini sangat berbahaya kepada anda dan bayi dalam kandungan anda.

Sayuran dan buahan masih antara makanan yang baik dan sihat untuk kandungan tetapi penjagaannya harus rapi dan sentiasa dicuci dengan sempurna sebelum diambil makan. Bakteria tersebut kebiasaannya terhasil daripada tanah atau pasir tercemar yang melekat pada sayuran tersebut.

Bakteria lain yang boleh hidup pada sayur atau buah yang tidak bersih ialah E. Coli, Salmonella dan Listeria. Bakteria ini boleh muncul pada sayuran dan buahan ketika proses penghasilan, pembungkusan, penyimpanan, penghantaran dan penjualan sayuran tersebut. Ia akan memberi kesan buruk kepada kesihatan dengan cara menyebabkan kerosakan mata dan ketidakmampuan intelektual kepada bayi yang dikandungan apabila membesar.

Akan tetapi, mereka yang dijangkiti penyakit Toxoplasmosis tidak akan menghidapi atau berhadapan dengan sebarang gejala atau simptom yang ketara. Ia akan mengalami gejala normal seperti selsema dalam tempoh masa singkat. Namun, ada beberapa kes ia akan menunjukkan kesan pada bayi seawal kelahiran apabila bayi mengalami kerosakan pada mata dan otak.

Justeru, soal kebersihan sangatlah perlu dan harus diambil serius bagi memastikan sesuatu perkara yang buruk tidak berlaku kepada anda dan bayi anda. Tindakan ini kelihatan remeh pada mata kasar, akan tetapi, ia amat penting untuk tempoh masa panjang dan menjamin keselamatan anak dari dalam perut sehinggalah mereka membesar supaya sihat dan membesar dengan baik.

 

Makanan Pantang #2: Makanan mentah

Makanan pantang semasa hamil

Sekiranya anda sebelum ini merupakan penggemar tegar makanan mentah atau separuh masak seperti sushi, telur mentah dan lain-lain makanan mentah. Anda sangatlah disarankan untuk mengehadkan tabiat tersebut sewaktu hamil. Tahan sekejap saja daripada menjamah makanan mentah ini.

Makanan ini termasuk dalam makanan pantang untuk ibu mengandung adalah diperkuatkan dengan kajian yang mendapati bahawa makanan mentah lebih mendedahkan anda kepada bakteria, virus dan parasit hidup. Ini berpotensi mengganggu perkembangan kandungan sewaktu tempoh kehamilan terutama pada peringkat awal kehamilan.

Anda hanya perlu pastikan makanan yang anda ingin ambil perlu bersih dan dimasak dengan sempurna. Ini bagi mengurangkan risiko untuk dijangkiti pelbagai penyakit yang berpunca daripada makanan yang mentah dan tidak bersih dengan tercemar dengan pelbagai bakteria dan virus berbahaya. Jadi, ibu-ibu kalau tak mahu membahayakan nyawa sendiri dan kandungan, kurangkan untuk makan makanan mentah dalam tempoh kehamilan.

Selain itu, makanan mentah menjadi mudarat kepada ibu mengandung kerana daging mentah misalnya sangat mudah terdedah dengan bakteria Listeria dan ia sangat berbahaya untuk kandungan. Anda cuma perlu pastikan makanan yang anda ambil telah dimasak dengan sempurna dan bersih cara penyediaannya.

Sekali lagi diingatkan jangan makan daging mentah, susu mentah, telur mentah atau apa sahaja makanan mentah. Ia sangat merbahaya kepada kesihatan anda dan boleh mendatangkan pelbagai komplikasi yang buruk. Anda mungkin akan dihidapi sejenis penyakit yang berpunca daripada parasit yang ada pada daging mentah.

Kesannya, ia akan merebak dalam tubuh badan anda dan lebih parah ia akan merebak juga pada kandungan. Penyakit yang disebabkan oleh parasit ini akan menyebabkan juga jangkitan yang dikenali sebagai jangkitan intra-uterine serius berlaku kepada bayi dalam kandungan. Parasit ini bukan sahaja wujud pada makanan mentah seprti daging, telur dan lain-lain bahkan ia juga ada pada sayur-sayuran yang tidak dibasuh dengan bersih dan sempurna.

