5 Jenis Makanan untuk Tahan Lapar semasa Bulan Puasa

Bagi memastikan berpuasa tidak dilaksanakan dengan hanya bermalasan dan keletihan. Mulakan hari anda dengan makanan yang mampu membantu tahan lapar yang maksimum sepanjang hari anda berpuasa. Bagi negara Malaysia, kita hanya berpuasa dan bertahan dalam tempoh hanya 12-13 jam sahaja. Ada beberapa negara mempunyai waktu siang yang jauh lebih panjang seperti di negara-negara Eropah.

Sepanjang Ramadan, pasti kita mahu berpuasa dengan lancar tanpa ada halangan yang boleh menjejaskan ibadat ini. Namun, dugaan paling umum ketika berpuasa adalah rasa lapar di siang hari.

Bagi menghindari rasa lapar ketika berpuasa digalakkan mengambil makanan sihat dengan kandungan serat tinggi ketika bersahur. Ini kerana, makanan berkenaan membuat kenyang lebih lama akan menjadikan perut tahan lapar, di samping proses pencernaan pada usus juga menjadi lebih sihat kerana makanan kaya serat.

 

 

1. Makanan penuh dengan protein

Masakan ikan asam oleh Butterkicap

Bagi membantu anda tahan lapar dengan lebih lama, tambahkan sajian berprotein tinggi dalam masakan. Masakan berasaskan protein mampu membantu dalam meminimumkan rasa letih dan anda akan lebih aktif sepanjang hari. Ini kerana makanan ini mengambil masa lebih lama untuk dihadamkan dan anda akan berasa kenyang dalam jangka masa yang panjang. Jadi, anda mampu bertahan untuk sepanjang hari walaupun dipenuhi dengan pelbagai aktiviti harian.

Antara makanan yang anda boleh dapatkan sumber protein didalamnya ialah telur, keju, ikan, serta kekacang. Anda juga boleh mengambil tenusu seperti susu kacang soya atau badam. Jika anda penggemar makanan berprotein berasaskan ayam atau daging, anda sebaiknya memilih bahagian dada ayam atau daging merah pejal. Sistem pertahanan badan ketika berpuasa dapat ditingkatkan dan anda kekal aktif walaupun seharian berpuasa.

 

2. Buah-buahan dan sayur-sayuran

Dalam bulan puasa, anda paling mahu elakkan adalah masalah berkaitan penghadaman. Bagi atasi masalah seperti sembelit, anda disarankan untuk elakkan pengambilan makanna berlemak, bergoreng dan pedas sewaktu bersahur. Adalah sebaiknya anda mengambil buah-buahan dan sayuran dalam kadar yang mencukupi.

Ia bukan sahaja diperkaya dengan vitamin bahkan pelbagai jenis serat yang anda boleh dapati dalam sayur-sayuran dan buah-buahan ini. Ia dapat elakkananda daripada masalah penghadaman terutama masalah sembelit. Ia diambil bagi mengekalkan sumber vitamin dan membekal pelbagai nutrisi yang baik untuk tubuh badan kita sepanjang bulan Ramadan ini.

Sayur-sayuran yang anda boleh amalkan dalam pemakanan sepanjang bulan puasa ialah sayur brokoli, sayur bayam, buah ara kering kacang lentil atau buah kurma. Bagi pengambilan buah-buahan, anda boleh menyediakan jus buah atau ambil air kelapa  bagi mengekalkan tenaga dan kecergasan tubuh badan sepanjang hari.

Selepas seharian berpuasa, jus buah tersebut juga berperanan dalam mengembalikan glukosa yang berkurangan dalam tubuh badan anda. Jadi, anda boleh ambil jus buah-buahan kegemaran anda yang segar dan bukannya dijadikan minuman kordial sebelum menjamah makanan ketika berbuka.

Minuman yang paling sesuai dijadikan sajian berbuka ialah air kelapa, ini kerana ia mengandungi manfaat yang membantu penghidratan tubuh semula serta mengembalikan elektrolit yang hilang sepanjang hari. Sayuran yang mengandungi rendah asid dan mampu mengawal gejala atau masalah penghadaman perlu diambil bagi memastikan kesihatan perut terjaga.

Buah-buahan yang tinggi kadar sitrus sangatlah harus dihindari bagi mengelakkan asid terhasil dan menyebabkan masalah penghadaman yang lebih parah. Bagi meastikan perut anda tidak mengalami kesakitan atau diserang penyakit gastrik, ambil buah-buahan yang lembut seperti pisang atau tembikai.

 

3. Makanan dengan kandungan kanji dan serat yang banyak

Makanan yang tinggi kanji dan serat amatlah digalakkan untuk diambil ketika bersahur. Ia berpotensi mengekalkan tenaga dan membekalkan tenaga yang mencukupi untuk anda sepanjang hari. Ia juga berupaya mengawal masalah penghadaman dan masalah pedih ulu hati sama seperti memakan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Cuba masukkan makanan berbijirin tinggi serat dan roti gandum penuh dalam pemakanan. Ia akan membantu anda dalam proses penghadaman dan anda akan berasa kenyang untuk tempoh masa yang lebih lama. Elakkan pengambilan produk berasaskan tenusu jika anda mempunyai masalah penghadaamn yang serius.

Bagi mendapatkan sumber tenaga yang mencukupi ketika berpuasa, sumber berasaskan karbohidrat kompleks dalam makanan berkanji dapat membantu memenuhi keperluan tersebut. Antara makanan berkanji yang baik untuk tenaga ialah beras perang, bijiran dan kentang dan ia juga mampu meningkatkan tumpuan semasa melakukan tugasan dan mengawal emosi anda supaya sentiasa dalam keadaan baik sepanjang hari.

