5 Restoran Bersejarah di Malaysia yang Anda Perlu Kunjungi

Hari Malaysia mungkin sudah berlalu tetapi rasa patriotisme itu masih segar dalam diri setiap rakyat Malaysia kerana sukan SEA paralimpik masih berlangsung sehingga hujung minggu ini. Tanggal 16 September lalu, Malaysia sudah terbentuk selama 54 tahun. Dalam tempoh tersebut pelbagai peristiwa berlaku demi memastikan keutuhan silaturahim yang terjalin antara keempat belas negeri di bawah pentadbiran Malaysia.

Jika kita ingin menyelami masa silam dan mengetahui kisah yang dilalui oleh generasi-generasi terdahulu, mungkin sudah terlambat kerana kebanyakan daripada generasi tersebut sudah tiada. Meskipun begitu, bangunan-bangunan lama yang masih ada di sekitar Malaysia kekal utuh dengan seribu satu cerita yang anda dapat rasai apabila berada d dalamnya.

Sempena bulan patriotik yang masih belum berakhir lagi, inilah antara 5 tempat makan yang anda boleh kunjungi untuk merasai nostalgia 54 tahun pembentukan Malaysia.

 

1. Kafe Coliseum

Kredit: chillout-soulout-freakout.blogspot.com

Kafe Coliseum ditubuhkan pada tahun 1921 dan merupakan kafe dan restoran gril tertua di Malaysia. Dengan tema “Truly Asia”, kafe Coliseum ini mempamerkan gabungan rasa masakan Barat dan Timur dalam hidangan yang disediakan di kafe tersebut. Walaupun bercitarasa Inggeris dari segi pemilihan hidangan menu dan dekorasi kafe, tetapi tiada sesiapapun yang dapat menafikan pengekalan warisan rasa masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dalam masakan mereka.

Pada awal penubuhannya, kafe ini hanya terbuka untuk komuniti Inggeris yang bekerja dan menetap di Tanah Melayu. Kafe ini dikunjungi oleh pegawai kerajaan, pemilik lombong tin, peladang dan kakitangan tentera bersama-sama keluarga mereka untuk minum petang, koktel dan makan malam.

Hidangan istimewa di kafe Coliseum ialah Sup Ekor, Ketam Bakar, stik istimewa dengan 4 jenis sos berbeza, Chicken chop ala Hainan, Bihun Hainan, Mee Goreng Mamak, Nasi Goreng, Nasi Goreng Sambal dan aneka pencuci mulut seperti pisang goreng, aiskrim goreng, krim karamel dan kopi Hainan.

Jika anda inginkan pengalaman makan malam pra-kemerdekaan, anda boleh kunjungi Kafe Coliseum ini:

M: +60 3-2692 6270
A: 98, Jalan Tuanku Abdul Rahman, City Centre, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
OH:
· 10AM–10PM
FB: https://www.facebook.com/Coliseum1921

 

2. Panggung Odeon/Kafe Odeon

Kredit: www.cinema.com.my

Walaupun Panggun Odeon bukanlah tempat makan atau kafe, tetapi inilah tempat untuk rakyat Malaysia dapatkan hiburan dan snek ringan seperti bertih jagung, kacang putih, samosa dan sebagainya semasa zaman pra-kemerdekaan.

Panggung Odeon merupakan panggung wayang pertama di Pulau Pinang. Panggung ini ditubuhkan di Pulau Pinang bafa tahun 1947 tetapi ditutup beberapa tahun kemudian. Setelah itu, panggung tersebut dibuka semula sebagai panggung yang menayangkan filem-filem Bollywood dan Tollywood.

Pada masa ini, kebanyakan panggung Odeon di Malaysia sudah ditutup dan digantikan dengan panggung wayang yang lebih moden. Ini termasuklah panggung Odeon di Pulau Pinang. Namun begitu, panggung ini telah dibuka semula sebagai kafe supaya generasi moden dapat menghargai nilai sejarah dan elemen nostalgia yang dirasai dalam bangunan tersebut. Di Kuala Lumpur pula, panggung Coliseum masih beroperasi tetapi sudah diubah suai untuk memenuhi permintaan semasa.