 

Makanan Pantang #3: Makanan dan minuman berkafein

Makanan pantang semasa hamil

Pengambilan makanan atau minuman berkafein dalam kuaantiti yang sedikit sebenarnya tidak mendatangkan sebarang mudarat kepada ibu hamil mahupun bayi dalam kandungan. Ia akan menjadi berbahaya dan mendatangkan mudarat apabila diambil dalam kuantiti yang berlebihan dalam tempoh masa berterusan.

Risiko yang mungkin dihidapi oleh kandungan akan berlaku sewaktu kelahiran. Bayi yang akan dilahirkan berisiko untuk kurang berat, kelahiran pra-matang atau lebih parah ibu kaan berdepan dengan risko keguguran. Kenyataan ini telah dikeluarkan oleh NHS Choices.

Kafein bukan sahaja boleh didapati dalam kopi malahan ia juga boleh terdapat dalam minuman soda, minuman tenaga atau teh dan minuman bercoklat. Jadi, ibu-ibu  perlu lebih berhati-hati ketika mengambil makanan atau minuman yang berkemungkinan mengandungi kadar kafein yang tinggi.

Pengambilan minuman atau makanan berkafein seperti kopi, koko, minuman soda, bercoklat dan makanan atau minuman berkafein lain akan menjurus kepada perkembangan bayi dalam kandungan yang tidak normal. Ia juga akan menganggu kepada tumbesaran bayi dan menyebabkan berat badan tidak normal atau kurang berat sewaktu lahir. Kafein juga akan menyebabkan komplikasi lain kepada ibu seperti ia akan merosakkan kandungan kalsium dalam tulang.

Kuantiti bagi kafein yang harus dihadkan oleh wanita hamil hanya boleh mengambil sebanyak 200mg setiap hari atau bersama 2-3 caawan sahaja. Kafein menjadi berbahaya kerana ia bertindak dan pantas merebak masuk ke dalam plasenta. Ia akan mendatang pelbagai risiko buruk kepada bayi semasa dalam kandungan lagi.

Bayi yang lahir dengan berat badan tidak normal akan berisiko kepada kematian sewaktu proses kelahiran. Selain itu, penyakit kronik boleh dihidapi oleh bayi seperti penyakit diabetes dan penyakit jantung apabila sudah dewasa. Khasiat zat besi tidak dapat dibekalkan dengan sempurna kepada ibu dan berpotensi tinggi untuk kelahiran pra-matang jika mengambil kafein secara berlebihan dalam menu pemakanan.

Makanan Pantang #4: Organ dalaman

Makanan pantang semasa hamil

Sebahagian daripada kita sememangnya penggemar tegar organ dalaman ayam ataupun lembu. Bagi ibu hamil, anda sebaiknya mengurangkan tabiat tersbeut demi kebaikan kandungan anda. Walaupun organ dalaman sebenarnya membekalkan vitamin A yang baik dan mempunyai sumber nutrien Verschillende, namun ia bukanlah saian yang begitu baik dan tidak harus diambil secara kerap oleh wanita hamil.

Antara risiko kesihatan yang tidak baik dalam pengambilan organ dalaman seperti hati ayam ialah risiko kepada bayi untuk mengalami kecacatan pada wajah, kepala dan jantung ataupun kecacatan semasa kelahiran dan juga masalah toksik hati yang teruk. Ia sebenarnya berpunca daripada kandungan toksik dan sisa buangan yang tinggi terkumpul pada organ dalaman tersebut.

Oleh itu, ibu mengandung tidak digalakkan untuk mengambil organ dalaman lebih daripada sekali dalam tempoh seminggu. Hal ini kerana, organ dalaman adalah antara organ yang menjalankan fungsi perembesan dan memproses segala sisa dan toksik dalam tubuh. Jadinya, ia tidak bermanfaat untuk menjadi salah satu amalan dalam pemakanan terutama bagi wanita hamil.