 

4. Makanan berasaskan kekacang

Klik gambar untuk resepi ayam gunakan kacang

Bagi mengekalkan tahan lapar sepanjang berpuasa, makanan berasaskan kekacang juga amatlah digalakkan untuk anda amalkan sepanjang bulan Ramadan. Antara kekacang yang boleh diambil seabgai sajian snek semasa bulan puasa ialah kacang panjang, kancang tanah dan lain-lain jenis kekacang yang membekalkan pelbagai khasiat yang baik untuk tubuh kita.

Nutrisi yang anda boleh perolehi daripada kekacang ialah sumber protein yang tinggi yang kebiasaannya terkandung dalam sayur-sayuran. Khasiatnya sangat berguna kepada individu yang ingin mengamalkan diet pemakanan dalam mengelakkan lemak dan kolestrol dalam tubuh. Akan tetapi, kita jarang sekali mendapatkan protein daripada sayuran. Kita lebih kerap mengambil protein daripada haiwan seperti ayam berbanding sayur-sayuran.

Apa kata bulan puasa ini, kita bagi seimbangkan pemakanan dengan pengambilan sayur bersama daging. Makan apa pun boleh sahaja asalkan menu yang diambil mengandungi semua khasiat dan seimbang. Bukan sahaja di bulan puasa bahkan pada bulan-bulan lain juga perlu diteruskan corak pemakanan yang baik. Apa yang lebih menarik, amalkan kekacang sewaktu bersahur akan memberi keupayaan tahan lapar 31% lebih lama berbanding pengambilan makanan lain.

 

 

5. Madu asli dan organik

Kredit: all4women.co.za

Khasiat madu dalam penjagaan kesihatan sememangnya tidak dapat dinafikan lagi dan ianya juga berupaya merawat pelbagai jenis penyakit yang ada. Ia juga merupakan antara makanan sunnah yang diamalkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Anda boleh amalkan pada bulan puasa dalam mengekalkan kesegaran tubuh badan dan mencegah pelbagai maslah kesihatan sepanjang Ramadan. Dalam melaksanakan ibadah, kita perlu pastikan tubuh badan kita segar dan tidak mengalami gangguan sepanjang ibadah agar kita lebih fokus untuk beribadah kepada-Nya.

Kebaikan madu dalam memastikan kesegaran tubuh badan kekal adalah kerana madu mengandungi sumber neuron kortikal iaitu sumber tenaga yang sangat diperlukan oleh tubuh badan kita. Manakala kandungan fruktosa dan glukosa dalam madu dapat diserap ke dalam badan dengan mudah dan menjadikan tubuh lebih segar dan keletihan dapat diatasi dengan segera.

Bagi sumber karbohidrat yang ada pada madu juga membekalkan tenaga yang cukup untuk anda dan ia mampu memberikan tahap tahan lapar yang maksimum sepanjang anda berpuasa pada siang hari. Jika kita sering mengamalkan pengambilan minuman tenaga untuk mengekalkan tenaga atau mengurangkan keletihan, segeralah berubah dengan mengambil madu sebagai makanan yang baik untuk bekalan tenaga yang baik.

Selain itu juga, madu diperkaya dengan mineral, vitamin, magnesium serta kalsium yang mampu merawat masalah insomnia. Bagi individu yang mengahdapi masalah sukar tidur ini, anda sebaiknya mengamalkan madu dalam menu bersahur dan berbuka anda. Ia membantu dalam menghilangkan masalah saraf tegang dan memudahkan tidur dengan baik tanpa kesan sampingan seperti tekanan dan keletihan di hari berikutnya.

Hal ini kerana, insomnia sangatlah berisiko untuk anda diserang dengan penyakit lain. Jadi, ambillah madu untuk mencegah penyakit ini daripada dihidapioleh anda. Tekanan akibat kurang rehat juga dapat diatasi dan gaya hidup anda akan lebih baik dan selesa dalam melaksanakan tugasan walaupun sedang berpuasa.

 

 

Jadi, pemakanan yang baik amatlah perlu bagi memastikan keupayaan badan dalam melaksanakan tugasan hari dan ibadah lebih baik dan tiada gangguan akan dihadapi. Corak pemakanan kita akan menentukan tahap kesihatan kita sama ada dalam keadaan baik atau sebaliknya. Gunakan peluang sebaiknya di bulan Ramadan untuk meningkatkan amalan tanpa apa jua gangguan sambil menjaga kesihatan.

Ia bukan sahaja bulan di mana kita berlapar dan dahaga sahaja, ia bulan untuk meningkatkan ibadah dan juga menguji tahap kesabaran kita dalam melaksanakan tugasan di siang hari tanpa menjamah apa juga makanan. Kita juga boleh mula mengamalkan menu pemakanan yang bersih dan sihat untuk tubuh badan kita sama seperti bulan lain. Bersederhana dalam pemakanan mampu beri kesihatan yang baik serta mengelakkan amalan pembaziran makanan jika kita tidak menghabiskannya. Makan sekadar saja dan bukannya untuk kenyangkan perut.

Pastikan apa yang anda makan mampu memberikan daya tahan lapar yang mencukupi untuk anda menempuh hari-hari berpuasa dengan bertenaga dan bersemangat untuk melaksanakan apa jua tugasan tanpa gangguan.

print
Sakinah Ahmad

Everyday we start a day with positive minds and ends it in peaceful. Just be yourself and treat people good if we want people treat us well. Just love yourself and care the others and also love fooooooddddddd! Chill yo! ;)

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.