Ingin makan di Kafe Odeon?

M:  +6012-495 9313
A: 130 Penang Road, Penang, Malaysia
FB: https://www.facebook.com/odeonpenang/

 

3. Pau Yik Mun, Tanjung Malim

Kredit: venoth.blogspot.my

Terletak kira-kira 10 minit daripada tol keluar ke Tanjung Malim, kedai Pau Yik Mun ini sudah wujud sejak 82 tahun yang lalu. Kedai pau ini menarik tumpuan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa kerana pau disediakan adalah halal dan semestinya enak dimakan.

Kedai warisan ini terkenal dengan pau-paunya yang lembut dan enak. Pau tersebut diuli dan dibuat dengan tangan, tidak seperti pau-pau yang kebanyakannya diuli dengan tangan. Antara pau yang paling laris dijual dari dulu hingga sekarang ialah pau kari ayamnya. Kari ayam yang enak berlemak cukup sedap dimakan dengan pau yang lembut dan gebu.

M: +605-459 6006
A: 3, Jalan Besar, 35900 Tanjong Malim, Perak

 

4. Wai Sek Kai, Pudu

Kredit: malaysiafoodportal.blogspot.my

Wai Sek Kai atau Lorong makan di Pudu merupakan syurga makanan Cina seperti Mee Hokkien. Gerai-gerai menjual makanan ini sebenarnya dibuka di jalan bernama Jalan Sayur, Pudu. Lorong  Wai Sek Kai ini wujud sejak 60 tahun yang lalu.

Hidangan istimewa di lorong Wai Sek Kai ini ialah ayam goreng. Ayam yang rangup di luar, lembut di dalam menjadi kegilaan ramai peminat ayam di luar sana. Malangnya, lorong ini hanya tinggal abu sahaja kerana pada 15 September 2017, lorong bersejarah ini hangus dijilat api.

Kami di Butterkicap turut bersimpat atas kejadian malang menimpa penjual-penjual makanan di Wai Sek Kai dan semoga lorong ini dapat dipulihkan kembali supaya lorong makanan berusia 60 tahun ini tidak terkubur buat selamanya.

 A: Jalan Sayur, Pudu, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

 

5. Cendol Teo Chew Jalan Penang 

Kredit: penangfoodforthought.com

Jenama terkenal ini bermula dengan sebuah gerai kecil di Jalan Penang, Pulau Pinang. Pengasas kedai cendol ini ialah Encik Tan Teik Fuang yang belajar dan mula menjual Cendol sejak 1936.

Beliau yakin bahawa perniagaan beliau ini dapat menyara keluarga beliau. Dengan kerajinan dan minat yang mendalam dalam pembuatan cendol, beliau bekerja setiap hari menyediakan cendol terbaik. Cendol Teo Chew kekal hingga hari ini kerana rasanya yang kekal konsisten dan penuh kasih sayang yang merupakan legasi Encik Tan Teik Fuang.

M: +604 262 6002
A: 435B, Lebuh Pantai, 10300 George Town, Penang
E: franchising@chendul.my
W: http://www.chendul.my
FB: https://www.facebook.com/penangchendul/ 

Adakah anda merasakan nostalgia yang memanggil anda untuk mengunjungi kelima-lima tempat ini? Jika ya, belum terlambat lagi untuk berkunjung ke lokasi ini untuk sama-sama menghargai segala yang ditempuhi untuk membentuk Malaysia kini.

print
Azrene Jasmine
Azrene Jasmine

Azrene Jasmine is a Penangite with a stomach of gold. Though currently she is in a love/hate relationship with the weighing scale, Azrene truly believes that every woman should choose a hunk of juicy steak over a bowl of salad on the first date because steaks are awesome and what man can resist a woman with a healthy appetite?

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Access Token is invalid, please get it again