Jika anda sayangkan kandungan anda, anda sebaiknya menjauhkan diri daripada mengambil organ dalaman sebagai juadah wajib dalam menu harian. Ia bagi mengelakkan risiko yang berbahaya kepada kandungan anda.

Makanan Pantang #5: Makanan manis, berkalori tinggi dan tinggi MSG

Makanan pantang semasa hamil

Ia sebenarnya menjurus kepada makanan yang tiada apa-apa manfaat baik untuk tubuh. Makanan yang mengandungi kadar gula, Monosodium glutamate (MSG), dan kalori yang tinggi amatlah tidak baik untuk diambil dalam menu harian terutama bagi wanita hamil. Ia bagi memastikan perkembangan bayi normal dan kesihatan ibunya juga akan terjaga daripada sebarang risiko penyakit berbahaya dan mengancam nyawa kedua-duanya.

Semua jenis makanan ini harus dihindari kerana akan meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit berbahaya seperti penyakit diabetes ketika hamil (diabetes gestasional)

Semua jenis makanan yang tidak sihat seharusnya dihindari kerana ia bukan saja tidak berkhasiat, malah boleh meninggikan kebarangkalian untuk anda menghidap kencing manis ketika hamil. Anda bukan langsung tak boleh ambil makanan ini, tetapi kuantitinya perlu berpada-pada. Apa orang kata buat lepas rasa teringin sahaja, jangan makan berlebihan makanan yang tinggi dengan garam, gula dan perasa tambahan ini.

Adalah sebaiknya anda lebihkan makanan berkhasiat dan sihat untuk anda. Makanan yang dapat bekalkan sumber nutrient dan vitamin yang baik untuk kesihatan tubuh badan anda dan bayi dalam kandungan. Dengan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang berkhasiat, anda boleh jadikan sebagai snek harian dengan membuat salad ataupun makan begitu sahaja. kan sedap!

Kalau sebelum hamil, anda makan untuk beri khasiat untuk diri sendiri, tetapi apabila anda sudah hamil, anda perlu menjaga kesihatan anda dan juga kesihatan anak anda. Tapi ianya bukan tiket untuk anda makan secara berlebihan. Anda perlu mengawal pemakanan supaya tidak mempunyai masalah berat berlebihan. Ini kerana, ia akan membawa kepada risiko untuk mendapat pelbagai penyakit kronik dan bahaya kepada anda dan juga bayi yang dikandung.

Makanan Pantang #6: Kekacang

Makanan pantang semasa hamil

Pengambilan kekacang adalah dilarang bagi wanita hamil yang mempunyai sejarah penyakit alahan pada diri sendiri ataupun ahli keluarga yang lain. Ia adalah cara bagi mengelakkan bayi dalam kandungan mempunyai alahan yang sama. Ia bukanlah dilarang sama sekali kerana kekacang juga mempunyai khasiat tersendiri untuk ibu mengandung.

Apa pun kuantiti yang diambil juga haruslah dipantau dan dikawal kerana ia mungkin akan menyebabkan bayi anda mendapat penyakit apabila telah dilahirkan. Antara penyakit yang boleh dihidapi oleh bayi adalah penyakit alahan, asthma, dan penyakit lain.

Kekacang sebenarnya mempunyai sumber protein yang tinggi untuk tubuh badan kita, namun bagi wanita hamil yang mempunyai sejarah alahan terhadap kekacang dan sejarah penyakit G6PD, anda sebaiknya menghindarkan daripada mengambil kekacang. Hal ini, anda sebaiknya mencegah sesuatu yang buruk berlaku kepada anda dan kandungan anda pada masa depan itu daripada anda mendedahkan diri kepada risiko yang kita tak jangka akan terjadi.

 

Makanan ringan

Makanan pantang semasa hamil

Sememangnya wanita hamil sangat memerlukan khasiat yang lengkap yang ada pada pemakanan yang diambil setiap hari. Anda perlu pastikan nutrisi dan vitamin yang diambil adalah mencukupi untuk anda dan bayi dalam kandungan anda. Dengan itu, amalan pemakanan makanan ringan haruslah dielakkan sama sekali bagi memastikan kesihatan anda sentiasa terjamin.

Ini kerana, makanan ringan rendah dengan vitamin dan nutrisi yang tidak lengkap serta ianya tidak sesuai dijadikan makanan rutin untuk ibu hamil. Kandungan kalori, gula dan lemak tambahan yang sangat tinggi akan membahayakan diri anda dan bayi anda. Ia akan membawa kepada risiko untuk diserang pelbagai penyakit seperti obesiti, kencing manis, darah tinggi dan macam-macam penyakit kronik yang lain.

Anda juga akan menghadapi pelbagai komplikasi ketika proses melahirkan kerana jika anda mengambil makanan ringan secara berlebihan anda akan berisiko untuk diserang diabetes gestasional atau dikenali sebagai diabetes ketika hamil. Ia akan menyukarkan proses melahirkan kerana risiko akibat penyakit yang menyerang anda. Jadi, anda harus menjauhkan diri anda daripada sebarang makanan ringan sama ada keropok, kentang goreng segera, kerepek segera dan makanan yang diproses.

ia bertujuan demi menjaga keselamatan dan kesihatan anda dan juga bayi anda. Lebihkan mengambil makanan yang sihat dan selamat serta mengikuti nasihat pakar pemakanan yang disediakan untuk anda di hospital yang anda pergi setiap kali membuat pemeriksaan kandungan.

 

 

Akhir sekali, pemakanan yang baik akan menentukan gaya hidup kita sama ada ianya sihat dan selamat untuk kita dan kandungan ataupun tidak. Untuk memastikan anak anda lahir dengan sempurna dan dalam keadaan yang sihat, anda perlu memainkan peranan bagi memastikan setiap apa yang anda makan akan memberi manfaat dan khasiat yang baik untuk anak anda.

Hal ini kerana, kajian telah membuktikan bahawa jika ibu yang tidak memperoleh nutrisi yang baik dan penjagaan yang betul ketika kehamilan, mereka akan berisiko sebanyak 3 kali ganda untuk melahirkan anak kurang berat ataupun akan menhadapi proses kelahiran pra-matang. Anak akan lahir lebih awal dari tempoh yang sepatutnya kerana tubuh badan ibu tidak dibekalkan dengan khasiat yang mencukupi untuk bayi membesar dengan baik dalam kandungan.

Malahan, ibu yang tidak menjaga pemakanan dengan bayi akan berisiko untuk berdepan dengan kematian atau keguguran kandungan sebanyak 5 kali ganda berbanding ibu yang mendapat penjagaan serta pemantauan yang rapi ketika kehamilan. Anda juga harus memastikan bayi yang telah selamat dilahirkan diperiksa doktor secara berterusan sepanjang tempoh tumbesaran seperti yang telah dijadualkan oleh doktor.

Anda perlu dapatkan nasihat dan saranan doktor jika anda perlu mengambil sebarang ubat-ubatan sepanjang tempoh kehamilan dan apa sahaja makanan yang baik untuk anda ambil atau makanan yang anda perlu elakkan sepanjang tempoh tersebut. Ia bertujuan bagi memastikan kesihatan anda dalam keadaan yang baik dan juga selamat untuk bayi dalam kandungan anda. Anda jaga pemakanan anda, pasti kandungan anda juga selamat.

print
Sakinah Ahmad
Sakinah Ahmad

Everyday we start a day with positive minds and ends it in peaceful. Just be yourself and treat people good if we want people treat us well. Just love yourself and care the others and also love fooooooddddddd! Chill yo! ;)

Make your holiday butter! Get a free copy of Butterkicap's holiday recipe e-book delivered right to your inbox.

Sign up for Holiday Recipes

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Something is wrong.
Instagram token error.
Load More